Tuesday, April 9, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 7 - Khalid Ibrahim Dikesan 2 Malam Belajar Mengaji Dengan Pemimpin PAS Selangor


Hujung minggu terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor, Khalid Ibrahim dikesan cuba mempelajari sebutan “Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” selama 2 malam berturut-turut bersama 2 pemimpin PAS Selangor yang berbeza.

Malam pertama beliau belajar dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali di Majlis Makan Malam Bersama Warga Institusi Pendidikan Selangor (Jumaat) dan malam berikutnya bersama Timbalan Pesuruh Jaya PAS Selangor, dalam suatu majlis di Stadium Melawati (Sabtu).

“Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” yang disebut dalam Surah Saba':15 adalah berkenaan dengan negeri yang aman makmur, adil dan mendapat keampunan Allah dan petikan ayat tersebut bermain di bibir Khalid di 2 majlis berkenaan.
A015
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. ( Saba' 34:15 )
Malangnya,  hakikat dari segi perlaksanaan, berlakunya penurapan jalan yang berpilih di Selangor oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Foto-foto di bawah diambil petang tadi jam 4.45 petang tadi, diambil di Telok Gadong Kecil dibawah kawasan DUN Selat Klang yang diwakili Dr Halimah pada penggal PRU12, yang terletak di kiri dan kanan jalan utama kawasan berkenaan, Jalan Sungai Bertih.


Foto atas adalah terletak di sebelah kanan, cantik berturap dan tanpa bendera BN terpasang di kediaman penduduk terbabit. Sementara foto bawah adalah kawasan yang penghuni kediamannya memasang bendera BN terbiar tanpa penurapan jalan.


Barangkali, oleh kerana mereka engkar tidak menyokong Pakatan Rakyat dan tanpa mempedulikan cukai oleh semua penduduk PBT, maka jalan di kediaman mereka telah diabaikan.

Apakah mereka mengambil teladan dari Surah Saba':16?
A016
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara. ( Saba' 34:16 )

No comments: