Wednesday, April 10, 2013

7 Siri Debat Umum Lim Kit Siang Vs Dr Mahathir?

Lim Kit Siang (LKS) hari ini secara terbuka mencabar Tun Dr Mahathir (TDM) untuk berdebat dengannya dalam 7 siri debat umum berhubung 22 tahun pentadbiran PM ke 4 tersebut, melalui blognya yang boleh dibaca SINI.

Umum mengetahui bahawa TDM telah dilabelkan sebagai 'Ultra Melayu' lebih 4 dekad yang lalu. Nampaknya, selepas lebih 40 tahun LKS cuba menghidupkan semula tag yang pernah dilekatkan didada TDM.

Apakah kewajaran cabaran LKS terhadap TDM, walhal saingan LKS dan DAP serta Pakatan Rakyat bukanlah TDM, tetapi saingan sebenar ialah PM DS Najib Razak (DSN)?


Hakikatnya, LKS cuba menyemarakkan sentimen perkauman dengan mengaitkan TDM dengan Perkasa dan  Ibrahim Ali.

Baik TDM mahu pun Ibrahim Ali, hari ini mereka bukanlah watak-watak utama dalam persaingan BN Vs PR dalam PRU13. Sebaliknya, mereka adalah lebih sebagai individu yang pro BN, malah tidak terlibat secara lansung dalam membuat dasar dan keputusan BN.

Kalau LKS benar-benar ikhlas dalam menghentikan sentimen perkauman, adalah lebih wajar untuknya menawarkan debat 4 penjuru dengan melibatkan Dong Zhong dan Hindraf. 

Soalan untuk LKS, apakah saranan, pandangan dan tuntutan TDM mahupun Ibrahim Ali dan Perkasa adalah bersifat rasis, sementara tuntutan Dong Zhong serta Hindraf adalah sebagai tuntutan hak?

Sejarah telah membuktikan bahawa, dengan tag Ultra Melayu yang dikendong oleh TDM 10 tahun sebelum menjadi menjadi PM, tidak seorang pun bangsa lain yang dibunuh atau dimufliskan oleh beliau. Malahan, TDM telah membuktikan bahawa kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini adalah kelansungan dari   apa yang telah dirintis dan disediakan oleh beliau.

Sesungguhnya serangan LKS terhadap TDM adalah ledakan naluri chauvinistic yang subur dalam dirinya sejak 1969, dan dengan modal (sifat chauvinistic) itulah beliau dapat kekal hingga ke hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Terbaek Tuan!!

LKS terbukti dah takde modal untuk menyerang DSN- itu yg pasti lagi sohih.

DSN telah diterima baik oleh Hindraf dan Dong Zong.

Malah prinsip 1Malaysia DSN diterima baik oleh majoriti rakyat Malaysia.

Hanya pentaksub PAS, DAP dan PKR yg HANYA membaca buletin terbitan parti mereka aje yg belum sedar.

Kita harus sedar dan faham, hatta Firaun yg considered as manusia plg zalim dlm sejarah peradaban manusia pun ada pengikutnya... dan mereka turut mati dibenam laut mati, kan?

Hitler, Napolean, Polpot... semuanya ada pengikut.

Kita nampak dan sedar mungkin kerana kita sentiasa berdoa memohon hidayah dr Allah. Saya bukan ahli mana2 parti.. malah selama lebih 20 tahun, saya idolised Anuwar... syukur... Allah buka mata hati saya.

Ungkapan para penceramah agama di TV yg sering menasihatkan penonton supaya berdoa memohon agar Allah tunjukkan yg benar sebagai benar, dan yg salah sebagai salah - itulah yg telah buat saya berfikir.

Maklumlah... terlalu banyak fitnah bertaburan.. hanya kepada Allah ajelah tempat memohon.