Saturday, December 24, 2011

Bukan Senang Jadi MB Selangor - Khalid Ibrahim Sekali Lagi Disergah Pengundi Sendiri

Malang bertimpa-timpa.

Tak habis-habis MB Selangor Khalid Ibrahim disergah pengundi sendiri.

Surat Jawapan Ketua Audit Negara Yang Buat Jutawan Machang Saifuddin Nasution Hantuk Kepala Ke Dinding

Blog-blog pembangkang telah memainkan sentimen yang kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri salah guna wang zakat. Isu sebenarnya bermula dari Jutawan Machang Saifuddin Nasution Ismail.

Meskipun telah terjawab melalui surat rasmi Ketua Audit Negara, mereka masih nak spin.

Tak reti baca laporan auditkah?




Mana dia ayat dari Ketua Audit Negara yang beri komen, menyalahi peraturan?

Pesanan Buat Khir Toyo (Flashback 1998)

Friday, December 23, 2011

Penyiaran Bukan Untuk Persenda Anwar Ibrahim Tapi Sekadar Menguji Kemampuan Bateri AAA

Bukan untuk mempersenda wall Anwar

Cuma mempertikai kemampuan bateri saiz AAA PKR (Anwar/Azizah/Azmin)

Mampukah bateri AAA nyalakan torch light besar Anwar?

Sekadar boleh nyalakan torch light light Azmin

Dan aktifkan remote control robot-robot PKR

Luka Lama Makin Mengguris - Dr Hasan Ali Pernah Mengamuk Apabila Pusat Kebudayaan Cina Hendak Saingi Masjid?

Pernah dulu (sekitar 2009) seorang sahabat aktivis NGO memberitahu saya bahawa Exco Agama Selangor Dato' Dr Hasan Ali 'naik angin' bila Ronnie Liu dan Teressa Kok memohon tanah untuk membina Kompleks Kebudayaan Cina yang terbesar di Malaysia tidak jauh dari masjid baru di Klang Utara.

Bila saya membuat semakan, nyata bahawa idea asal penubuhan tercetus sejak pentadbiran mantan MB Dr Khir Toyo dan lokasi tapak telah pun dikenal pasti.

Akan tetapi, apabila berlaku perubahan pentadbiran, DAP telah memohon lokasi tidak jauh dari lokasi masjid baru di tebing Sungai Klang. Dengar khabar, keluasan tanah ialah 15 ekar. Malah pemiliknya ialah Yayasan Selangor.

Blog Darul Ehsan Today pernah membangkitkan hal ini [klik SINI], tapi DET telah merujuk kepada lokasi dimana terletaknya Asrama Yayasan Selangor, di Jalan Raya Barat.

Kalau tanah berkenaan yang dirujuk, pada saya ia tidaklah seluas mana dan tambahan pula ia berada di lokasi yang terlindung. Sebaliknya, kalau pembinaan di tanah seluas 15 ekar di tebing Sungai Klang, maka ia akan membentuk satu pemandangan yang lebih tersergam dari masjid di Klang Utara.

Berdasarkan faktor Klang sebagai Bandar Diraja Selangor, maka tidak hairanlah Hasan Ali begitu tidak bersetuju, disamping tanah yang dipohon adalah milik Yayasan Selangor.

Terkini, difahamkan keputusan bakal dimuktamadkan. Mungkinkah, Khalid Ibrahim akan melepaskan tanah 15 ekar tersebut kepada DAP? Dalam keadaan Hasan Ali yang tertanggal gigi, kita tengok tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan Timbalannya Khalid Samad dalam menangani perkara ini.



Pemandangan Masjid Klang Utara dari pelbagai sudut yang
bakal dicacatkan dengan Kompleks Kebudayaan Cina DAP

Thursday, December 22, 2011

Penyiaran Bukan Untuk Mengaibkan Tapi Sekadar Simbolik Protes Dwi Standard Dalam Tuntutan Letak Jawatan

Diringkaskan, kedua-dua Eli Wong dan Shahrizat terpalit akibat perbuatan pak andeh masing-masing.

Apa kelebihan Eli Wong yang dapat pembelaan? Jawabnya sebab dia ahli PKR.

Satu lagi, kenapa PKR tidak mendesak polis supaya menangkap pak andeh Eli, yang dikhabarkan bernama Helmi?




Cuba Rasuah Pegawai Penyiasat Kes NFC - Seorang Dato' Direman



Mustafa Ali & Hasan Ali Dah Keperingkat Tikam-Menikam!

Bukan nak jadi batu api, cuma nak tergelak dengan kelakuan pemimpin-pemimpin PAS.

Sesama sendiri berpatah arang, sementara Anwar syok meliwat.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.

Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di sebuah hotel bersama tiga pihak lain pada bulan puasa lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.

''Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu. Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?

''Begitu pun saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya. Terpulanglah kepada beliau,'' katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini. - UTUSAN

Apa Kaitan Dengan Adam Adli?

Kalau U Tak Curang Kat I, Tolong Buat PC Depan I - Teressa Kok

“Saya akan bersama apa jua gerakan yang mempertahankan agama Islam, kedudukan orang Melayu dan menjulang institiusi Raja Raja. Saya dibina dalam suasana itu dan tidak mampu saya mengorbankan tiga prinsip ini” – Dr Hasan Ali

Mungkin untuk membuktikan cinta PAS kepada DAP, maka Pengerusi DAP Selangor Teressa Kok dipanggil untuk menyaksikan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor membedal bekas Pesuruhjaya.

Berbalik kepada kenyataan Hasan di atas, sebagai anak kampung yang berjirankan hampir 100% Melayu maka tidak hairanlah buti-butir perkataan tersebut keluar dari mulut Hasan.

Datuk dan bapa anak keturunan Bugis ini merupakan imam yang terkenal di kampungnya, Pulau Lumut atau kini dikenali sebagai Pulau Indah.

Pulau tempat asal Hasan, punya satu hubungan misteri dengan Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (ayahanda Sultan Selangor). Setiap tahun Almarhum akan datang ke pulau tersebut setiap tahun, semenjak baginda dilantik sebagai Raja Muda.

Justeru, tidak hairanlah keakraban wujud diantara kampung tradisi tersebut dengan istana dan bagi Hasan pula tentunya Islam, Melayu dan Raja telah sebati dalam dirinya.

Aiman Tak Kisah [Versi Hasan Ali]

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi. - [Bernama/[Utusan]

Padang Latihan Tergadai, PKNS FC Buat Persiapan Berlatih Di Basement Carpark, Kondominium Mewah


Pasukan bolasepak Liga Super Malaysia, PKNS FC barangkali akan mengadakan persiapan pasukan menghadapi liga tersebut dengan berlatih di basement carpark kondominium mewah yang bakal dibina oleh Melati Ehsan Berhad bernilai RM1.62 bilion di atas padang latihan yang sedia ada.

Hebat! Tahniah kepada Pengurus Besar PKNS Othman Omar.


Basement Carpark luas sesuai untuk latihan fizikal dan taktikal di celah tiang

Ada padang bola sepak di atas bumbung 

Wednesday, December 21, 2011

Penyiaran Bukan Bertujuan Untuk Mengaibkan Tapi Sekadar Simbolik Kemarahan Terhadap Adam Adli



Polis Dijangka Dapat Mengesan Ahli Politik Yang Menjadi Bapa Sebenar "The Kid"



Kisah selanjutnya klik SINI.

Bila Naib Presiden PAS Tersalah Masuk Kandang

 Husam tersalah masuk kandang


Akhirnya kepada wanita juga lagaknya ditunjuk

Aksi Karpal Singh 'The Godfather' Geli Geleman Kena Cukur Dengan Anak Angkat

Petang Ini Saifuddin Abdullah Akan Tunjukkan Borang-Borang Keahlian UMNO Para Siswa IPT Yang Telah Diusahakannya


Beranikah Saifuddin Abdullah untuk memberi perincian bilangan siswa IPT yang berjaya di"UMNO"kannya?

Kita juga ingin tahu, sejauh mana sumbangannya terhadap memperkasa UMNO dikaca mata para siswa IPT secara amnya.

Jika tidak, ini bermakna Saifuddin tak lain hanyalah umpama pegawai lembab disebuah syarikat yang tak peduli apa yang rakan-rakan sejawat cakap, asalkan dapat gaji pada gred yang tinggi dan peduli apa rakan-rakan nak kutuk.

Ini adalah contoh penumpang dalam UMNO yang kejarkan pencen wakil rakyat dan pencen Timbalan Menteri,dalam perjuangan hidupnya.

Pada Saifuddin, tolong jawab semua persoalan ini pada khalayak ramai dalam event yang bakal berlangsung seperti berikut:-

Himpunan Aman Sokong PM

Tarikh : 21 Disember 2011 (Rabu)

Masa : 2.00petang

Lokasi : di hadapan bangunan KPT Putrajaya

Jika tak ada sebarang borang keahlian UMNO yang berjaya dikutip, lebih baik anda kemaskan fail dan barangan peribadi anda, serta tolong kosong pejabat anda dengan kadar yang segera.

Apakah Najib Akan Tunduk Pada Tuntutan Soi Lek?


Saya pernah menulis berkenaan desas desus yang kononnya ada pihak yang berminat untuk mengambilalih  konsesi pengurusan Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan yang sekarang diurus oleh Northport Corporation Berhad (NCB) di SINI.

Cuma yang saya tidak tulis ialah khabar angin yang mengatakan Chua Soi Lek telah memberi kata dua kepada Najib berhubung hak pengurusan diberikan kepada proksi MCA.


Meskipun dengan kenyataan yang dipetik dari Business Times memberi kelegaan, namun kelulusan yang tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian konsesi dengan UKAS, Jabatan Perdana Menteri, ia mengundang tanda tanya. 

Apakah ekuiti Northport terpaksa dikongsi dengan entiti tertentu atau mungkin berlaku perubahan dalam pegangan ekuiti?

Najib harus bertegas dalam hal ini.

Tuesday, December 20, 2011

Penyiaran Bukan Untuk Mengaibkan Tapi Sekadar Simbolik Penolakan Terhadap Anwar Ibrahim


Ini bukan nak aibkan sesiapa, tapi sekadar simbolik penolakan terhadap Anwar oleh para blogger.

Dulu,Tun Dr Mahathir secara berterus terang menyatakan tidak gemar guna perkataan mahasiswa, dan sering menggunakan istilah 'siswa' bagi merujuk kepada pelajar-pelajar IPT.

Maha itu membawa maksud apa?

Gambar Koleksi Peribadi Adam Adli - Pernah Jadi Peminta Sedekah?

Dipetik dari koleksi peribadi Adam Adli

Kesian Azwan Ali, Kini Digelar "Pengacara Popular Terkeluar Carta"

Senarai Pencalonan Pengara Lelaki Terbaik ABPBH2011

Kesian Azwan Ali kerana tidak tercalon untuk "Pengacara Lelaki Terbaik" Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Disaat-saat rakan-rakan selebriti lain disebut-sebut peminat-peminat, Azwan kesunyian kerana terkeluar dari carta popular.

Tidak hairanlah maka dia buat kenyataan untuk dapatkan publisiti agar tidak dilupakan oleh orang ramai.

Tiada Kena Mengena Dengan NFC

Monday, December 19, 2011

Politik Dalam J-Corp - Mampukah Kluangman Atasi Superman?


Kalau bercakap tentang super-hero, apa kurangnya Johor? Mereka ada Kluangman. Pasti boleh saingi Superman.

Begitu juga dengan tokoh-tokoh politik, Johor sering tidak ketandusan menonjolkan tokoh-tokoh peringkat nasional sejak dulu.

Terbaru, TS Muhammad Ali Hashim mendedahkan kewujudan Superman yang campurtangan dalam keputusan J-Corp yang pernah diterajui satu ketika dulu.


Laporan penuh klik SINI.

Simbolik Penolakan Anwar "Torchlight" Budiman


Bak orang gila talak, Anwar mungkin teringin bendera berwajahnya berkibar di hadapan ibu pejabat UMNO. Pelajar UPSI dipergunakan untuk agenda jahat Anwar, walhal UPSI adalah IPT pendidikan terulung negara dan terkenal dengan motto 'Suluh Budiman. [Klik  'Suluh Budiman']


Apakah memadai undi hanya terdiri dari para pelajar IPT sudah cukup untuk membawa kemenangan sesebuah parti?

Saya pernah juga menjadi pelajar IPT dan kalau diambil kira keadaan pada masa itu, seolah-olah akan tewas Barisan Nasional. Namun, apabila datang PRU sebenar, BN tetap juga mengekalkan penguasasaannya.

Hari demi hari mematangkan diri saya untuk berfikir dan memandang bukan sahaja di dalam kepompong. Hakikatnya, kepelbagaian latarbelakang, lapisan, suasana budaya dan kefahaman menjadi rencah dalam lahirnya keputusan mutlak. Undi pelajar IPT sahaja, tidak cukup untuk menukar kerajaan dan bukanlah cermin kepada penolakan kepada Najib.

Kalau hanya beberapa orang sahaja mengangkat plakad seperti dipaparkan oleh KeadilanDaily diatas, apakah cukup untuk membuktikan penolakan terhadap Najib?

Bagaimana pula dengan foto-foto dibawah, dengan ribuan bersesak-sesak di dalam dewan dengan tanpa rasa malu memakai baju berlogo BN, juga adalah simbolik terhadap penolakan terhadap kepimpinan Najib?

Mungkin dalam soal keyakinan pengundi, Anwar kini mendahului. Tapi mendahului untuk diktiraf sebagai insan "torchlight budiman".




Kompromi Peringkat Tertinggi PR - Husam Musa Bakal Bertanding Atas Tiket DAP DUN Perak Untuk Dilantik MB DAP Perak?


Mungkinkah akan berlaku kompromi diperingkat atasan Pakatan Rakyat, dengan mengizinkan Husam Musa bertanding atas tiket DAP di kawasan majoriti Cina kerusi DUN Perak? Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Husam untuk menjadi MB dari kalangan ADUN DAP berbangsa Melayu.

Husam punya aura memikat amoi-amoi DAP.


Atau juga berpindah ke parlimen untuk menjadi Menteri Luar atau Duta Besar ke Republik Rakyat China yang bertaraf menteri?

Ikuti kupasan di Kickdefella.

DAP Halang Ronnie Liu Pertahan Kerusi DUN Pandamaran - Bakal Diganti Oleh Teo Nie Ching?


Desas-desus mengatakan bahawa Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu tidak akan mempertahankan kerusinya di DUN Pandamaran dan diberitakan akan mencari kawasan yang lebih selamat. Kemungkinan besar, MP Serdang Teo Nie Ching akan mengambil tempat itu.

Samada Ronnie mempertahankan kerusi itu atau tidak BN Selangor, melalui motto "Sayangi Selangor, Yakini BN" yakin mereka akan dapat merampas semula kerusi DUN Pandamaran.

Selain dari, sambutan luar biasa terhadap PM DS Najib Razak di Klang pada 14 Disember  yang lalu, perjumpaan BN Klang yang sekadar menampilkan pemimpin-pemimpin peringkat negeri dan peringkat kawasan parlimen yang berlangsung malam tadi, mendapat sambutan begitu diluar dugaan.

Kini BN Selangor yakin, BN bakal membuat upset di kawasan parlimen Klang dengan merampas kerusi berkenaan dari DAP.

Dengan badai "feel good factor" yang memihak kepada BN di Klang, kemungkinan-kemungkinan itu tidak mustahil untuk berlaku.

Begitu juga dengan penerimaan terhadap penampilan Ketua Wanita UMNO DS Sharizat Jalil dalam program di Ampang, pasti akan membawa gelombang "Sayangi Selangor, Yakini BN" yang bakal menjadi trauma kepada PR di Selangor.

Nampaknya, semua berjalan lancar untuk pembubaran parlimen!

Tanpa penglibatan pemimpin peringkat nasional

Respons yang amat menggalakkan dari masyarakat

Dewan penuh sesak hingga tiada tempat duduk