Saturday, May 11, 2013

Kegagalan Pertama Khalid Ibrahim Sebagai ADUN Pelabuhan Klang - Gagal Jenguk Keluarga Mangsa Rogol & Bunuh Di Lokasi Yang Dia Pernah 'Makan Busat' Ketika Berkempen


Mungkin alasan belum angkat sumpah sebagai ADUN Pelabuhan Klang menyebabkan TS Abdul Khalid Ibrahim tidak datang menjenguk keluarga mangsa.

Atau mungkin juga tidak arif kawasan DUNnya sendiri, lantas Khalid acuh tak acuh yang berita Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor (11 tahun) mati dibunuh dan dirogol di Bukit Tinggi, Klang, meskipun mendapat liputan media seluruh negara.

Atau Khalid masih bergumbira meraikan kemenangannya.

Tidak dapat ditolak juga yang Khalid berkemungkinan dalam kemurungan kerana ada unsur penolakan dalam PKR Selangor untuk dilantik semula sebagai MB Selangor.


Malah penemuan mayat mangsa adalah dilokasi yang jaraknya kurang 100 meter dari tapak Khalid 'makan busat' dengan komuniti Cina semasa kempen PRU13 yang lalu.

Apalah guna berwakil rakyatkan orang seperti Khalid di Pelabuhan Klang.

Bagaimana pula dengan MP DAP Klang Charles Santiago? Santiago sekarang ini sedang sebok mengumpul bukti palsu apabila 2 orang penyokong DAP telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyerang bas awam yang didakwa oleh mereka sebagai mengangkut pengundi hantu semasa hari mengundi tempohari.

Tahniah kepada Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Klang yang dipimpin oleh Datin Paduka Noor Hayati Onn kerana prihatin kepada keluarga mangsa.

Friday, May 10, 2013

Azmin Geram Kerana Perbincangan Anak-Beranak Sambil Minum Kopi & Makan Karipap Putuskan Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor


Akhirnya terjawab akan tujuan Azmin Ali dan sekutunya dalam PKR memanggil sidang media siang tadi.

Meskipun sengaja dilewatkan buat beberapa lama (mungkin untuk menyusun ayat siaran media), namun Azmin meluahkan bahawa,

  • Seolah-olah pemilihan Khalid Ibrahim dibuat melalui perbincangan anak beranak (Anwar, Azizah dan Nurul Izzah) sambil minum kopi dan makan karipap di rumah mereka di Segambut;
  • Anwar pernah menawarkan Azmin jawatan tersebut selepas PRK Permatang Pauh pada 2008.
Apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir ialah Presiden PKR Wan Azizah tanpa berunding dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor yang diketuai oleh Azmin, telah mengutus surat cadangan kepada istana yang menyenaraikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Sabar Sungguh Wanita Ini Kawal Ahli Keluarganya - Kalau Latheefa Koya Alamat Terjerit-jerit Gamaknya...........


Wanita keturunan peranakan (foto atas) kelihatan tetap tenang, sabar dan cekal dalam mengawal ahli keluarganya yang dituduh sebagai pengundi hantu.

Kelihatan juga wanita Cina (berbaju merah) dilihat menghampiri mereka, mungkin bersimpati dan mungkin mengenali kumpulan keluarga berkenaan.

Kalaulah situasi ini berlaku kepada Latheefa Koya macam manalah gamaknya? Gerenti terjerit-jerit gamaknya.


Rupa-rupanya, anak muda di atas boleh bertutur dialek Cina, dan didengar berkata sesuatu kepada wanita berkenaan.

Anda dengar dialog anak muda dengan wanita Cina itu dibahagian terakhir video. Oh! betapa memalukan bagi petugas-petugas DAP.

Rahmat Keatas Husam Musa Ditarik Balik Kerana Ujub & Riak Dalam Rumah Allah


Husam Musa bukan sahaja tewas di Putra Jaya, malah kehilangan jawatan Exco di Kelantan.

