Sunday, April 7, 2013

Nik Aziz Hanya Mampu Jadi Ulamak Dalam Pembaringan Dalam Pakatan Rakyat



Tidak malukah Nik Aziz apabila hanya mampu sekadar menjadi ulamak dalam pembaringan dalam Pakatan Rakyat?

Kebolehan utama Nik Aziz ialah menjatuhkan hukum solat orang-orang UMNO yang dianggapnya sebagai tidak sah. Pada masa yang sama tidak pula menghukumkan solat orang-orang PAS dan PKR yang hanya mampu meletakkan Islam hanya sebagai agama Persekutuan seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.


Tidak malukah Nik Aziz bila Manifesto 'Menepati Janji Membawa Harapan' Barisan Nasional lebih memperinci penambahbaikan dalam pentadbiran Islam?

1 comment:

Anonymous said...

Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...
Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...
Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....
Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...
Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...
Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu Haji Adi ...
Haji Adi : Er tapi yang dipertua. Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dah bersetuju dalam hal ini dan tuan pun mengaku bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama Islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan seluruh umat manusia kepada Islam ... besar manfaatnya itu Tuan Haji ... banyak pahala yang tuan akan dapat nanti ...
Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...
Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....
Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam ... kata Tuan Guru Nik Aziz juga ... bahkan Iblis pun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia dari Iblis ini menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ... bagi yang menentang mereka boleh undi tidak menyokong ... tiada masalahnya.
Undian pun dijalankan ... akhirnya majoriti setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pun dipinda ....
Tidak lama kemudian ... pada gereja tertera perkataan Allah ... pada kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibadat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...
Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er ... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu ...