Friday, November 16, 2012

Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Klang Anggap Anwar Ibrahim Tajaan CIA & Bapa Jahiliyyah


Perwakilan Pemuda PAS Klang Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad mendedahkan penglibatan CIA dalam menaja Islam Demokrat.

Beliau kesal dengan Harakah yang bersubahat menjadi pelobi pemimpin yang membawa anasir Islam Demokrat.

Meskipun tidak disebut nama pemimpin berkenaan, pastinya ia adalah merujuk kepada Anwar Ibrahim.

Beliau bimbang, jika ini berlaku ia akan memerangkap PAS kedalam perangkap Jahiliyyah.

Dengarkan ucapan Ustaz Mu'izz dalam video di bawah.

Thursday, November 15, 2012

Tirai Hijrah 1433 Dilabuh Dengan Misteri Kehilangan Lembu Korban Khalid Ibrahim Di DUN Seri Andalas


Sempena Hari Raya Korban yang lalu, sebuah masjid yang berstatus 'Masjid Diraja' di dalam kawasan DUN Seri Andalas (Parlimen Kota Raja) telah dijanjikan lembu oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam suatu majlis yang penulis hadiri di malam hari raya pertama, anak-anak kariah sebok membincangkan ketidakmunculan lembu yang dijanjikan.

Semalam, ketika menghadiri majlis tahlil di kariah berkenaan, saya bertanya kepada beberapa orang kenalan untuk mendapatkan kepastian, samada lembu yang dijanjikan telah diterima oleh masjid berkenaan.

Menurut mereka, daging lembu korban tersebut sebenarnya dirancang untuk majlis kenduri untuk anak-anak kariah oleh masjid berkenaan. Entah dimana silapnya, lembu yang ditunggu-tunggu tidak muncul.

Justeru, pihak masjid telah membuat pengumuman berhubung ketidakmunculan lembu berkenaan, sejurus selepas Solat Sunat Aidil Adha.

Hingga ke hari kehilangan lembu ketika dalam transit masih menjadi misteri.

Wednesday, November 14, 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Kalut - Mak Lampir Zuraida Diarah Jalankan Tugas Pengerusi MAIS!


Dalam ceramahnya di Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu hadirin seolah-olah beliau ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Daerah Gombak.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa dalam memantapkan organisasinya, MAIS telah melakukan decentralisation dengan mewujudkan MAIS peringkat daerah. MAIS peringkat daerah dipengerusikan  oleh Orang Besar Daerah, dan Pegawai Daerah sebagai Timbalan Pengerusi, sementara Pegawai Agama Islam Daerah pula secara automatik duduk sebagai Setiausaha MAIS Daerah.

Dibawah Seksyen 103, Enakmen No. 1 Pentadbiran Agama Islam Selangor dengan jelas memperuntukkan:-
"Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Pegawai Masjid hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis."
Istilah 'Majlis' dalam klausa di atas adalah ditafsirkan sebagai Majlis Agama Islam Selangor (rujuk kepada Sekysen 2, enakmen berkenaan).

Tonton dan amati video di bawah, yang memaparkan keangkuhan Zuraida yang takbur, seolah-olah beliau lebih berkuasa dari Orang Besar Daerah yang merupakan Pengerusi MAIS Daerah.

Monday, November 12, 2012

Majlis Santai Abby Abadi Bersama Pak Aji-Pak Aji Pencen Anjuran PAS Masjid Tanah


PAS Kawasan Masjid Tanah telah selangkah ke depan dengan Majlis Santai Bersama Abby Abadi.

Program tersebut amat berjaya menarik kehadiran ramai pak aji-pak aji pencen untuk bersantai bersama Abby.




Sunday, November 11, 2012

Isu Selangor : RM18 Dah Bayar Tapi Peparitan Eli Wong Tetap Semak Tak Bertebas


Bagi lot tanah pertanian, selain membayar cukai tanah, pemilik juga membayar cukai parit. Dari bil cukai tanah di atas, cukai tanah berjumlah RM33 dan cukai parit RM18.

Tapi bila melihat parit-parit di Selangor yang tidak diselenggara, timbul persoalan kemanakah jumlah pungutan cukai berkenaan dialihkan oleh rejim Khalid Ibrahim?

Persiaran Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah

Jalan Imam Yusof, Pulau Indah

Perhatikan gambar-gambar di atas (lokasi - Pulau Indah) yang membuktikan parit-parit yang diliputi rumput dan gambar bawah jelas menunjukkan ia terlalu tebal, hingga tidak nampak sama sekali wajah parit yang sebenar.

Maka oleh itu, tidak hairanlah Selangor sering dilanda banjir pada masa ini.

Kalau ya pun Selangor nak berjimat, janganlah sampai menjadi seperti peparitan Eli Wong yang semak tak bertebas!

ADUN PAS Hulu Klang Mundar-Mandir Ditepi Jalan Akibat Hidapi Penyakit Alzheimer


ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib dikesan mundar-mandir di tepi jalan.

Kelihatan bagai beliau telah diserang penyakit penurunan saraf otak atau istilah sainstifiknya adalah ALZHEIMER.

Malah beliau kelihatan turut serta dalam protes penduduk setempat terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang meluluskan projek pembangunan berhampiran tapak asal 'Tragedi Highland Towers'.


Kesian Saari, sudah terlupa yang Selangor diperintah Pakatan Rakyat dan dirinya adalah sebahagian dari kerajaan.

Atau mungkin ketelusan tidak wujud dalam pentadbiran Pakatan Rakyat, hingga ADUN pun tidak maklum dengan projek-projek di kawasannya?