Saturday, November 23, 2013

Mahfuz Omar Tewas?


TMI mendapat maklumat Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menyelitkan diri bersama Salahuddin Ayub dan Husam Musa untuk jawatan Naib Presiden PAS.

Dengan maklumat tersebut dengan sendirinya bermaksud Mahfuz Omar tewas?

Perwakilan Pemuda PAS Bangkitkan Masalah Pengurusan Organisasi - Puncanya Pejabat S.U Agung Beroperasi Atas Ranjang


PAS menjalani proses transformasi yang amat ketara dalam organisasi mereka. Dari senarai keputusan pemilihan AJK PAS yang dikeluarkan hari ini hampir 70% adalah terdiri dari mereka yang bukan berlatar belakang pendidikan formal agama.

Mereka mungkin boleh mendabik dada dengan menampilkan penguasaan bukan ulamak dalam pengurusan dan pentadbiran parti, tetapi pada masa yang sama meminggirkan ulamak hanya sekadar melalui sayap Dewan Ulamak.

Kita dapat menyaksikan ciri-ciri Islam dalam PAS hanya di dalam dewan persidangan, walhal luarannya terpalit dengan modenisasi jahiliah yang boleh disaksikan di SINI.

Perwakilan Pemuda PAS Tumpat membangkitkan berkenaan kelemahan pengurusan PAS mengurus keahlian, sehingga ahli pemuda menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan keahlian.

Sebenarnya, perkara ini telah menjadi lumrah dalam organisasi PAS. Saya pernah menerima pengakuan seorang Ketua Pemuda cawangan PAS yang memberi tahu pengalamannya dipilih untuk jawatan yang disandangnya. Jelasnya, beliau hadir ke mesyuarat agung cawangan PAS sekadar untuk 'meramaikan' kehadiran tetapi akhirnya telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, walhal beliau belum menjadi ahli. Kemudian, beliau telah diminta mengisi borang keahlian sebagai formaliti untuk pengesahan beliau ke jawatan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah bila dipihak dalaman sendiri yang mempertikaikan pengurusan organisasi PAS seperti dalam video di bawah. Namun ia tidaklah menghairankan kerana tidak seperti UMNO, pejabat Setia Usaha Agung PAS sekadar  beroperasi di atas ranjang!

Mustafa Ali Pernah Ngaku Silap Pada Hadi Awang? Dinasihat Terus Pegang S.U Agung PAS Hingga Selesai Muktamar?


Dari ungkapan kata-kata Mustafa Ali dalam video di bawah, membayangkan yang ia telah membuat pengakuan 'telah tersilap', namun Hadi Awang menasihatkannya agar terus menjalankan tugasan Setia Usaha Agung PAS.

Dalam kata lain, adalah bertujuan untuk tutup malu terhadap PAS.

Muktamar Paling Meriah Dalam Sejarah Penubuhan PAS


Mat Sabu punya harapan cerah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan saf kepimpinan di Muktamar PAS ke-59.

Muktamar PAS kali ini bakal terpahat dalam tinta sejarah parti berkenaan, dengan penonjolan sebagai muktamar paling meriah dan didedikasikan kepada Mursyidul Am PAS, melalui konsert terhebat sepanjang hayat Nik Aziz bersama PAS.

Friday, November 22, 2013

Murka Allah Terhadap PAS? Black-Out Dalam Pemilihan PAS Pusat - Pengundian Ditangguhkan Hingga Esok


Apakah murka Allah kepada PAS yang sering melibatkan diri bersama PKR dan DAP dalam memfitnah SPR dalam mengurus perjalanan pilihan raya, hingga akhirnya berlaku masalah teknikal dalam pemilihan PAS?

Baca laporan Malaysiakini di bawah:-


Selepas sistem pemilihan DAP mencetuskan kontroversi, kini PAS pula menuruti kepincangan teknikal.

Mungkinkah pemilihan PKR yang dijadual tahun depan akan menerima nasib yang sama?

Pemuda PAS Mulakan Langkah Awal Bawa Lim Guan Eng Masuk Islam


Hebat sungguh keazaman yang tertanam dalam Pemuda PAS seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.

AJK Pemuda PAS Pusat yang baru terpilih, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan di Muktamar Pemuda PAS, "Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah.".

Barangkali, AJK Pemuda PAS Pusat itu memikirkan bahawa itulah sahaja kaedah terbaik yang membolehkan harapan dan rintihan PAS Pulau Pinang yang mahukan peranan besar mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Meskipun telah melewati 5 tahun gelaran 'Umar Abdul Aziz' terhadap Lim Guan Eng, rupa-rupanya gelaran tersebut tidak memberikan impak besar kepada PAS Pulau Pinang.

Wednesday, November 20, 2013

Nasib Baik Lidah Anwar Tak Bercabang Macam Lidah Biawak


Anwar Ibrahim tidak mengaku, sebaliknya menyalahkan bloger pro-UMNO sebagai pencetus isu 40,000 pengundi hantu Bangladesh.

Kepada cybertrooper pro PR, nilaikan sendiri pemimpin anda ini.

Baca petikan Malaysiakini di bawah,

Tuesday, November 19, 2013

Kempen Saat Terakhir - Calon Naib Presiden PAS Nyata Kesanggupan Basuh Tahi Karpal


Melihat wajahnya, calon Naib Presiden PAS Abu Bakar Chik (foto) ada sikit iras-iras Karpal Singh.

Sementelah terlalu ingin menempatkan dirinya disalah satu tempat dari tiga kerusi Naib Presiden PAS, beliau menyatakan kesanggupan membersihkan tahi Karpal.
“Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia,” - ujar Abu Bakar kepada Sinar Harian

Monday, November 18, 2013

Nik Amar Dah Sedia Keris Besar Untuk Tikam Mat Sabu

Foto - NST

Bukan main-main.

Dalam menyaingi Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan PAS hujung minggu ini, Timbalan MB Kelantan Nik Amar akan menggunakan keris besar.

'Keris besar' yang dimaksudkan ialah tawaran  melaksanakan hudud di Kelantan

Kenyataannya kepada Sinar Harian, membayangkan tidak akan menoleh ke belakang dalam soal hudud yang lama tertangguh sejak PAS mula memerintah Kelantan pada 1990.
“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat"
Ini bermakna, jika Nik Amar kalah kepada Mat Sabu maka hudud bukan sahaja ditolak oleh DAP, tetapi ia turut ditolak oleh para perwakilan muktamar PAS.

Khabarnya, Anwar Ibrahim jadi kelam kabut dengan cadangan perlaksanaan hudud tersebut kerana isu berkenaan akan melukakan DAP.

Apakah tindakan Anwar untuk elakkan suasana jadi lebih kalut? Baca seterusnya SINI.