Friday, September 2, 2011

Mengapa Rooney (MU) Bersikap Kurang Ajar?

Kalau Bintang Tiga Perintah Negara Ini, Dah Lama Hadi Awang & Nik Aziz Jadi Arwah


Kalaulah Mat Sabu dewasa ketika peristiwa Bukit Kepong, kemungkinan besar dia akan menjadi orang besar Bintang Tiga.

Andaikan juga Hadi Awang, Nik Aziz. Din Pudu Sentral, Husam, Nasruddin Attantawi dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS hari ini juga hidup di zaman itu, apa akan jadi pada mereka?

Ditakdirkan menang Bintang Tiga dan menjadi pemerintah negara siapakah agaknya yang akan menjadi mangsa?

Hadi Awang dan Nik Aziz diikat kaki mereka oleh Bintang Tiga

Tuan Ibrahim sekadar dapat menadah kedua belah tangan

Khalid Samad dan Dr Dzul diseksa

Din Pudu Sentral, Husam dan Nasruddin dipaksa rukuk

Alhamdulillah, sebab mereka semua hidup dan dewasa ketika pemerintahan Barisan Nasional.

Moga dijauhkan Mat Sabu dari mengiktiraf Abu Jahal dan Abu Lahab sebagai wira sejati kerana mempertahankan bumi Mekah!

Kesian Anwar Ibrahim - Wajah Semakin Cengkung

Perhatikah wajah Anwar Ibrahim di atas.

Anwar Ibrahim kelihatan semakin cengkung. Walau pun cuba untuk ceria, tapi jelas tanpa seri. Malah wajah Anwar menampakkan kegusaran.

PM Najib akan menyerang kawasannya, Permatang Pauh.

Awal-awal lagi lagi dia tahu bahawa bakal ramai rakyat yang akan menyertai Najib. Jadi, dia buat kenyataan supaya rakyat di kawasannya turun untuk menyertai sambutan Rumah Terbuka Malaysia di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh.

Laporan dan video ada di blog Generasi Pejuang Bangsa.

Monday, August 29, 2011

Pengertian Aidil Fitri

Makna Aidilfitri dan hakikatnya

Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.

Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?

Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?

Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.

Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain. [Dipetik dari Langit Ilahi]

Dam Dum Bunyi Mercun


Teringat kenangan hari raya di zaman kanak-kanak di tahun 1960an.

Teringat hutan paya bakau di Pulau Lumut (Pulau Indah). Hutan paya bakau yang kini telah menjadi Port Klang Free Zone (PKFZ), lagi kontroversial.

Biarlah kontroversi datang dan pergi, namun suatu tindakan perlu diambil untuk menjadikan PKFZ lebih berdaya maju.

Kebetulan minggu lalu, terserempak dengan teman persekolahan yang telah menjadi antara pengurusan kanan Lembaga Pelabuhan Klang semasa majlis berbuka puasa. Sempat mengajukan soalan tentang progres di PKFZ.

70%? (geleng)
60% (geleng)
50% (mengangguk lemah).

Mungkin dia malu dengan apa yang terjadi!

Apa pun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari blog Akar Umbi.

Sunday, August 28, 2011

Menjelang Aidil Fitri & Hari Kemerdekaan, Suhu Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor Sudah Ketahap Didih

Siang tadi, saya adalah antara penerima SMS dari Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor Ir Mohd Zin Mohamed dalam bentuk seloka sempena Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan. Begitu menarik dan bersemangat:-

Mendidih darah dikandung badan
Mengenang negeri dah tak keharuan
Mujur jiwa dibendung Ramadan

Dada berombak dirasuk perjuangan
Mengenang rakyat dah diperdayakan
Mujurlah keberanian bertakhtakan iman

Benak bergema dentuman misi
Jiwa panglima mula berapi
Mujurlah Syawal menyinari hati

Rakyat yang dipedaya dimarah jangan
Bantulah dengan penuh kemaafan
Bersatulah kita tanpa sempadan
Menawan hati dan minda rakyat usah ditangguhkan

Din Puduraya Kini Dikenali Din Pudu Sentral

Sejajar dengan perubahan nama Puduraya kepada Pudu Sentral, maka dengan itu Din Puduraya kini dikenali sebagai Din Pudu Sentral.

Meskipun Pudu Sentral dilengkapi dengan 296 kamera CCTV, Din Pudu Sentral tidak khuatir untuk bikin projek memandangkan Presiden PAS TG Hadi Awang telah mengisytiharkan bahawa CCTV tidak boleh menjadi saksi.
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Terminal Bas Puduraya di sini yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. [Bernama/Utusan]