Sudah sampai masanya untuk Tengku Zafrul Tengku Aziz diberi latihan yang mencukupi untuk menaiki anak tangga korporat. Sebagai seorang yang mempunyai visi dan misi yang begitu terserlah, bakatnya harus diasah dari bawah, merangkak dan menghadapi pahit getir dalam memimpin sebuah organisasi yang kecil, beroperasi dan dan dipandu untuk menjadi entiti yang besar.
Tengku Zafrul banyak melompat dari satu organisasi korporat ke satu organisasi yang lain untuk menimba pengalaman dan mengejar habuan yang lebih besar. Beliau tidak berbeza dengan anak-anak muda hari ini yang tidak tahan ujian, apabila bermasalah dengan majikan maka hantar resuming ke syarikat lain dan hantar notis perletakan jawatan apabila ditawar gaji yang lebih tinggi di tempat lain.
Pengalamannya tidak seperti TS Mohd Desa Pachi dan TS Mohd Nor Yusof yang memulakan Bank Of Commerce (BOC), yang asalnya sebuah bank kecil malah tidak sampai 10 cawangan diawal operasinya. Namun mereka dapat menggerakkan BOC umpama seekor ular yang akhir menelan naga. Bermula dengan mengambil alih United Asian Bank (UAB), kemudiannya menelan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) lantas membentuk entiti Bumiputera Commerce Bank Berhad.
Dato' Nazir Tun Abdul Razak juga mendapat latihan di padang yang sama. Beliau memulakan kerjaya hanya sebagai eksekutif biasa di Commerce International Merchant Bank anak syarikat BOC. Nazir pun melangkah menaiki anak-anak tangga dunia korporat setingkat demi setingkat. Akhirnya beliau memimpin entiti baru CIMB dari asas-asas yang dirintis oleh Desa Pachi dan Mohd Nor Yusof. Bermula dengan BOC, UAB, BBMB akhirnya mereka menyerap Southern Bank Berhad untuk turut sama dibawah payung CIMB.
Tengku Zafrul tidak mempunyai pengalaman seperti mereka bertiga. Walau pun beliau bukan anak bekas PM, namun boleh dikatakan nasibnya lebih baik berbanding Nazir.
Oleh itu, sudah tiba masanya bagi Kerajaan Malaysia, PNB dan Maybank menguji bakatnya sebagai bakal tokoh bank yang berwibawa suatu hari nanti. Adalah dicadangkan supaya Maybank memberi tanggung jawab kepada Tengku Zafrul untuk terlibat secara langsung dalam operasi Malayan Banking Berhad.
Pada masa yang sama, apabila Tengku Zafrul mengurus Maybank biarkan dia bermula dari zero. PNB mesti menarik balik status agensi bagi ASB, ASN, ASW dan lain-lain dana pelaburan PNB. GLC dan konglomerat kerajaan seperti Sime Darby juga harus memindahkan semua akaun ke bank yang lain.
Kerajaan dan PNB tidak harus berasa khuatir. Tengku Zafrul mempunyai kualiti dan kreativiti untuk melonjakkan Maybank. Berilah peluang kepada anak muda ini dan beliau pasti tidak akan mengecewakan kita semua.
Saya dengan ini menyertai Voice, Apanama, The Unspinners, Medan Info dan GAP dalam kempen "BOYCOTT MAYBANK".
2 comments:
aku sokong boikot maybank..biarkan manusia haram jadah ini menjawab segala kekalutan yg berlaku skrng..manusia yang lahir dari kekayaan bn mengkritik orng yg diberi kepercayaan oleh pm utk memajukan felda..kita harus memberi pengajaran pada jadah ini.....katakan tidak maybank..
Lapor, kumpul, kempen disini...
http://amplicate.com/hate/maybank
Post a Comment