Saturday, May 11, 2013

Kegagalan Pertama Khalid Ibrahim Sebagai ADUN Pelabuhan Klang - Gagal Jenguk Keluarga Mangsa Rogol & Bunuh Di Lokasi Yang Dia Pernah 'Makan Busat' Ketika Berkempen


Mungkin alasan belum angkat sumpah sebagai ADUN Pelabuhan Klang menyebabkan TS Abdul Khalid Ibrahim tidak datang menjenguk keluarga mangsa.

Atau mungkin juga tidak arif kawasan DUNnya sendiri, lantas Khalid acuh tak acuh yang berita Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor (11 tahun) mati dibunuh dan dirogol di Bukit Tinggi, Klang, meskipun mendapat liputan media seluruh negara.

Atau Khalid masih bergumbira meraikan kemenangannya.

Tidak dapat ditolak juga yang Khalid berkemungkinan dalam kemurungan kerana ada unsur penolakan dalam PKR Selangor untuk dilantik semula sebagai MB Selangor.


Malah penemuan mayat mangsa adalah dilokasi yang jaraknya kurang 100 meter dari tapak Khalid 'makan busat' dengan komuniti Cina semasa kempen PRU13 yang lalu.

Apalah guna berwakil rakyatkan orang seperti Khalid di Pelabuhan Klang.

Bagaimana pula dengan MP DAP Klang Charles Santiago? Santiago sekarang ini sedang sebok mengumpul bukti palsu apabila 2 orang penyokong DAP telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyerang bas awam yang didakwa oleh mereka sebagai mengangkut pengundi hantu semasa hari mengundi tempohari.

Tahniah kepada Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Klang yang dipimpin oleh Datin Paduka Noor Hayati Onn kerana prihatin kepada keluarga mangsa.

6 comments:

Anonymous said...

Agaknya, bolrhjadi, mungkin ahli keluarga kanak-kanak malang itu orang UMNO, tu pasal Khalid tak pi jenguk. Eloklah petangai macam tu.

Anonymous said...

Agaknya, bolehjadi, mungkin ahli krluarga kanak-kanak malang itu adalah prnyokong BN atau ahli UMNO, Tu pasal Khalid tak pi jenguk. Elok sangatlah perangai macam tu. Tak da simpati langsung.

Anonymous said...

Melayu mati kena bunuh siapa mau peduli. Cina mati bunuh diri, jatuh motor mesti mau hantam Kerajaan kaw-kaw. Itu prinsip PR.

Anonymous said...

Dah memang sifat semulajadi wakil rakyat 'parti yg memperjuangkan nilai-nilai Islam DAN nilai-nilai Universal'- memetik takrifan yg diberi oleh azming ali.

Anonymous said...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151574128688901&set=a.502085748900.277119.38012338900&type=1&theater

Anonymous said...

lu asyik puji itu yati onn buat apa? sudah tua berundurlah.....ramai lagi wanita cerdik pandai......kalau setakat menumpang kejayaan bapal lu....tak payah lah