Saturday, April 13, 2013

Takut Dipermainkan Azmin Ali, Khalid Ibrahim Umum Diri Sendiri Sebagai Calon PKR Pelabuhan Klang


Walaupun berjawatan MB Selangor, namun dalam hiraki PKR Selangor, Khalid Ibrahim sekadar Ketua Cabang Kuala Selangor.

Pengurusan parti dibawah Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Khalid perlu melapor kepada Azmin Ali yang merupakan Pengerusi MPN PKR Selangor.

Menjelang penamaan calon PRU13, Khalid merupakan satu-satunya anggota PKR (selain Anwar Ibrahim) yang mengumumkan diri sendiri sebagai calon (rujuk twitternya di bawah).


Meskipun ada unsur penolakan dari dalam PKR Cabang Klang, Khalid tidak mempedulikan isyarat yang diberikan kepadanya.


Sebaliknya siang tadi, kelihatan kren memasang billboard Khalid di lokasi Taman Pendamar Indah 2, dalam DUN Pelabuhan Klang.

Nampaknya Khalid nekad, meskipun dirinya belum diumum sebagai calon oleh Azmin mahu pun Anwar.

Difahamkan pengumuman penuh calon-calon PKR Selangor dijadual akan diumumkan malam esok.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 9 - Khalid Ibrahim Diperangkap Bekas Setpolnya


Atas kedudukannya sebagai MB Selangor atas dasar care taker government, Tan Sri Khalid Ibrahim telah diperangkap oleh bekas Setpolnya, Nik Nazmi Ahmad.

Nik Nazmi yang disebut bakal mempertahankan kerusi DUN Seri Setia, sedar bahawa pembangunan padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya akan menjadi isu yang menyukarkan mempertahankan kerusi tersebut.

Justeru beliau telah mengumumkan penarikan diri PKNS dari terus memajukan padang berkenaan, yang sebelum ini mendapat bantahan dari komuniti persekitaran.

Sesungguhnya, pengumuman yang dibuat oleh Nik Nazmi dilihat sebagai biadab, apabila ia mendahului pengumuman MB, yang kebetulan adalah Pengerusi Lembaga Pengarah PKNS.

Friday, April 12, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 8 - Hasrat Khalid Ibrahim Pindah Kawasan Ke Pelabuhan Klang Tidak Dialu-alukan PKR Cabang

Desas-desus MB Selangor berpindah kawasan dari Ijok ke Pelabuhan Klang ada asasnya.

Portal Media Selangorku yang menjadi jentera propaganda Khalid, telah membuat tinjauan rambang keatas kecenderungan para pengundi kawasan berkenaan.

Soal selidik mereka berkisar kepada 3 soalan iaitu:-
1. Adakah anda berpuashati dengan pentadbiran menteri besar selama lima tahun ini?
2. Adakah anda sokong atau tidak Khalid Ibrahim menjadi ADUN anda?
3. Apakah masalah pertama di DUN Port Klang yang perlu ADUN baru selesaikan?
Namun, tinjauan rambang ini hanya terhadap sampel seramai 24 orang.

Hasil penemuan dari soalselidik menunjukkan 14 menyokong, 6 menolak dan 4 tidak pasti.

Meskipun hasil penemuan menunjukkan 58.3 peratus menyokong, hakikat yang perlu diambilkira oleh Khalid ialah keberani 6 responden yang berani berterusterang menolak Khalid sebagai ADUN Pelabuhan Klang. Tambahan pula saiz sampel adalah terlalu kecil dan ia tidak menggambarkan kecenderungan yang sebenar.

Pertimbangan sebenar yang harus diambilkira oleh Khalid sebelum meneruskan hasratnya bertanding di Pelabuhan Klang ialah banner dibawah yang mengalu-alukan kehadirannya dalam siri lawatan ke Klang hari ini oleh ahli-ahli PKR Cabang Klang.


Kalau PKR sendiri tidak menyokong, apatah lagi BN?

(P/s Suhaimi ialah Penyelaran DUN Pakatan Rakyat Pelabuhan Klang)

Grand Design Jatuhkan Pemimpin Veteran PAS Bermula Dengan Foto Nik Aziz Selak Kain Sendiri


Bila foto-foto yang mengaibkan melibatkan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dan Setia Usaha Agung PAS Mustafa Ali disebarkan di alam siber, maka adalah sukar untuk kita menolak bahawa ujud grand design untuk menjatuhkan golongan veteran dalam parti berkenaan.

Foto Nik Aziz disebarkan dalam keadaan menyelakkan kain sendiri dan ia kelihatan sebagai suatu makhluk asing menghuni di dalamnya. Namun bagi doktor perubatan yang juga pemilik blog Minda Intelek Melayu, menyatakan bahawa ia adalah sekadar uncang air kencing, yang pendapat beliau berasaskan kepada masalah kesihatan yang Nik Aziz alami, disamping faktor usia pemimpin PAS berkenaan.

Oleh yang demikian, motif penyiaran dilihat sebagai untuk mendedahkan keuzuran penyandang jawatan MB Kelantan itu dan mungkin ia adalah isyarat bahawa beliau tidak sesuai untuk terus bertanding pada PRU13.


Selang sehari kemudian, video aksi lucah dan diselitkan juga aksi Mustafa Ali sedang mengira wang tunai dari dalam satu envelope pula telah dengan sengaja diedarkan.

Kedua-dua aksi Nik Aziz dan Mustafa dirakam oleh kalangan mereka yang punya kaitan dan berada didalam PAS, mahupun dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana ia berlaku 2 hari berturut-turut, tidak syak lagi ia adalah sebahagian dari operasi grand design yang dirancang dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat demi menghalang golongan veteran bertanding pada PRU13.

Seperkara lagi untuk difikirkan, logiknya kalau diam-diam ubi Mustafa Ali pun perangai begini, bagaimana pula gosip Mat Sabu? Mungkin ada kebenarannya?

Tahukah Anda Macamana Setia Usaha Agung PAS Boleh Dapat Habuan Satu Envelope Duit?




Foto-foto atas adalah turutan aksi Setia Usaha Agung PAS Mustafa Ali mengambil satu envelope berisi wang tunai dari dalam begnya.

Dari punca manakah beliau memperolehi wang tunai tersebut? Apakah dari punca rasuah?

Sebenarnya itu bukan wang rasuah, tetapi adalah hasil titik peluknya sebagai model iklan spender!

Thursday, April 11, 2013

Anwar Minat Penyanyi Wanita Ini Ketika Bersama ABIM


Penyanyi wanita di atas begitu diminati oleh Anwar Ibrahim ketika zaman mudanya bersama ABIM.

Perkara ini didedah oleh Ismail Mina Ahmad dalam video di bawah.


Penyanyi wanita dari seberang ini pernah popular dengan lagu 'Bugih Lama' dan boleh disaksikan di SINI.

Kesian Setia Usaha Agong PAS - Ketika Kelam-kabut Pakai Spender Lepas Terberak Pun Orang PAS Ambil Gambar


Foto di atas dikatakan oleh kebanyakan orang ialah Setia Usaha Agong PAS Mustafa Ali.

Logiknya, takkan Mustafa bersama orang UMNO dalam bilik dan yang pasti tentu bersama rakan terdekat yang pada masa yang sama mengkhianatinya.

Mungkin, gambar ini diambil ketika beliau tergesa-gesa pakai spender selepas terberak kerana hendak beredar memenuhi jadual majlis yang sepatutnya hadir pada waktu berkenaan.

Desas-desus mengatakan ia adalah berkaitan angkara parasit yang ceritanya boleh dibaca SINI.

Atau kerana PKR tak dapat kerusi yang dituntut maka Mustafa dikerjakan cukup-cukup.

Wednesday, April 10, 2013

Najib Hanya Beri Tempoh Merajuk Selama 24 Jam


Presiden UMNO DS Najib Razak hanya memberikan tempoh merajuk selama 24 jam kepada para pemimpin UMNO yang tidak terpilih sebagai calon PRU13.

Selepas tamat tempoh itu, mereka dikehendaki membantu jentera parti bagi mempastikan kemenangan calon-calon BN.

Bagi Najib, objektif utama adalah untuk menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan menjadi calon.

Baca seterusnya SINI.

7 Siri Debat Umum Lim Kit Siang Vs Dr Mahathir?

Lim Kit Siang (LKS) hari ini secara terbuka mencabar Tun Dr Mahathir (TDM) untuk berdebat dengannya dalam 7 siri debat umum berhubung 22 tahun pentadbiran PM ke 4 tersebut, melalui blognya yang boleh dibaca SINI.

Umum mengetahui bahawa TDM telah dilabelkan sebagai 'Ultra Melayu' lebih 4 dekad yang lalu. Nampaknya, selepas lebih 40 tahun LKS cuba menghidupkan semula tag yang pernah dilekatkan didada TDM.

Apakah kewajaran cabaran LKS terhadap TDM, walhal saingan LKS dan DAP serta Pakatan Rakyat bukanlah TDM, tetapi saingan sebenar ialah PM DS Najib Razak (DSN)?


Hakikatnya, LKS cuba menyemarakkan sentimen perkauman dengan mengaitkan TDM dengan Perkasa dan  Ibrahim Ali.

Baik TDM mahu pun Ibrahim Ali, hari ini mereka bukanlah watak-watak utama dalam persaingan BN Vs PR dalam PRU13. Sebaliknya, mereka adalah lebih sebagai individu yang pro BN, malah tidak terlibat secara lansung dalam membuat dasar dan keputusan BN.

Kalau LKS benar-benar ikhlas dalam menghentikan sentimen perkauman, adalah lebih wajar untuknya menawarkan debat 4 penjuru dengan melibatkan Dong Zhong dan Hindraf. 

Soalan untuk LKS, apakah saranan, pandangan dan tuntutan TDM mahupun Ibrahim Ali dan Perkasa adalah bersifat rasis, sementara tuntutan Dong Zhong serta Hindraf adalah sebagai tuntutan hak?

Sejarah telah membuktikan bahawa, dengan tag Ultra Melayu yang dikendong oleh TDM 10 tahun sebelum menjadi menjadi PM, tidak seorang pun bangsa lain yang dibunuh atau dimufliskan oleh beliau. Malahan, TDM telah membuktikan bahawa kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini adalah kelansungan dari   apa yang telah dirintis dan disediakan oleh beliau.

Sesungguhnya serangan LKS terhadap TDM adalah ledakan naluri chauvinistic yang subur dalam dirinya sejak 1969, dan dengan modal (sifat chauvinistic) itulah beliau dapat kekal hingga ke hari ini.

Tuesday, April 9, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 7 - Khalid Ibrahim Dikesan 2 Malam Belajar Mengaji Dengan Pemimpin PAS Selangor


Hujung minggu terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor, Khalid Ibrahim dikesan cuba mempelajari sebutan “Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” selama 2 malam berturut-turut bersama 2 pemimpin PAS Selangor yang berbeza.

Malam pertama beliau belajar dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali di Majlis Makan Malam Bersama Warga Institusi Pendidikan Selangor (Jumaat) dan malam berikutnya bersama Timbalan Pesuruh Jaya PAS Selangor, dalam suatu majlis di Stadium Melawati (Sabtu).

“Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” yang disebut dalam Surah Saba':15 adalah berkenaan dengan negeri yang aman makmur, adil dan mendapat keampunan Allah dan petikan ayat tersebut bermain di bibir Khalid di 2 majlis berkenaan.
Malangnya,  hakikat dari segi perlaksanaan, berlakunya penurapan jalan yang berpilih di Selangor oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Foto-foto di bawah diambil petang tadi jam 4.45 petang tadi, diambil di Telok Gadong Kecil dibawah kawasan DUN Selat Klang yang diwakili Dr Halimah pada penggal PRU12, yang terletak di kiri dan kanan jalan utama kawasan berkenaan, Jalan Sungai Bertih.


Foto atas adalah terletak di sebelah kanan, cantik berturap dan tanpa bendera BN terpasang di kediaman penduduk terbabit. Sementara foto bawah adalah kawasan yang penghuni kediamannya memasang bendera BN terbiar tanpa penurapan jalan.


Barangkali, oleh kerana mereka engkar tidak menyokong Pakatan Rakyat dan tanpa mempedulikan cukai oleh semua penduduk PBT, maka jalan di kediaman mereka telah diabaikan.

Apakah mereka mengambil teladan dari Surah Saba':16?

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 6 - Khalid Ibrahim Dicatat Dalam Tinta Sejarah Selangor Sebagai MB Pertama Ditunjal Rakyat


Sepanjang 5 tahun TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, beliau telah dicatat dalam sejarah sebagai MB pertama yang ditunjal oleh rakyat.

Bukan itu sahaja, rostrum tempat berucapnya juga telah dirampas oleh rakyat, malah yang lebih memedihkan ia berlaku dalam kawasan DUN yang diwakilinya, Ijok.

Monday, April 8, 2013

Penyokong Jatuh Parit Adalah Isyarat Awal Allah Kepada PAS Supaya Tidak Menangkan Untuk Lim Kit Siang Di Gelang Patah


Bukan untuk mempersenda dengan mempamerkan lelaki yang terjatuh dalam longkang ketika menghadiri ceramah PAS di Bandar Baru UDA, Johor.

Namun jika diamati tidak ini bagai suatu isyarat kepada PAS jangan sewenang-wenangnya bersekongkol untuk memenangkan Lim Kit Siang yang bertanding di Gelang Patah.

Jangan dilupakan sama sekali ucapan Lim Kit Siang di parlimen yang dengan penuh semangat sampai menggigil-gigil menolak Negara Islam.

Jangan menyesal wahai para penyokong PAS Johor.

Sunday, April 7, 2013

"Saya naik step by step..... Dan saya tak stab anybody at the back," - Sinis Najib Kepada Anwar


PM DS Najib ketika melancar Manifesto Manifesto 'Menepati Janji Membawa Harapan' Barisan Nasional PRU13, memberitahu yang beliau yang beliau naik langkah demi langkah dalam politik dan kerajaan. Malah tidak seperti Anwar, beliau tidak menikam sesiapa dari belakang.

Nik Aziz Hanya Mampu Jadi Ulamak Dalam Pembaringan Dalam Pakatan Rakyat



Tidak malukah Nik Aziz apabila hanya mampu sekadar menjadi ulamak dalam pembaringan dalam Pakatan Rakyat?

Kebolehan utama Nik Aziz ialah menjatuhkan hukum solat orang-orang UMNO yang dianggapnya sebagai tidak sah. Pada masa yang sama tidak pula menghukumkan solat orang-orang PAS dan PKR yang hanya mampu meletakkan Islam hanya sebagai agama Persekutuan seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.


Tidak malukah Nik Aziz bila Manifesto 'Menepati Janji Membawa Harapan' Barisan Nasional lebih memperinci penambahbaikan dalam pentadbiran Islam?