Walau pun berjawatan senior dalam parti di peringkat nasional (Naib Presiden PAS) namun Allah tidak izinkannya bukan sahaja menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Aziz yang undur diri, tetapi juga digugurkan dari jawatan exco. Kini Husam hanyalah ADUN biasa di Kelantan.

Apakah puncanya?

Jawapannya mudah.

Kerana ujub dan riak di dalam rumah Allah.

Thursday, May 9, 2013

Azmin Nak Bawa 11 MP PKR Keluar Parti? Atau Sekadar Ancaman Nak Jawatan MB?


Adalah diyakini gembar-gembur mengatakan Azmin Ali akan membawa 11 ahli parlimen keluar parti hanyalah sebagai gimik semata-mata.

Sebaliknya ia lebih berbentuk ancaman kepada Anwar Ibrahim supaya mempengaruhi DAP dan PAS agar menerimanya sebagai MB Selangor.

Walau pun PAS kelihatan turut berhak terhadap jawatan MB, namun ia agak sukar diterima oleh DAP. Meskipun PAS Selangor tidak diwakili oleh 'Pak Lebai', imej PAS tidaklah sehebat yang dijangka oleh DAP.

Calon favorite pastinya terarah kepada bekas penyandang Khalid Ibrahim.

Namun, penerimaan terhadap Khalid dari dalam PKR Selangor sendiri amatlah sukar.

Sepanjang tempoh berkempen di Pelabuhan Klang, Khalid ditinggalkan berseorangan oleh para pemimpin PKR Selangor, malah oleh Anwar Ibrahim.

Kecuali kehadiran Wan Azizah dan bantuan PAS serta DAP, Khalid akhirnya menyambung hayat di kawasan barunya itu.

Dengan harapan agar Khalid 'tertanam' di Pelabuhan Klang yang ketidaksampaian, akhirnya Azmin & The Gang membuat suatu tindakan mengamcam bukan sahaja kepada Anwar dan juga DAP.

Bagaimana pula dengan PAS? PAS tidak punya masalah besar, kerana ia sekadar 'Pak Turut' kepada Anwar dan DAP. Malah PAS Selangor juga dilanda sindrom rendah diri yang melampau, bila masing-masing  ADUN yang menang merasakan mereka tidak layak menjadi MB.

PAS Takut Atau Memang Tidak Mampu Mengemudi Kerajaan Selangor?


Mengambil kira kedudukan kerusi DUN dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyebut (Perkara 53 (4)) seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam, maka PAS dan PKR punya kriteria untuk salah seorang dari ADUN mereka diperkenankan oleh DYMM Sultan sebagai MB Selangor.

Satu hakikat yang sukar disangkal ialah  PAS dan DAP adalah saling curiga mencurigai.

DAP awal-awal lagi memberi indikasi  yang mereka rela menyerahkan jawatan tersebut kepada PKR dan pada PAS pula memberi isyarat kononnya tidak berminat.

Sesungguhnya inilah kelebihan PKR, mereka terus bernyawa kerana kecurigaan yang wujud antara PAS dan  DAP.

Jika benar PAS turut memberi laluan kepada PKR, maka saya menyimpulkan bahawa sia-sialah perjuangan PAS semenjak 1955 yang kononnya ingin meletakkan kepimpinan ulamak dan menegakkan negara Islam.

Sikap ini juga menunjukkan yang PAS adalah takut, tiada keyakinan diri, malah mungkin juga sememangnya mereka menyedari bahawa mereka tidak berkemampuan untuk mengemudi kerajan Selangor.

Suatu tamparan yang hebat buat PAS jika gagal mendapatkan jawatan MB Selangor, kerana selepas ini mereka bakal di'cop' sebagai hanya layak menerajui negeri-negeri Melayu sahaja dikalangan DAP dan bagi penyokong BN, PAS selayaknya menjadi pembangkang hingga kiamat!

Menariknya bagi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin, kerusi MB Selangor adalah hak PKR hingga lupa kerusi DUN Selangor untuk PAS-DAP-PKR adalah pada kedudukan 15-15-14.



Apapun, jangan sesekali abaikan budi bicara Sultan dalam memperkenankan perlantikan MB dan tidak mustahil perlantikan kali ini tersasar dari jangkaan umum.

Wednesday, May 8, 2013

Dari PM Najib Hingga Kepada Rakyat Bangsa Melayu Berwajah Iras Bangla, Semuanya Adalah Bersifat Pemaaf Kepada Bangsa Cina Malaysia


Batu api utama tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim, dalam menghasut kononnya wujud pengundi hantu dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Beberapa kejadian menghambat Bangla pada pilihanraya dilakukan oleh penyokong-penyokong Cina DAP.

Menyedihkan yang menjadi mangsa ialah pengundi Melayu iras Bangla.

Namun hakikatnya orang Melayu, dari PM Najib bawa ke rakyat biasa begitu mudah menerima permohonan maaf dan keperitan, kepayahan dan dimalukan dikhalayak ramai dikira selesai dengan ungkapan, "Saya minta maaf," dari orang Cina yang melakukan kesalahan.

Oh! Mudahnya.


Bagi penyokong-penyokong PAS apatah lagi Nik Aziz, tentunya tidak punya rasa apa-apa-apa bila bas milik anak Kelantan, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dipecahkan cermin depan dan tepi oleh penyokong DAP di Pandamaran, Klang.



Hantamlah apek.... nanti boleh minta maaf......

Sesungguhnya Allah Nak Uji PAS Mengurus Kemenangan PRU13 Di Selangor


Tahniah kepada PAS yang berjaya memintas kedudukan bilangan kerusi DUN PKR di Selangor. PAS bersama DAP masing-masing punya 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.

Dengan kedudukan itu, ini adalah peluang terbaik untuk PAS menegakkan kerajaan negeri dengan ciri-ciri  “Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” disamping memertabatkan syariat Allah dalam sistem pentadbiran negeri Selangor.

Sesungguhnya keputusan PRU13 di Selangor ini adalah ujian dari Allah atas kemampuan PAS untuk mengota apa yang dikata.

Jika PAS gagal mendapatkan jawatan MB Selangor, maka lupakan hasrat untuk memerintah negara.

Umpama makanan yang sudah ada didalam mulut, mampukah PAS menelannya?

Khusus kepada rakyat Selangor, marilah kita memerhati kemampuan PAS untuk mengganti UMNO dalam mempertahankan agama, bangsa dan negeri Selangor. Jika mereka mengambil pendirian untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada parti lain, maka sesungguhnya mereka lebih takut kepada DAP dan PKR dari Allah s.w.t.

Tuesday, May 7, 2013

Penyokong DAP Sengaja Serang Bas Pengangkutan Awam Milik Syarikat Melayu Untuk Cetuskan Persepsi Angkut Pengundi Hantu


Tak masuk akal bas pengangkutan awam mengangkut pengundi hantu, sedangkan semua maklum bahawa pada hari cuti seperti Ahad dan cuti-cuti umum sememangnya pekerja-pekerja asing yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

Lihat gambar-gambar (atas dan bawah) bas awam diserang dan dipecahkan di Pandamaran (sebuahpenempatan Kg Baru Cina), Klang.


Dulu fenomena ini berlaku hanya kepada para penyokonng PAS dan PAS dan jarang melibatkan penyokong-penyokong Cina DAP.


Namun, fenomena in terbawa-bawa kepada penyokong Cina DAP.

Jelas ini sengaja dicetuskan untuk membangkit rasa benci terhadap pemerintah Melayu dan seterusnya menggulingkan mereka.

Dengan kemajuan sumber maklumat, meskipun isu pengundi hantu tidak wujud tetapi sengaja dicetuskan makan seluruh rakyat mudah terpedaya dan percaya dengan khabar angin yang mengarut tersebut yang disebarkan melalui media sosial.

Malangnya orang Melayu sendiri turut percaya dan bersubahat menyebarkan berita palsu tersebut.

Monday, May 6, 2013

PAS Anugerahkan DAP 'Bargaining Power' Untuk Pinda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor Bagi Bolehkan Ng Suee Lim Dilantik Sebagai MB


Meskipun dikatakan PAS berpeluang mendapat jawatan MB Selangor, janganlah kita tidak sedar yang PAS telah mentauliahkan DAP dengan satu watikah 'bargaining power' dalam perlantikan 3 jawatan utama dalam pentadbiran tertinggi Selangor termasuk Menteri Besar.

Dalam kedudukan PAS-DAP-PKR yang masing memiliki bilangan kerusi DUN 15-15-14, DAP boleh memilih salah satu dari 3 jawatan penting iaitu MB, Timbalan Menteri Besar dan SUK Selangor.

Dengan jumlah 44 kerusi yang melebihi majoriti 2/3, PR dalam keadaan selesa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk dalam peruntukkan Fasal Empat Perkara 53.

Bagi jawatan Timbalan Menteri Besar, meskipun tidak mensyaratkan sedemikian namun adalah wajar dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Sementara itu dalam kaedah perlantikan SUK, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam,dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri

Sebagai pembuktian kepada perkongsian kuasa dan jumlah sokongan besar yang disumbangkan melalui peti undi  oleh kaum Cina terhadap PR, maka tidak mustahil bagi PAS dan PKR untuk berkompromi untuk menyerahkan salah satu jawatan di atas kepada DAP melalui pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Dengan penangguhan perlantikan MB Selangor selama seminggu, maka proses tawar menawar ini akan berlaku.

Kesimpulannya inilah natijah dan musibah besar yang bakal ditanggung lantaran sokongan penyokong-penyokong PAS memenangkan DAP di Selangor.

Mungkinkah  ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim bakal dilantik sebagai MB Selangor, atas kebolehannya bertutur dalam bahasa Jawa?

Peluang PAS Catat Sejarah Jawat MB Selangor Buat Pertama Kali


Melihat kepada keputusan PRU13 khusus untuk DUN Negeri Selangor, sudah tiba masanya Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk memberi penghormatan kepada PAS untuk mengetuai pentadbiran Negeri  Selangor dengan melantik salah seorang ADUN PAS sebagai MB.

PAS mempunyai ADUN yang teramai disamping DAP yang masing-masing dengan bilangan keanggotaan 15 orang. Sementara PKR pula dengan bilangan 14 orang.

Sebagai negeri termaju di Malaysia, satu percubaan terhadap konsep “Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” dapat diperkenalkan dalam sistem pentadbiran Selangor. Malah konsep ini sering dilafazkan oleh TS  Khalid Ibrahim dan moga selepas ini, ia dapat diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan mengikut acuan PAS agar tidak tersimpul sebagai retorika semata-mata.

Peluang telah terhidang, maka hendak menunggu bila melainkan 'Ini Kalilah'.

Sunday, May 5, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg Akhir - Sia-sia Kalid Ibrahim Jadi Pengundi Bila Gagal Manfaatkan Undi Diri Sendiri Dalam PRU13


Akhirnya sia-sia sahaja MB Selangor TS Khalid Ibrahim menjadi pengundi dan calon PRU13.

Meskipun bertanding serentak di kawasan DUN dan parlimen, sehingga pusat mengundi ditutup Khalid gagal   untuk mengundi dirinya sendiri.

Puncanya beliau mengundi di pusat mengundi Sekolah Agama Kampung Api-Api, Kuala Selangor tetapi bertanding di kawasan DUN Pelabuhan Klang dan kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Seperti PRU12, Ribut Petir Telah Menunjukkan Petandanya Di PRU13 - Mungkinkah Petanda Pertukaran Kerajaan Di Selangor


Seperti yang berlaku pada PRU12, kini dihari mengundi PRU13 telah menunjukkan tanda-tanda akan berlaku ribut petir di Lembah Klang.

Ketika artikel ini ini ditulis, kilat mula menyabung dan petir turut berdentum.

Apakah ini petanda akan berlaku pertukaran kerajaan di Selangor?