Wednesday, April 13, 2011

Skandal Bukit Bintang - Hadi Awang & Nasharuddin Mat Isa Difitnah?

Memalukan, malah terhina!

Tranformasi politik PAS terlaksana melalui PIAGAM BUKIT BINTANG.

PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Husam Musa dan Mat Sabu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Sementara bagi Naib-Naib Presiden, kawasan berkenaan telah menamakan Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Nizar Jamaluddin.
Mohd Radzi YDP PAS Bukit Bintang berkata pencalonan itu dibuat kerana Bukit Bintang percaya pemimpin berkenaan “boleh memimpin dalam suasana politik sekarang”. “Akar umbi mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan kehendak semasa tanpa memperlekehkan peranan (presiden sekarang) Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Beliau (boleh) lebih (berperanan dengan) diletakkan di Majlis Syura. (Oleh itu) Majlis Syura dapat diperkasakan dengan mengawasi dan memandu jawatan eksekutif,” katanya. [Malaysiakini]
Kenyataan di atas mungkin bermaksud bahawa kepimpinan ulama' sudah tidak relevan dalam PAS!

No comments: