Sekilas pandang TS Muhyiddin Yassin telah tewas untuk pusingan pertama.
Soalnya, apakah Muhyiddin benar-benar tewas?
Menurut laporan Utusan hari ini, Muhyiddin mengumumkan penarikan balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 untuk kelulusan parlimen.
Apakah ini bermakna bahawa Kerajaan tunduk kepada tekanan dalaman dari MCA? [Baca SINI].
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata RUU tersebut adalah bertujuan menambahbaik dan memperkemas terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 agar selari dengan kehendak semasa.
Justeru ini bermakna, meskipun zahirnya Muhyiddin 'tewas' dengan penarikan balik RUU tersebut namun Seksyen 107 (b) RUU berkenaan berhubung dengan pemelukan agama Islam oleh minor (dibawah umur) yang ditentang kuat oleh MCA dan DAP, tetap berkuatkuasa melalui Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedia ada.