Monday, November 18, 2013

Nik Amar Dah Sedia Keris Besar Untuk Tikam Mat Sabu

Foto - NST

Bukan main-main.

Dalam menyaingi Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan PAS hujung minggu ini, Timbalan MB Kelantan Nik Amar akan menggunakan keris besar.

'Keris besar' yang dimaksudkan ialah tawaran  melaksanakan hudud di Kelantan

Kenyataannya kepada Sinar Harian, membayangkan tidak akan menoleh ke belakang dalam soal hudud yang lama tertangguh sejak PAS mula memerintah Kelantan pada 1990.
“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat"
Ini bermakna, jika Nik Amar kalah kepada Mat Sabu maka hudud bukan sahaja ditolak oleh DAP, tetapi ia turut ditolak oleh para perwakilan muktamar PAS.

Khabarnya, Anwar Ibrahim jadi kelam kabut dengan cadangan perlaksanaan hudud tersebut kerana isu berkenaan akan melukakan DAP.

Apakah tindakan Anwar untuk elakkan suasana jadi lebih kalut? Baca seterusnya SINI.

No comments: