Sunday, January 13, 2013

Hari Ini Najib Bakal Muncul Di Kubu Hindraf Di Klang

Gambar Arkib : Perhimpunan Hindraf Di Padang Chetti
PM DS Najib dijadualkan akan muncul di Padang Chetti, Klang jam 10.00 pagi ini, sempena sambutan Hari Pongal.

Padang Chetti begitu bermakna bagi Hindraf kerana di situlah bermulanya perarakan jalan raya dan bagi kebanyakan penganalisis politik, membuat andaian bahawa ia merupakan peralihan kecenderungan masyarakat India untuk mengundi pembangkang pada PRU12.

Kalau HKR#112 dianjurkan oleh parti pembangkang yang telah berlansung semalam di Stadium Merdeka, dianggap sebagai tuntutan kemerdekaan kedua, maka tidak salah kalau dianggap kehadiran Najib di Padang Chetti sebagai memintas dan mendahului gerakan Hindraf bagi projek PRU13.

Dengan kehadiran PRU13 yang bakal tiba dalam tempoh 100 hari ini, apakah dengan munculnya Najib di lokasi berkenaan akan membawa signifikan terhadap sokongan masyarakat keturunan India kepada BN?

Sama-sama kita saksikan.

No comments: