Thursday, March 27, 2014

Gitu-Gitu Tu Apa Kak Wan? Nak Jadi MB Ye?


Seperkara yang diakui oleh DS Wan Azizah hari ini ialah mengesahkan peringkat awal Kajang Move sebagai pelan suaminya DS Anwar Ibrahim untuk mengambil tempat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Namun Wan Azizah enggan mengesahkan samada meneruskan pelan tersebut. Sebaliknya beliau berkata, "At the moment, MB is doing okay.....".

Sekurang-kurangnya setakat ini, ayat itu boleh menyelamatkan Khalid dari asakan kem Azmin yang mahukan MB Selangor itu ditamatkan perkhidmatannya.

Ramai Yang Saksikan Sam Ketot Terima Sampul Berisi Wang - Namun Akhirnya Dia Yang Gigit Punggung Khalid Ibrahim


Menjelang PRK Kajang, bukan sedikit malah ramai termasuk DS Anwar Ibrahim yang menyaksikan MB Selangor TS Khalid Ibrahim menyerahkan sampul berisi sejumlah wang kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

Namun akhirnya, Shamsul yang mencanang dan menghidupkan semula isu Khalid bakal disingkir sebagai MB Selangor, laporan boleh dibaca di Antara Pos.

Tidak dinafikan bahawa Khalid masih berminat duduk di kerusi MB, hingga menjual nama pihak istana dengan dakwaan bahawa pegawai istana bertanyakan isu pertukaran MB, malah turut bertanya sama ada Azmin Ali dan Zuraidah Kamarudin arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri, apabila kedua-dua pemimpin PKR berkenaan terlebih dahulu mencanang isu berkenaan.

Hakikatnya serangan dari rangkaian Azmin-Zuraidah-Sam Ketot adalah lebih menjurus kepada menimbulkan  kerosakan terhadap imej Khalid yang telah pun mengisytiharkan diri untuk menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dalam pada itu, Khalid tentunya menyesal dengan pemberian wang kepada Sam Ketot (Shamsul Iskandar) yang didakwanya dikeluarkan dari poketnya sendiri, apabila akhirnya Ketua AMK itu menggigit punggungnya!

Dulu Nallakarupan Bayar RM15,000 Pada Anwar, Kini Giliran Anwar Bayar RM20,000 Pada Nallakaruppan


Semalam telah berlangsung 2 penghakiman kes yang melibatkan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Putra Jaya.

Kes pertama, Anwar telah gagal dalam permohonan semakan terhadap penghakiman bertulis untuk memadam perenggan 'kecenderungan melakukan homoseksual dengan Azizan Abu Bakar', berhubung pembebasan Anwar dari kes liwatnya terhadap Azizan, yang diputuskan 9 tahun lalu.

Kes kedua, Anwar telah diperintahkan oleh mahkamah membayar kos RM20,000 kepada S.Nallakarupan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Serentak dengan itu, kes tersebut akan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Sedikit mengenai kes yang kedua,

  • Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
  • Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan). 
Nallakarupan kemudiannya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, namun gagal malah telah diperintahkan membayar kos RM15,000 kepada Anwar.

Nampaknya seteru (yang dulunya rakan karib) Anwar, Nallakarupan setakat ini untung RM5,000. Sementara dipihak Anwar, beliau akhirnya gagal 2 kes dalam sehari!

Wednesday, March 26, 2014

Azmin Ali & Zuraidah Kamarudin - Seorang Mengetap dan Seorang Tersengih Bila Masing-Masing Dipersoal Pihak Istana


Merenung wajah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin, jelas sekali seorang mengetap bibir dan yang seorang lagi tersengih hingga menampakkan gigi.

Bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim, kedua-dua mereka adalah bagai hantu raya yang mengganggu kerusi MB yang sedang didudukinya.

Seolah-olah membayangkan yang dirinya mendapat perlindungan istana, Khalid memberitahu Sinar Harian, "Pegawai istana bertanyakan saya perkara ini (tukar menteri besar) sama ada mereka ini (Azmin dan Zuraida) arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri".

Kedua-dua Azmin dan Zuraidah adalah pemimpin PKR yang begitu kuat mahukan Khalid turun dari jawatan MB Selangor dan seterusnya memberi laluan kepada DS Wan Azizah Wan Ismail, seiring dengan kejayaan 'Kajang Move'.

Kenyataan Khalid di atas dengan sendirinya bermaksud yang beliau berkeberatan untuk turun dari kerusi MB, meskipun Wan Azizah merupakan Presiden PKR.

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Penghakiman Liwat Anwar Ibrahim


Meskipun untuk kes Liwat 1 yang terdahulu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun penghakiman bertulis yang dibuat 9 tahun dulu mencatatkan Anwar sebagai mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual dengan Azizan Abu Bakar.

Hari ini, panel 5 hakim telah menolak permohonan semakan penghakiman bertulis, bagi memadamkan perenggan yang berkaitan isu berkenaan oleh Anwar.

Baca seterusnya akan reaksi Anwar di Rakyat News.