Nasihat saya kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) supaya tidak perlu menunggu PRU13 mahu pun PRU Negeri Sarawak. Sebaliknya PRK di Merlimau dan Kerdau mesti dijadikan medan ujian bagi menilai sejauh mana kekuatan pengaruh undi 3rd Force.
Mungkinkah MCLM terlalu "mengukur baju di badan sendiri" maka tidak pernah pun kedengaran hasrat untuk menyertai hampir 16 PRK yang telah dan akan berlangsung? Jika inilah pendirian MCLM, hasrat untuk menjadi untuk menjadi kuasa penentu bakal tidak akan kesampaian. Setakat ini, bolehlah disimpulkan bahawa MCLM hanya mengharapkan ehsan dari PR semata-mata.
Dalam pada itu, seperti dilaporkan oleh Malaysia Today kata sepakat berkenaan perkara dasar masih belum tercapai. Jadi mana mungkin peluang bakal dihidangkan MCLM untuk meletakkan calon mereka.
Oleh itu, dengan dua lagi PRK yang sedia menunggu (Merlimau dan Kerdau), MCLM harus mengambil peluang untuk menguji pengaruh disamping untuk menimba pengalaman kehangatan suasana PRK. Ayuh, sertailah PRK dan rasailah juga pengalaman kehilangan deposit!
No comments:
Post a Comment