Saturday, February 19, 2011

Teng Chang Khim Tetap Mahu 'Kuis' Badrul Sebagai ADUN

"Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu." - Selangorkini
BN Selangor, khususnya UMNO tidak harus memandang enteng kenyataan di atas. Speaker DUN Selangor pasti akan all out untuk memastikan Badrul Hisham Abdullah tersingkir sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

Surat Terbuka Kepada Pengerusi GAPS Dan Ketua Pembangkang DUN Selangor

Berikut ialah surat terbuka saya untuk perhatian Saudara Hamidzun Khairuddin, Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor dan YB Dato' Mohd Satim Diman, Ketua Pembangkang DUN Selangor:-

YB Dato' Mohd Satim Diman & Sdr Hamidzun Khairuddin,

Saya merasa curiga dengan cadangan MB Selangor, YAB TS Khalid Ibrahim yang berhasrat membentuk Pasukan Polis Tambahan Negeri Selangor yang menjadikan alasan kegagalan PDRM menyelesaikan masalah jenayah di Selangor.

Sebagai seorang yang berlatarbelakang dunia perniagaan, cadangan MB Selangor itu sebenarnya mempunyai suatu agenda tersembunyi dan cuba memerangkap Kerajaan Persekutuan supaya tunduk kepada cadangan balasnya, andai cadangan beliau ditolak.

Sebenarnya beliau seolah-olah ingin membentuk Selangor sebagai 'guarded communities' dan 'gated communities'. Beliau pasti akan menjadikan faktor pencegahan jenayah bagi memberi ruang kepada kewujudan 'guarded & gated communities", khususnya di kawasan bandar.

Secara ikhlas, saya tidak bersetuju dengan keadaan sekarang ini khusus di kawasan kediaman elite yang membataskan pergerakan orang-orang awam. Apakah keistimewaan kawasan tersebut hingga orang awam tidak bebas keluar masuk, walhal penyelenggaran infrastruktur dikendalikan oleh pihak kerajaan?

Mungkin keadaan ini terkecuali bagi 'gated communities" kerana saya difahamkan status pemilikan tanah kawasan tersebut berasaskan pemilikan strata dan dengan sendirinya memberikan hak mutlak kepada komuniti di kawasan tersebut untuk mendapat keistimewaan privasi.

Meskipun hal ini telah pun bermula semenjak pentadbiran BN di Selangor, saya berpandangan hal ini harus dihentikan. Ia tidak memberikan kebaikan dalam pola komuniti dalam jangkamasa panjang kerana ia seolah-olah ingin mengembalikan pembentukan masyarakat berbentuk kabilah seperti dizaman jahiliah.

Satu contoh yang begitu ketara ialah I-City, Shah Alam yang sewenang-wenangnya mengenakan bayaran untuk masuk ke kawasan tersebut dan telah beroperasi seolah-olah taman rekreasi persendirian/resort. Soalan saya, atas enakmen mana yang diguna pakai hingga membelakang Majlis Bandaraya Shah Alam dalam hal ini? Disamping itu, apakah status pemilikan tanah di I-City, samada pemilikan individu atau pemilikan strata?

Saya curiga diatas keistimewaan yang diperolehi oleh I-City dari Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian, saya merayu kepada YB Dato' Satim Diman dan Sdr Hamizun agar dapat membuat siasatan samada kerajaan negeri memperolehi sebarang cukai hiburan atau bayaran parkir dari pihak pemaju dari apa yang berlaku di I-City.

Kesimpulannya, dari keadaan di ataslah yang menyebabkan MB Selangor beria-ia mendapatkan autonomi dan seterusnya menindas rakyat jelata.

Mohon penyiasatan dan pendedahan dari YB Dato'/Sdr demi "SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN".


Rakyat yang penuh harapan,

t.t
Akar Umbi
Klang
19/2/2011

ADUN Perupok Bakal Dihadapkan Ke JK Disiplin PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man seharusnya bertindak cepat memanggil Adun Perupok, Dato' Haji Omar Mohamed mengadap JK Disiplin, ekoran pendedahan skandal oleh Papa Gomo.

Pendedahan ini merupakan maruah parti. Siasatan terperinci harus dibuat dengan kadar segera.

Persoalannya siapakah barisan pemeriksa tubuh Dato' Omar untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan foto alat sulit yang didedahkan sememangnya milik Dato' Omar?

Saya sangsi yang Nik Aziz mahu pun Mustafa Ali sanggup menjadi panel untuk membuat pengecaman samada alat sulit di foto sama seperti fizikalnya. Mungkin disini, PAS memerlukan tokoh yang lebih muda seperti Husam Musa, Dr Dzul atau juga Nasrudin Attantawi yang boleh dikerah untuk menjadi panel pemeriksaan.

Atau pun JK Disiplin boleh juga meminta bantuan panel di luar PAS seperti Anwar Ibrahim dan Karpal Singh untuk menjalankan tugasan tersebut.

Namun Dr Pornthip Rojanasunand dikecualikan dari dipanggil sebagai panel kerana ia bakal mengundang ketidak stabilan pada Dato' Omar sendiri!

Friday, February 18, 2011

Wang Rakyat Selangor Hangus : RM40,000 Untuk Bayar Kos Mahkamah Teng Chang Khim

Akhirnya Pelabuhan Klang terselamat dari kesesakan pelancungan pilihanraya kecil (by-election tourism), apabila mahkamah memutuskan tiada kekosongan kerusi DUN tersebut.

Maklumat terkini rujuk di SINI.

Thursday, February 17, 2011

Apa Kelas Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Cabar Husin Lempoyang


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS kini memecah tradisi dikalangan Naib-Naib Presiden PAS dengan penulisan satira yang amat melucukan. Ini amat berbeza sekali dengan Naib-Naib Presiden sebelumnya, yang begitu serius menunjangi aspirasi perjuangan parti.

Pastinya beliau bakal menyaingi Husin Lempoyang dalam penulisan blog satira.

Disamping Tuan Ibrahim, meskipun Mahfuz Omar dan mantan Naib Presiden Mat Sabu sememang telah terkenal sebagai Raja Lawak yang popular dikalangan pemerhati politik, namun mereka tidak terlibat didalam penulisan satira.

Karya ulung Tuan Ibrahim boleh dibaca di SINI.

Pakatan Rakyat Selangor Menyesal Isytiharkan Kerusi DUN Pelabuhan Kosong?

Ketika Speaker DUN Selangor memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang milik Badrul Hisham Abdullah berkuatkuasa 16 Januari 2011, tampak sekali Pakatan Rakyat Selangor serius untuk mengadakan PRK di DUN tersebut.

Namun difahamkan Pakatan Rakyat Selangor telah memohon penangguhan keatas saman Badrul Hisham terhadap Speaker yang sepatutnya didengar di mahkamah hari ini, ke tarikh 19 Februari (Jumaat) jam 3 petang.

Tidak dapat dipastikan samada Speaker DUN benar-benar mempunyai urusan di luar kawasan atau sengaja melewat-lewatkan kes didengar di mahkamah.

Kalau sebelum ini beria-ia hendakkan PRK, mengapa pula sekarang berdalih-dalih? Mungkin sudah terasa bahang kekalahan kot?

JKKK(P) Harus Berfikiran Diluar Kotak Kalau Hendak Rampas Negeri-Negeri Pakatan

Malam tadi berkesempatan duduk dengan 4 orang Pengerusi JKKK (P) dan Ketua UMNO Bahagian. Sebagai orang biasa dan terperap di dasar akar umbi, entah macamana secara berani saya melontar satu idea kepada mereka. Cadangan tersebut dilontarkan adalah semata-mata untuk membantu merampas negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Saya menyatakan kepada mereka semua, JKKK (P) seharusnya tidak menjadi entiti yang ekslusif. Maksudnya, mesyuarat JKKK (P) jangan sama sekali terhad kepada jawatan kuasa yang terlantik. Sebaliknya, JKKK (P) harus mengambil Mesyuarat Pembangunan dan Mesyuarat Tindakan Daerah sebagai model.

Dalam setahun, apa salahnya diberi ruang diberi peluang kepada NGO, wakil masjid/surau, sekolah, klinik desa, balai polis, jabatan pertanian, unit-unit persatuan peladang/nelayan, sekolah agama dan lain-lain agensi yang berkaitan di kampung tersebut untuk turut serta memberikan idea atau menyuarakan masalah mereka. Sebagai contoh, sekolah mungkin berhadapan masalah murid-muridnya yang terdedah kepada bahaya longkang besar di luar pintu pagar sekolah. Siapa yang harus menyelesaikan masalah sekolah tersebut? Sekurang-kurangnya, Pengerusi JKKK (P) boleh menjadi mediator untuk memanjang masalah tersebut kepada pihak berwajib untuk diselesaikan.

Begitu juga dengan masalah lain, misalnya jika ada bantuan atau subsidi pertanian boleh dihebahkan kepada semua pihak khususnya unit persatuan peladang/nelayan, pertubuhan belia dan pertubuhan-pertubuhan berkaitan agar bantuan dapat diagehkan kepada sasaran.

Apa yang penting sebenarnya ialah JKKK (P) dapat mendengar masalah yang diutarakan melalui first hand information dan pada masa yang sama membantu kearah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dengan cara ini, barulah hasrat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Menjana Transformasi" benar-benar menjadi realiti.

Wednesday, February 16, 2011

Anwar Ibrahim : "Sodomy Opportunism" Disebalik "Political Opportunism"

Ikhwanul Muslimin tidak meletakkan pertubuhan mereka sebagai opportunis dalam revolusi rakyat Mesir untuk menjatuhkan rejim Hosni Mobarak.

Sebaliknya Anwar Ibrahim yang mengepalai pembangkang di Malaysia begitu bersikap opportunistik dan mengharapkan 'teori domino' yang bermula di Tunisia dan Mesir akan merebak ke Malaysia.

Malah lebih meng'getik'kan Anwar juga mengamal 'sodomy opportunism' disebalik kemasyhuran namanya diarena politik tanah air dan antarabangsa.

Baca tulisan dan kupasan Syed Ahmad Syed Ibrahim yang membuat perbandingan pergolakan di Mesir dengan Malaysia di blog Aktivis Reformasi.

Calon Bebas (Atas Tiket MCLM) Mesti Cuba PRK Merlimau Dan Kerdau Untuk Uji Pengaruh

Nasihat saya kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) supaya tidak perlu menunggu PRU13 mahu pun PRU Negeri Sarawak. Sebaliknya PRK di Merlimau dan Kerdau mesti dijadikan medan ujian bagi menilai sejauh mana kekuatan pengaruh undi 3rd Force.

Mungkinkah MCLM terlalu "mengukur baju di badan sendiri" maka tidak pernah pun kedengaran hasrat untuk menyertai hampir 16 PRK yang telah dan akan berlangsung? Jika inilah pendirian MCLM, hasrat untuk menjadi untuk menjadi kuasa penentu bakal tidak akan kesampaian. Setakat ini, bolehlah disimpulkan bahawa MCLM hanya mengharapkan ehsan dari PR semata-mata.

Dalam pada itu, seperti dilaporkan oleh Malaysia Today kata sepakat berkenaan perkara dasar masih belum tercapai. Jadi mana mungkin peluang bakal dihidangkan MCLM untuk meletakkan calon mereka.

Oleh itu, dengan dua lagi PRK yang sedia menunggu (Merlimau dan Kerdau), MCLM harus mengambil peluang untuk menguji pengaruh disamping untuk menimba pengalaman kehangatan suasana PRK. Ayuh, sertailah PRK dan rasailah juga pengalaman kehilangan deposit!

Monday, February 14, 2011

Jangan Hirau Valentine's Day, Mari Semarakkan Maulidur Rasul 2011 - 1Malaysia 1Ummah


Istilah Pecinta

Allah Muhammad
Muhammad pesuruh Allah
Allah Muhammad
Dua antara kekasih
Satu
Cinta Allah akan Muhammad
Cinta Muhammad akan Allah
Suatu percintaan yang satu
Satu

Allah rahsia Muhammad
Muhammad rahsia Allah
Saling merahsia

Siapa tahu?
aku?
kau?
kita?
Siapa?
Tiada
Kita adalah rahsia

Allah
Wahyukan Muhammad
Himpunan puisi himpunan ceritera
al Quran al Furqan Ummul Kittab
Sebuah penyembuh
Sebuah penerang
Sebuah rahmat

Ini suatu percintaan yang rahsia
Di dalam timbunan kitab bicara manusia
Mereka pengembara yang kian kembara
Saling menyoal dan bertanya

Tapi siapa tahu
Semua rahsia-Nya

P/s Maaf kerana saya tidak ingat milik siapa puisi ini. Saya pernah membacanya lebih 30 tahun dahulu. Tapi saya jumpa kembali puisi di atas di SINI.

Boikot Maybank : Biarkan Tengku Zafrul Bertatih

Sudah sampai masanya untuk Tengku Zafrul Tengku Aziz diberi latihan yang mencukupi untuk menaiki anak tangga korporat. Sebagai seorang yang mempunyai visi dan misi yang begitu terserlah, bakatnya harus diasah dari bawah, merangkak dan menghadapi pahit getir dalam memimpin sebuah organisasi yang kecil, beroperasi dan dan dipandu untuk menjadi entiti yang besar.

Tengku Zafrul banyak melompat dari satu organisasi korporat ke satu organisasi yang lain untuk menimba pengalaman dan mengejar habuan yang lebih besar. Beliau tidak berbeza dengan anak-anak muda hari ini yang tidak tahan ujian, apabila bermasalah dengan majikan maka hantar resuming ke syarikat lain dan hantar notis perletakan jawatan apabila ditawar gaji yang lebih tinggi di tempat lain.

Pengalamannya tidak seperti TS Mohd Desa Pachi dan TS Mohd Nor Yusof yang memulakan Bank Of Commerce (BOC), yang asalnya sebuah bank kecil malah tidak sampai 10 cawangan diawal operasinya. Namun mereka dapat menggerakkan BOC umpama seekor ular yang akhir menelan naga. Bermula dengan mengambil alih United Asian Bank (UAB), kemudiannya menelan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) lantas membentuk entiti Bumiputera Commerce Bank Berhad.

Dato' Nazir Tun Abdul Razak juga mendapat latihan di padang yang sama. Beliau memulakan kerjaya hanya sebagai eksekutif biasa di Commerce International Merchant Bank anak syarikat BOC. Nazir pun melangkah menaiki anak-anak tangga dunia korporat setingkat demi setingkat. Akhirnya beliau memimpin entiti baru CIMB dari asas-asas yang dirintis oleh Desa Pachi dan Mohd Nor Yusof. Bermula dengan BOC, UAB, BBMB akhirnya mereka menyerap Southern Bank Berhad untuk turut sama dibawah payung CIMB.

Tengku Zafrul tidak mempunyai pengalaman seperti mereka bertiga. Walau pun beliau bukan anak bekas PM, namun boleh dikatakan nasibnya lebih baik berbanding Nazir.

Oleh itu, sudah tiba masanya bagi Kerajaan Malaysia, PNB dan Maybank menguji bakatnya sebagai bakal tokoh bank yang berwibawa suatu hari nanti. Adalah dicadangkan supaya Maybank memberi tanggung jawab kepada Tengku Zafrul untuk terlibat secara langsung dalam operasi Malayan Banking Berhad.

Pada masa yang sama, apabila Tengku Zafrul mengurus Maybank biarkan dia bermula dari zero. PNB mesti menarik balik status agensi bagi ASB, ASN, ASW dan lain-lain dana pelaburan PNB. GLC dan konglomerat kerajaan seperti Sime Darby juga harus memindahkan semua akaun ke bank yang lain.

Kerajaan dan PNB tidak harus berasa khuatir. Tengku Zafrul mempunyai kualiti dan kreativiti untuk melonjakkan Maybank. Berilah peluang kepada anak muda ini dan beliau pasti tidak akan mengecewakan kita semua.

Saya dengan ini menyertai Voice, Apanama, The Unspinners, Medan Info dan GAP dalam kempen "BOYCOTT MAYBANK".

Elizabeth Wong & Khalid Ibrahim Bekerja Sebagai Satu Keluarga

- Khalid Ibrahim - Selangorkini
Molek benarlah saranan MB Selangor, tapi kalau boleh Eli jangan asyik nak menyelit kat sebelah Khalid pulak! Baik CNY 2010 mahu pun CNY 2011 asyik nak senggol-senggolan.

Tahun Baru Cina 2011
Gambar : Selangorkini

Tahun Baru Cina 2010
Gambar : The Star

Sunday, February 13, 2011

PAS Lari Dari Peperangan Tapi Nak Tumpang Rai Kemenangan

Aiik..... Hosni Mubarak berundur, maka cepat PAS pulak nak hantar nota tahniah.

Rasanya lebih baik bagi PAS membuat kerahan tenaga kepada para penyokongnya di Mesir tempohari dan tidaklah membuang masa dan belanja kerajaan yang dianggarkan RM50 juta.

Kalau aku rakyat jadi rakyat Mesir, aku akan kata " Pegi daa..... masa kita orang susah kau orang balik negeri dah menang baru kau terhegeh-hegeh nak ucap tahniah kat aku.... Dasar pengkhianat perjuangan!!"

Ayoyo Raju, Apa Pasal Bagi Tahu Suparjo


Ayoyo Raju...... Ikan di laut asam di darat...... Kita tau lah awak baik sama itu Suparjo.... Tapi apa pasal kasi cerita sama Suparjo!!!!!!

Molek Benar Nasrudin Disunatkan Sekali Lagi

Ada 2 perkara yang disimpulkan berhubung pendirian Pemuda PAS terhadap Hari Valentine, iaitu:-

1. Hangat-Hangat Tahi Ayam
2. Kecut Telur

Mengapa saya sifatkan demikian, cuba kita perhatikan kronologi peristiwa yang berikut:-

1. Kenyataan Nasrudin Attantawi kepada AFP yang disiarkan di Straits Times.
2. Reaksi DAPSY melalui ketuanya Loke Siew Fook di Malaysian Insider.
3. Reaksi balas Nasrudin terhadap belasahan DAPSY di Harakahdaily.
4. Sam Ketot Ketua AMK tumpang sesudu sokong DAPSY dan salahkan UMNO di Harakahdaily.
5. Pemuda PAS umum tarik handbrake di Harakahdaily.

Jadi, jelas kepada kita bahawa veto DAP lebih kuat daripada PAS. Sementara PKR pula, sekadar tukang angguk kepada DAP.

Dari kronologi di atas juga terbukti yang gerak kerja PAS adalah umpama hangat-hangat tahi ayam dan dari segi kejantanannya bolehlah disifatkan sebagai kecut telur.

Oleh itu, disyorkan kepada Pemuda Pas supaya Nasrudin disunatkan sekali lagi. Lagi pun memang ada kedai ayam Cina yang boleh tolong sunatkan.

Gambar : Oh! Media