Saya menyatakan kepada mereka semua, JKKK (P) seharusnya tidak menjadi entiti yang ekslusif. Maksudnya, mesyuarat JKKK (P) jangan sama sekali terhad kepada jawatan kuasa yang terlantik. Sebaliknya, JKKK (P) harus mengambil Mesyuarat Pembangunan dan Mesyuarat Tindakan Daerah sebagai model.
Dalam setahun, apa salahnya diberi ruang diberi peluang kepada NGO, wakil masjid/surau, sekolah, klinik desa, balai polis, jabatan pertanian, unit-unit persatuan peladang/nelayan, sekolah agama dan lain-lain agensi yang berkaitan di kampung tersebut untuk turut serta memberikan idea atau menyuarakan masalah mereka. Sebagai contoh, sekolah mungkin berhadapan masalah murid-muridnya yang terdedah kepada bahaya longkang besar di luar pintu pagar sekolah. Siapa yang harus menyelesaikan masalah sekolah tersebut? Sekurang-kurangnya, Pengerusi JKKK (P) boleh menjadi mediator untuk memanjang masalah tersebut kepada pihak berwajib untuk diselesaikan.
Begitu juga dengan masalah lain, misalnya jika ada bantuan atau subsidi pertanian boleh dihebahkan kepada semua pihak khususnya unit persatuan peladang/nelayan, pertubuhan belia dan pertubuhan-pertubuhan berkaitan agar bantuan dapat diagehkan kepada sasaran.
Apa yang penting sebenarnya ialah JKKK (P) dapat mendengar masalah yang diutarakan melalui first hand information dan pada masa yang sama membantu kearah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dengan cara ini, barulah hasrat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Menjana Transformasi" benar-benar menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment