Saturday, November 23, 2013

Perwakilan Pemuda PAS Bangkitkan Masalah Pengurusan Organisasi - Puncanya Pejabat S.U Agung Beroperasi Atas Ranjang


PAS menjalani proses transformasi yang amat ketara dalam organisasi mereka. Dari senarai keputusan pemilihan AJK PAS yang dikeluarkan hari ini hampir 70% adalah terdiri dari mereka yang bukan berlatar belakang pendidikan formal agama.

Mereka mungkin boleh mendabik dada dengan menampilkan penguasaan bukan ulamak dalam pengurusan dan pentadbiran parti, tetapi pada masa yang sama meminggirkan ulamak hanya sekadar melalui sayap Dewan Ulamak.

Kita dapat menyaksikan ciri-ciri Islam dalam PAS hanya di dalam dewan persidangan, walhal luarannya terpalit dengan modenisasi jahiliah yang boleh disaksikan di SINI.

Perwakilan Pemuda PAS Tumpat membangkitkan berkenaan kelemahan pengurusan PAS mengurus keahlian, sehingga ahli pemuda menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan keahlian.

Sebenarnya, perkara ini telah menjadi lumrah dalam organisasi PAS. Saya pernah menerima pengakuan seorang Ketua Pemuda cawangan PAS yang memberi tahu pengalamannya dipilih untuk jawatan yang disandangnya. Jelasnya, beliau hadir ke mesyuarat agung cawangan PAS sekadar untuk 'meramaikan' kehadiran tetapi akhirnya telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, walhal beliau belum menjadi ahli. Kemudian, beliau telah diminta mengisi borang keahlian sebagai formaliti untuk pengesahan beliau ke jawatan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah bila dipihak dalaman sendiri yang mempertikaikan pengurusan organisasi PAS seperti dalam video di bawah. Namun ia tidaklah menghairankan kerana tidak seperti UMNO, pejabat Setia Usaha Agung PAS sekadar  beroperasi di atas ranjang!

No comments: