Friday, January 18, 2013
Apa Nak Jadi Dengan Pegawai Agensi Kerajaan Nik Aziz? Ada Unsur Rasuah Bila Didapati Guna Kereta Tajaan Pemaju
Blog Akar Umbi tidak tahu bahawa NGO R Nazri Deraman rupanya adalah seorang Pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjong sehingga didedahkan oleh oleh blog Kickdefella.
Adalah malang apabila MB Kelantan tidak mengetahui bahawa Nazri menggunakan kenderaan milik Noble Residence Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pemaju yang banyak mendapat projek di agensi kerajaan negeri Kelantan berkenaan.
Nazri dikesan menggunakan kenderaan nombor pendaftaran WQQ 7537 milik Noble (baca SINI).
Jika benar ini berlaku, bermakna integriti Nazri dan Perbadanan Bandar Baru Tunjong boleh dipertikaikan. Tapi, mungkin pada Nik Aziz ini sekadar ehsan dan bukan rasuah.
Nasib Baiklah Dengan Dr Mahathir, Kalaulah Kena Dengan Anwar Gerenti Kena Tanya, "You dari mana? Utusan, TV3? Shut up!"
Wartawan-wartawan tentunya amat beruntung bila berdepan dengan Tun Dr Mahathir berbanding DS Anwar Ibrahim.
Tun Dr Mahathir lebih cool dengan asakan soalan wartawan, berhubung dengan RCI di Sabah.
Bezakan pula cara Anwar.
Wednesday, January 16, 2013
Nik Aziz Semakin Geram - Maklumat Mesyuarat Majlis Ulamak Sampai Ke Telinga Seteru
Seteru utama TG Nik Aziz, Prof Md Noor Deris mendakwa telah mendapat maklumat dalaman mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS, yang seterusnya melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan Bible berbahasa Melayu.
Berita Harian dalam laporannya menyebut. Md Noor mendakwa, beberapa anggota Majlis Syura telah memberi kata dua kepada pucuk kepemimpinan jika terus membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, termasuk tekanan untuk keluar parti. [Seterusnya baca SINI].
Sebenarnya, keadaan ini sudah dijangka bila Nik Aziz secara-cara tiba-tiba diserang simptom gagap.
Sebagai pembuktian simptom gagap yang dialami oleh Nik Aziz, rentetan dari tekanan dalam mesyuarat Majlis Ulamak, klik SINI.
Arahan Anwar Ibrahim - Kalau Ada Lubang Kasi Tampal Cepat-Cepat
PRU13 pastinya akan berlangsung dalam tempoh 100 hari lagi.
Kerahan dari Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, kalau ada lubang cepat-cepat tampal.
Itulah yang mesti dilakukan oleh keatas selenggaraan jalan-jalan rosak yang dibawah selenggaraan kerajaan Negeri Selangor.
Istilah 'menurap jalan' sudah tidak lagi wujud di Selangor. Spefikasi yang kerap digunakan ialah 'tampal jalan', iaitu merujuk kepada baikpulih jalanraya yang rosak di negeri tersebut.
'Tampal jalan' seperti foto di atas sudah dikira cukup baik di Selangor.
Bagi sesetengah kawasan yang tidak bernasib baik, penduduk sendiri dipaksa membuat kebajikan dengan menampal jalan dengan kaedah dan inisiatif mereka sendiri.
Kaedah 'tampal jalan' yang terbaik di Selangor setakat ini hanyalah di kawasan DUN Menteri Selangor. Foto di atas dirakam di Jalan Dato' Sukim, Batu 7, Ijok. Anda dapat menyaksikan turapan jalan yang cuma di sisi jalan, menjajar dari pangkal hingga ke hujung jalan.
Hanya itulah yang termampu bagi kerajaan negeri yang tangkai jering dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim atas nasihat Anwar Ibrahim, tetapi mendakwa punya rezab tunai lebih RM2 bilion.
Hanya itulah yang termampu bagi kerajaan negeri yang tangkai jering dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim atas nasihat Anwar Ibrahim, tetapi mendakwa punya rezab tunai lebih RM2 bilion.
"Listen Listen Listen" Versi Anak Mami Muka Tak Lawa Chapter II
"Listen, Listen, Listen" sebenarnya ada 2 versi. Satu menampilkan anak mami yang berwajah comel dan versi kedua dengan penampilan yang kurang comel.
Saksikan versi kurang comel chapter II dibawah,
Sementara itu, kalau nak menonton chapter I klik SINI.
Tuesday, January 15, 2013
Najib Kini Bergelar Doktor
Beliau dianugerahi dengan Doktor Kehormat dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat dan menjadikannya sebaris dengan bekas YDPA dan negarawan negara, disamping Almarhum Tuanku Jaafar, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam.
Baca petikan laporan The Star di bawah.
Blog Akar Umbi dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada PM diatas penganugerahan tersebut.
Ahli Parlimen Kapar Sahkan Terima Surat Tunjuk Sebab Dari Lembaga Disiplin PKR - Anggap Sebagai Kerja Jahat Xavier
MP PKR Kapar S. Manikavasagam (lebih dikenali sebagai Mike) mengesahkan menerima surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin PKR, gara-gara menuntut perletakan jawatan MB Selangor TS Khalid Ibrahim dan selaran terhadap anggoa Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar atas isu perobohan altar Hindu di Sepang.
Beliau mendakwa pengeluaran surat tunjuk sebab itu sebagai kerja jahat dari Dr Xavier keatasnya.
Kepastian tampak semakin jelas bahawa Mike tidak akan terpilih untuk mempertahan kerusi kawasan parlimen Kapar.
Diselubungi Misteri - Nik Aziz Tiba-Tiba Jadi Gagap Sejurus Balik Dari HKR#112
MB Kelantan TG Nik Aziz kini diselubungi misteri. Beliau jadi gagap sejurus kembali ke Kota Bahru, setelah berada di Kuala Lumpur menyertai HKR#112 dan menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS.
Saya membandingkan dengan video-video terdahulu, yang tidak sama sekali menunjukkan beliau gagap seperti MB Selangor TS Khalid Ibrahim. Namun penuturan Nik Aziz dalam video di bawah kelihatan jelas beliau telah menjadi gagap. Foto di atas, adalah dari petikan video berkenaan (pada minit 2:49) yang begitu ketara menampakkan kegagapan beliau.
Dari intipati kenyataan Nik Aziz ternyata beliau masih menyerang UMNO, yang didakwanya menolak Islam. Akan tetapi, beliau sendiri bagai terlupa dengan rakan-rakan persekongkolannya DAP dan PKR yang juga bukan parti Islam.
DAP adalah bertunjangkan sosialis, sementara PKR dalam banyak keadaan merupakan parti berfahaman liberal demokrat.
Namun, perkara yang lebih menarik adalah kenyataannya dalam menghurai keputusan mesyuarat Malis Syura dalam isu larangan penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible berbahasa Melayu, yang terang-terang berlawanan dengan pendirian asalnya.
AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan kewujudan dua kelompok yang bertentangan pendapat dalam isu kalimah Allah. Dr Dzul di dalam blognya menulis,
Keseluruhan pandangan Dr Dzul boleh dibaca SINI.
Dalam pada itu, Exco Pendidikan & Latihan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mesir Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa menjawab pendapat Dr Dzul, klik SINI.
Berbalik kepada kegagapan yang dialami oleh Nik Aziz, adakah ia berpunca dari sanggahan-sanggahan terhadapan pandangannya sewaktu muzakarah dalam majlis syura? Kemungkinan besar, gelagat Nik Aziz yang dipertontonkan kepada kita dalam video diatas adalah realiti yang berlaku dalam muzakarah........ tergagap-gagap dalam menangkis hujah-hujah yang berlawanan.
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah kerana Nik Aziz telah berubah pendiriannya. Namun begitu, malangnya beliau masih belum dapat membuang egonya terhadap UMNO.
Monday, January 14, 2013
Selepas Lari Ikut Pintu Belakang, Akhirnya Nik Aziz Terperangkap Di Pengkalan Chepa
Selepas berjaya meloloskan diri dari pihak media, akhirnya salah seorang penandatangan siaran media Majlis Syura PAS, TG Nik Aziz terperangkap di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa.
Menurut laporan BERNAMA yang disiarkan oleh Berita Harian, Nik Aziz berkata,
Dengan kenyataan tersebut, bermakna Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim terpaksa menelan kata-katanya berhubung isu yang sama sebelum ini.
Klik SINI, untuk mendengar kenyataan awal Anwar.
Kepimpinan Tertinggi PAS Kini Tersepit - Majlis Syura Ulamak PAS Memihak Titah Sultan Selangor
Kepimpinan tertinggi PAS kini dalam keadaan tersepit.
Secara teknikalnya, mereka yang lebih berkuasa dari Majlis Syura Ulamak PAS. Namun dengan edaran media selepas mesyuarat majlis berkenaan, jelas menampakkan sokongan terhadap titah Sultan Selangor yang menegur Lim Guan Eng dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.
Diperturunkan kenyataan Majlis Ulamak PAS yang selari dengan teguran Sultan Selangor.
Kini terpulang kepada kepimpinan tertinggi PAS, samada keputusan itu akan mengikat mereka dalam membuat keputusan yang berikutnya.
Saya pernah tebaca dalam sebuah buku berkenaan sistem politik Islam, yang mana ada pandangan mengatakan bahawa syura hanya berbentuk pandangan dan ketua tidak semestinya terikat dengan keputusan syura.
Ini bermakna, jika pendapat di atas diterima pakai, Hadi selaku ketua jemaah boleh untuk tidak menerima pakai saranan Majlis Syura Ulamak. Namun, untuk menolak pandangan tersebut bukanlah suatu perkara yang kecil natijahnya.
Dilema yang timbul kini ialah Hadi telah turut berada di sisi Anwar Ibrahim, ketika Ketua Pembangkang tersebut membidas Majlis Agama Islam Selangor berhubung titah Sultan Selangor tersebut.
Dibawah adalah kenyataan penuh Majlis Ulamak PAS untuk rujukan.
Hadi Awang Kehilangan Aura Ulamak Hebat - Berbondong-bondong Hadhirin Keluar Stadium Bila Mulakan Pidato
Sukar untuk menafikan, bermula awal 80an Hadi Awang adalah pemidato hebat. Pidatonya dirakam dan dijual sebagai sumber pendapatan PAS. Malah sebuah majalah luar negara telah menamakannya sebagai 'The Best Orator' dan wajahnya terpampang menghiasi cover majalah berkenaan.
Zaman telah berlalu. Pada HKR#112 di Stadium Merdeka bila Hadi memulakan pidato, berbondong-bondong hadirin bangun meninggalkan stadium.
Hakikatnya, Hadi yang mewakili kelompok ulamak dalam PAS terkontang-kanteng dalam kepimpinan PAS (Timbalan dan Naib-Naib Presiden), maka berkemungkinan besar beliau akan tercatat dalam tinta sejarah PAS sebagai sebagai Presiden PAS.
Video di bawah merakamkan reaksi hadhirin untuk tontonan anda.
Tiada Polis Telinga Unit Amal PAS Yang Dipulas
Bila PDRM membebaskan tanggugjawab keselamatan dalam HKR112 di Stadium tempohari, maka tugasan ini ditampung sepenuhnya oleh Unit Amal PAS.
Dikalangan parti-parti pembangkang, PAS kelihatan lebih advance, kerana mempunyai unit keselamatan yang lebih tersusun berbanding DAP dan PKR. DAP juga punya skuad peronda, tapi ia telah tercemar dengan imej samsengnya. [Baca SINI].
Sementara itu, kalau nak diharapkan PKR, habuk tak ada.
Berbalik kepada hari berlansungnya HKR#112, harapan pihak pembangkang untuk mencetus provokasi terhadap PDRM telah gagal. Acara berlansung dalam stadium, lantas semua lembu-lembu dimasukkan ke dalam kandang. Oleh kerana secara keseluruhan semuanya adalah lembu-lembu, maka terpulanglah kepada gembala lembu untuk menjaga mereka supaya tidak bergaduh sesama sendiri.
Perhimpunan dalam stadium tiada keseronokan, malah tiada thrill. Kalau di jalanan, boleh usya-usya polis yang sedang bertugas.
Jadi, dek kerana dah tak ada apa yang nak dikacau, maka anggota Unit Amal pula yang menjadi sasaran. Bak kata pepatah, tiada tanduk telinga dipulas.
Video di bawah, menunjukkan kesopanan Exco Selangor Ronnie Liu terhadap Unit Amal PAS. Kalau dengan polis, bolehkan Liu sesabar ini?
Sunday, January 13, 2013
Inovasi Terbaru Anwar Ibrahim - Baikpulih Jalan Dengan 'Zero Cost'
Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun bulanan RM1, Anwar Ibrahim telah memperkenalkan inovasi terkini yang paling kreatif.
Sebagai pelopor 'Negara Kebajikan', Anwar membuat cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor teknik membaikpulih jalanraya seluruh Selangor dengan 'zero cost'. Maksudnya, kerajaan negeri tidak mengeluarkan walau sesen pun untuk kerja-kerja tersebut.
Kaedahnya, pihak-pihak berwajib disarankan membiarkan apa juga kerosakan di jalanraya, walau pun berlubang besar lagi membahayakan. Keadaan ini akan menggalakkan mana-mana rakyat Selangor yang berminat membuat kebajikan, mencari batu bata dan dengan sukarela menutup lubang-lubang berkenaan. Lantas ganjaran pahala besar akan diperolehi oleh sukarelawan berkenaan.
Foto-foto di atas dirakamkan di kawasan Selat Selatan, Pelabuhan Klang adalah 'pilot project' dalam memperkenalkan inovasi berkenaan.
Dengan kaedah ini Selangor telah berjaya mengumpul rezab tunai sehingga mencecah lebih RM2 bilion.
Counter Attack Yang Paling Signifikan - Najib Jejaki Padang Chetti (Tapak Tsunami Politik 2008)
Ketika parti-parti pembangkang menggerakkan mobilasi penyokong-penyokongnya dari seluruh negara ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12/1/13, PM DS Najib mengambil pendekatan yang berbeza.
Kesempatan 2 hari cuti hari minggu, Najib turun sendiri ke lapangan bertemu rakyat, khususnya dari keturunan India sempena Hari Ponggal. Bermula di Rinching, Hulu Langat pada hari Sabtu dan diikuti turun ke kawasan Little India di Klang pada hari berikutnya.
Bila membaca laporan-laporan media yang mengatakan betapa kurangnya masyarakat keturunan India dalam HKR anjuran pembangkang, timbul keinginan saya untuk meninjau sendiri respons masyarakat India terhadap Najib dalam lawatannya ke Little India, Klang.
Dengan menjadikan Padang Chetti sebagai tapak perayaan Hari Pongal Bersama PM, ternyata ia respons masyarakat India begitu memberansangkan.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Padang Chetti merupakan asas gerakan jalanraya Hindraf. Saya masih ingat (dihujung 2007), disuatu sudut berhampiran Padang Chetti PDRM telah dijadikan heli pad untuk helikopter unit udara PDRM.
Untuk tempoh tersebut, adalah menjadi pemandangan biasa bila melihat helikopter PDRM terbang di udara sekitar bandar Klang, yang memantau aktiviti Hindraf.
Berbalik kepada kehadiran Najib di Padang Chetti pagi tadi, ia adalah ibarat counter attack yang paling signifikan terhadap HKR (yang mengharapkan mobilisasi rakyat dari seluruh negara), bila Najib melihat sendiri tapak Tsunami Politik 2008, disamping menggunakan sentuhan peribadi dan interaksi langsung bersama rakyat.
Najib dalam ucapan memohon maaf kepada masyarakat India diatas kesilapan pada 2008. Namun, pada masa yang sama beliau mengingatkan mereka berkenaan 'Janji Buah Pala Anwar' di Pulau Pinang.
HKR telah dijadikan oleh pembangkang sebagai simbolik tuntutan kemerdekaan ke2 di Stadium Merdeka, namun Najib mengambil tindakan berbeza dengan merendahkan diri menghulur salam kemaafan di Padang Chetti.
Mungkin, bagi Najib langkahnya bermula di sini dengan membuat rektifikasi.
Kesian Pak Kadiaq..... Belum Masuk 40 Saat Partner Mudanya Dah Cabut!
Sebagai warm-up untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran gabungan parti-parti pembangkang Malaysia yang berlangsung semalam. telah dianjurkan pada malam sebelumnya Countdown HKR di Kg Baru, Kuala Lumpur.
Ramai yang telah diberi peluang berucap, tetapi dihad cuma seminit untuk setiap speaker.
Macam private party zaman 70an (waktu Hishamudin Rais muda-muda), setiap speaker dipasangkan lelaki dan perempuan.
Mahfuz Omar telah dipasangkan dengan Abby Abadi. Mahfuz ni orang berpengalaman. Walau pun cuma diberi seminit, dia memang tak meraban. Betul-betul fully utilised. Malah sempat pula gurau-gurau dan nyanyi. Bila tiba giliran Abby, biasalah...... janda. Kalau boleh nak lebih seminit. Betul-betul Abby ragut, lebih 30 saat dicurinya masa.
Imam Selipar pun turut diberi peluang. Imam Selipar dipasangkan dengan isteri sendiri. Dari segi pengurusan masa, Imam Selipar boleh dikatakan perfect. Cuma perangainya ada sedikit gelojoh, sampai nak merentap-rentap bini atas pentas. Orang tengok tak elok, nanti difitnah orang nak beromen atas pentas.
Berbanding dengan 2 pasangan sebelumnya, aku rasa yang paling bertuah ialah Pak Kadiaq. Dia dapat partner anak dara dan boleh tahan juga orangnya, bernama Lara. Tapi tak boleh juga dikatakan untung, malah rugi pula jadinya. Apa tidaknya, belum pun masuk 40 saat, anak dara tu dah cabut lari. Kesian Pak Kadiaq, terpacak sorang-sorang. Tak puas jeling-jeling dan tenung-tenung. Terpaksa ambil masa 2 minit setengah nak bagi naik...... Naikkan semangat penyokong pembangkang.
Hari Ini Najib Bakal Muncul Di Kubu Hindraf Di Klang
Gambar Arkib : Perhimpunan Hindraf Di Padang Chetti |
Padang Chetti begitu bermakna bagi Hindraf kerana di situlah bermulanya perarakan jalan raya dan bagi kebanyakan penganalisis politik, membuat andaian bahawa ia merupakan peralihan kecenderungan masyarakat India untuk mengundi pembangkang pada PRU12.
Kalau HKR#112 dianjurkan oleh parti pembangkang yang telah berlansung semalam di Stadium Merdeka, dianggap sebagai tuntutan kemerdekaan kedua, maka tidak salah kalau dianggap kehadiran Najib di Padang Chetti sebagai memintas dan mendahului gerakan Hindraf bagi projek PRU13.
Dengan kehadiran PRU13 yang bakal tiba dalam tempoh 100 hari ini, apakah dengan munculnya Najib di lokasi berkenaan akan membawa signifikan terhadap sokongan masyarakat keturunan India kepada BN?
Sama-sama kita saksikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)