Saturday, February 25, 2012

Lelaki Sempurna Dari Kacamata Zati Wani


LELAKI SEMPURNA

Lelaki sempurna, wujudkah mereka? Sempurna itu bagaimana sebenarnya?It's too subjective. Everyone has their own view what the meaning of "perfect guy". Semestinya semua gadis mendambakan lelaki yang sempurna.Mungkin tak sempurna di mata semua orang tapi cukuplah asalkan sempurna di mata mereka. Sangat untunglah bagi mereka yang memiliki seorang lelaki yang baik, indah paras rupanya, pandai menghormati sesiapa saja, beragama pula,mempunyai pekerjaan yang baik dan elok pekertinya.Alhamdulilah..

Aku masih ingat lagi kata-kata abah soal pasangan hidup yang sempurna. Abah kata, mana ada orang yang sempurna. Kalau rupa cantik,ada pula kekurangan dari segi yang lain. Kalau belajar tinggi pun, pasti ada kekurangan di mana-mana. Nak carik pasangan yang sempurna dalam erti kata semuanya ada memang susah. Cariklah yang sederhana,xpula melebih-lebih dan xpula terlalu kurang. Pasangan yang menyenangkan hati.

Sepanjang hidup 23 tahun, aku dah berjumpa dengan bermacam-macam lelaki. Sejujurnya, aku mengangankan yang sempurna. Lelaki yang baik, pandai mengambil hati, beragama, hensem, berpendidikan tinggi,kerja yang hebat dan romantik. Tapi realitinya semua itu hanya ada dalam drama-drama dan filem-filem sahaja. Kita manusia ini tiada yang sempurna. Ada yang aku jumpa bijak, pandai, baik tp xmatang.Ada pula lelaki yang hensem, pakej menarik, pendidikan tinggi tapi ego pula tinggi. Pendek kata sukar. Cukup sukar untuk mencarik seperti yang diimpikan.

Ya Allah,aku tidak dambakan lelaki yang sempurna kerana diri ini juga tidaklah sesempurna mana.Cukuplah sekadar Engkau temukan aku dengan lelaki yang sesuai denganku dan aku juga sesuai untuknya.Yang menyenangkan hati, dapat menjagaku dengan baik dan boleh membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.


P/s Penulis bukan Zati Wani yang dikaitkan Ooztad Badrul Amin

Berita Kelakar Dari Kota Baru - Zaid Ibrahim Dipecat Sebagai Presiden KITA


Portal Free Malaysia Today melaporkan pemecatan Zaid Ibrahim dari KITA. Yang kelakar, ia dipecat oleh orang-orang yang telah dipecat oleh Zaid sendiri.

Friday, February 24, 2012

Kempen Tadah Air Hujan PAS Selangor Untuk Boikot Penggunaan Air Syabas


PAS Selangor semakin bimbang dengan roadshow JATI dan Dr Hasan Ali, sehingga terpaksa menggunakan cerita kedai kopi dengan mengaitkan Syabas dan Puncak Niaga sebagai penaja roadshow berkenaan.

Mungkinkah PAS akan bertindak dengan kempen tadah air hujan, untuk mengelakkan penggunaan air yang dibekalkan oleh Syabas.

Satu syor kepada PAS pusat, lantik Khalid Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor untuk gantikan Dr Rani Osman, memandangkan Khalid yang lebih vokal.

Jom Dengar Pengumuman PRU13 Oleh Najib Di Pelabuhan Klang Pada 26 Februari 2012 Jam 4 Petang

Mungkinkah Majlis Pelancaran Jentera BN Selangor yang bakal berlansung di CIQS, Asa Niaga Harbour City, Pelabuhan Klang merupakan rally kemuncak sebelum pembubaran parlimen oleh PM Najib?

Najib akan melancarkan Jentera Piliharaya BN pada majlis yang akan berlansung jam 4 petang pada 26 Februari 2012

Lokasi majlis bertanda 'A' dan 'B' ialah dari Plaza Tol Lebuhraya Persekutuann Sungai Rasau, Klang . Lokasi berkenaan berhampiran dengan stesyen komuter Pelabuhan Klang dan merupakan stesyen terakhir untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang.

Jika jangkaan awal saya [klik SINI] yang meramalkan PRU13 akan berlansung pada Mac, bermakna Sidang Parlimen (lihat notis di bawah) akan bersidang separuh jalan, atau mungkin juga sidang dibatalkan sama sekali.

Andai Najib memilih mengadakan persidangan selepas persidangan UMNO, kemungkinan besar ini akan menjejaskan persiapan PRU kerana tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi UMNO.

Najib Bikin Gempar - Lakukan Luar Amalan Kebiasaan?

Najib mungkin mengamalkan sesuatu yang diluar amalan kebiasaan Presiden-Presiden UMNO sebelumnya, jika mengadakan PRU selepas pemilihan UMNO. Ini tidak mustahil, kerana lagu winnable candidate telah awal-awal dinyanyikan, iaitu penyandang jawatan utama parti tidak semestinya terpilih sebagai calon.

Apabila diumumkan persidangan cawangan bermula 1 April - 15, Jun, persidangan bahagian 1 Julai - 15 September, bermakna pemilihan cawangan dan bahagian bakal berlangsung sebelum PRU. Pemilihan cawangan mesti diteruskan, kerana ia telah pun ditangguhkan dan sepatutnya berlangsung dalam mesyuarat agong yang lepas.

Namun, jika Najib memilih untuk meneruskan amalan kebiasan, maka satu snap general election bakal berlaku, iaitu pada 25 atau 26 Mac 2012. Atau, jika Najib masih suka pada angka 11 tidak mustahil kegemparan akan berlaku lebih awal iaitu pada 11 Mac 2012!

Thursday, February 23, 2012

Hati-Hati Aney Ni Tengah Marah Dengan UMNO!

Aney ni tengah marah dengan UMNO. Dia kata UMNO boikot pungutan sampah di PBT Selangor dan oleh itu pungutan sampah di Selangor terjejas.

Dengar apa yang dikatakan dalam video di bawah:-


Saya telah menemu bual seorang kontraktor pungutan sampah. Beliau memaklumkan bahawa pungutan sampah sisa pepejal tidak akan memberi keuntungan jika tidak dibantu dengan kerja-kerja pembersihan kawasan.

Dalam konteks, pengambilalihan kerja-kerja pembersihan kawasan oleh kerajaan negeri dengan sendirinya akan menjejaskan Alam Flora, mahu pun subkontraktor pungutan sampah sisa pepejal. Maka, tidak hairanlah Alam Flora menyerahkan kembali kontrak pungutan sampah sisa pepejal.

Menurut pandangan kontraktor berkenaan, perlu apa untuk bertahan dengan kerja yang rugi, tanpa diberikan peluang untuk mendapatkan sedikit keuntungan melalui kerja pembersihan.

Bila ditanya dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk membeli compacter dan kemudiannya memajakkan kepada kontraktor, beliau menyatakan bahawa kos seunit compacter ialah RM380,000. Jika satu PBT memerlukan 30 unit maka kos bakal mencecah RM11.4 juta. Dengan 12 PBT yang ada di Selangor, modal untuk membeli compacter ialah RM136.8 juta. Mana nak cekau duit?

Peon-Peon Kat Westport Ketawa Terguling-Guling AMK Demo


Demo dalam video di atas hanya gimik untuk memikat hati TG Nik Aziz apabila Anwar terlajak kata.


Apatah pula Nik Aziz telah menghukumkan haram bersekongkol dengan Israel, maka digambarkan pula konon wujud hubungan dagang antara Malaysia-Israel.

Untuk pengetahuan pembaca, ramai budak-budak peon ketawa terbahak-bahak tengok bodohnya ketua jinggay yang tak tahu bab shipping merapu. ZIM milik Israel memang tak boleh nafi. Tapi kalau bab operasi di Malaysia, malah UAE  dan Asia ia gunakan ZIM yang diperbadankan di Hong Kong.

Bodoh punya olang!

Melerai Polemik Blogger Bertuan Dengan Blogger Anarki

Kebelakangan ni, nampak macam ada serang menyerang dalam sesama blogger.

Tak ada gunanya pun. Dulu masing-masing kata "mari bersatu dan mari menarik ranking sesama kengkawan". Tapi sekarang dah macam ada segelintir yang saling menyerang sesama sendiri secara terbuka.

Pulak tu serang menyerang ni semata-mata mempertahankan pihak ketiga.

Sesama sendiri bermusuhan, pihak ketiga yang diserang atau dipertahankan tetap tegak, sihat walafiat dan hasil mahsulnya melimpah ruah dari kita. Dipihak kita (blogger) pula saling bercakaran.

Aku sendiri pun, kalau nak bercakaran atau nak burukkan sesama kengkawan blogger, sekarang pun aku boleh tulis. Tidak akan mendatang sebarang faedah pun kalau aku bercakaran sesama sendiri, walhal 'culprit' sebenarnya senang lenang.

Hehehe...... sebenarnya dalam seminggu ni 3 kengkawan blogger dah buang link aku dari blog diorang secara serentak. Kan pelik namanya tu. Ada aku react buruk-burukkan kengkawan? Sambil-sambil tu, tonton apa kata otai dalam video di bawah:-

Imam Baling Kasut Ke Arah Panel Hakim

Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

NONEImam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

(Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=16837)

Wednesday, February 22, 2012

"Honestly, tak cantiklah dia (Anwar) terlibat dalam aktiviti sedemikian," - Hasan Ali


Nik Aziz Tegas Mengisytiharkan Anwar Ibrahim Berdosa


Bukan tujuan untuk spin kenyataan akhbar Musyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat. Hakikatnya, di ayat terakhir Nik Aziz menghukumkan "haram bersekongkol dengan pihak Israel, dalam apa bentuk hubungan sekalipun".

Bila dah haram, maknanya berdosa. Keengganan menarik balik kenyataan "menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan Israel" bermakna Anwar punya hubugan dengan Israel dan berdosa.

Di bawah diperturunkan kenyataaan penuh Nik Aziz:-

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.


Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Terpaksa Menjerit Kerana Bercakap Dengan Orang Kurang Pendengaran

Saya yakin penekanan Nik Aziz Nik Mat dalam perjumpaan dengan Anwar ialah "sokongan semua usaha melindungi negara Israel".

Namun dalam perjumpaan ini, Anwar berdolak-dalik dengan menambah apa yang tidak tertulis dalam dalam artikel asal WSJ.

Bila wartawan bertanya samada Nik Aziz menerima penjelasannya, Anwar sekadar menjawab "Tok Guru dengar dan faham pendirian saya".


Anwar menyalahkan media UMNO yang tidak melaporkan keseluruhan kenyataan dan apakah selain itu, beliau menganggap Nik Aziz tidak merujuk kepada WSJ kerana tidak faham Bahasa Inggeris?

Akhirnya Dr Hasan Ali Mengaku Video Tu Ada Dalam Simpanannya


Cukup Dengan KEPUNDEK & KEPIT - Khaled Nordin Tak Minat Jadi Menteri?

Alang-alang membedek, baik halakan teruskan ke muka Menteri KEPIT Khaled Nordin dalam pembongkaran kes VC UiTM Sahol Hamid.

Bak kata Parpukari,
Komen telah pun diberikan oleh BPR (sekarang dikenali sebagai SPRM) dan makluman dari penyandang VC (Ibrahim Shah) ketika itu telah pun dipanjangkan kepada Menteri KEPIT.





Malangnya, Menteri KEPIT mengabaikan sama sekali surat dari VC Ibrahim Shah, malah melantik Sahol sebagai VC apabila kontrak Ibrahim Shah tamat.

Sikap Khaled Nordin seolah-olah sudah tidak lagi untuk menjadi menteri.

Sebelum ini, ketika menjadi hal-ehwal KEPUNDEK beliau telah dikaitkan dengan kronisme seperti laporan di SINI.

Juga, moga-moga menteri yang pernah menjaga KEPUNDEK dan KEPIT ini bukanlah orang yang digossipkan di SINI.

Anwar Terjelir Bila Mengenangkan

Video di bawah didakwa oleh Padi Jantan sebagai ulang tahun pertama video clip Amoi China Doll.

Anwar Menangis & Merayu Apabila Yusof Qaradawi Enggan Jumpa

Menurut seorang rakan di dalam PKR; Anwar terpaksa ‘menangis, merayu dan memujuk’ sebelum mampu bertemu dengan ulama’ besar itu. Yusof Qaradawi katanya TIDAK MAHU berjumpa Anwar kerana statement-nya menyokong Israel. [Baca selanjutnya SINI]

Memulihkan Imej PAS Semakin Busuk - Anak Nik Aziz Buat Laporan Polis Di Jalan Dang Wangi

Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil langkah untuk memulihkan nama PAS yang semakin busuk di kalangan rakyat.

Timbalan DPP Nik Abduh Nik Aziz, semalam telah membuat laporan polis berhubung kenyataan MB Terengganu yang mengatakan PAS adalah "Parti Ajaran Sesat".

Monday, February 20, 2012

Petanda Kebangkitan Revolusi Ciptaan Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim telah disambut dengan cercaan dan balingan objek seperti batu, telor, botal dan kayu dalam siri ceramahnya di Sembrong Johor.

Bagi KeadilanDaily yang melapor kejadian tersebut melaporkan yang kononnya samseng-samseng UMNO telah melakukan khianat tersebut dan menyebabkan kerosakan pada cermin dan pintu kereta yang dinaiki Anwar.

KeadilanDaily juga menganggap bahawa kejadian ini berpunca dari kebimbangan terhadap karisma Anwar. Namun hakikatnya, kenyataan tersebut tidak lebih sebagai ayat penyedap hati.

Disebaliknya, Anwar kini harus menyemak terhadap dirinya sendiri dan revolusi yang cuba dicetuskannya akhirnya. Telah tiba masanya Anwar menghadap cermin dan memikirkan bahawa inilah petanda kebangkitan terhadap kemarahan rakyat kepadanya.

Anwar wajib menerima hakikat, bahawa ini adalah kebangkitan rakyat dan bukan oleh perbuatan samseng.