Thursday, December 22, 2011

Mustafa Ali & Hasan Ali Dah Keperingkat Tikam-Menikam!

Bukan nak jadi batu api, cuma nak tergelak dengan kelakuan pemimpin-pemimpin PAS.

Sesama sendiri berpatah arang, sementara Anwar syok meliwat.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.

Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di sebuah hotel bersama tiga pihak lain pada bulan puasa lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.

''Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu. Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?

''Begitu pun saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya. Terpulanglah kepada beliau,'' katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini. - UTUSAN

1 comment:

Anonymous said...

bila dh x sehaluan, kawan jadi lawan..semua pekung nk dibuka..tuding sana tuding sini..