Saturday, December 3, 2011

Orang Melayu Berkumpul Di PWTC, A. Samad Said Dilembukan Di KLCC

Kononnya A. Samad Said mengetuai himpunan menentang RUU Perhimpunan 2011. Dengan harapan, orang yang lalu lalang di KLCC akan menyertai Samad dan , maka lokasi dihadapan bangunan berkenaan telah dipilih untuk tujuan tersebut petang tadi.

Malangnya, Samad telah gagal kerana menurut laporan Harakahdaily ia hanya disertai 200 orang.

Dari gambar di atas, himpunan yang dianjurkan, kelihatan seperti majlis sambutan hari jadi cucu A. Samad Said di tempat terbuka.

Kesian Samad - Diperlembukan ketika orang Melayu berhimpun di PWTC

Walau pun baring untuk tarik perhatian, orang awam tak datang
dekat sebab ingatkan orang gila terlepas dari mental hospital

Allah Panjangkan Umur Boss! (Winnable Candidate)


Kalau pemimpin baik, rakyat akan sentiasa mendoakan.

Ayoyooo!!! Statement Sudah Tukarlah

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. [Utusan]


P/S Klik link @utusan di atas.

Anwar Ibrahim Dimalukan Transparency International

Laporan persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International menunjukkan ranking Malaysia semakin merudum, jatuh ke kedudukan 60.

Ranking Malaysia jatuh tahun demi tahun, apabila Pakatan Rakyat mula mengambilalih pentadbiran 4 negeri di Malaysia.

Mungkin Transparency International ingin membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim, telah menyumbang kepada kejatuhan ranking tersebut.

Friday, December 2, 2011

Betulkah Bekas Bendahari UMNO Tibai Najib?

Satu kesilapan besar bagi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberi ruang kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang untuk berucap mewakili Badan Perhubungan tersebut untuk membahaskan usul ekonomi yang dibentang pada PAU 2011.

Perkara yang paling nyata, beliau tidak membuat homework. Malahan juga, beliau tidak memandang kedalam diri sendiri sebelum bercakap.

Baca laporan petikan dari Berita Harian Online dibawah;

Graduan Melayu terima gaji rendah: Azim


2011/12/02

KUALA LUMPUR: Orang Melayu dan Bumiputera negara ini yang masih ketinggalan berbanding bukan Melayu dari segi gaji dan pendapatan, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, orang Melayu dan Bumiputera adalah majoriti graduan universiti tetapi menerima gaji permulaan paling rendah sebaik memasuki pasaran kerja. [Berita Harian]
Memang baguslah bila Azim highlights perkara ini untuk perhatian Presiden UMNO DS Najib Razak.

Tapi rasanya lebih bagus kalau Azim senaraikan jasa-jasa dia dalam memberi keseimbangan gaji orang Melayu dalam sektor swasta yang beliau sendiri menjadi Pengerusi mahu pun Ahli Lembaga Pengarah.

Azim kena insaf, yang beliau duduk dalam 7 syarikat berhad. Itu belum lagi syarikat-syarikat sendirian berhad yang tidak didedahkan. Apakah selama ini Azim duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah, cuma nak kembungkan poket sendiri? Atau pun sekadar proxy atau Ali Baba?

Come on Azim, kau tu punya kedudukan dalam politik (ketua bahagian) dan pada masa masa yang sama adalah antara pembuat keputusan dalam korporat. Apatah pula, pernah jadi Bendahari UMNO Malaysia, takkan semua masalah nak serah kat Najib kasi selesai?

Sejak 11 tahun Azim duduk dalam Lembaga Pengarah Wijaya Baru, berapa orang pengurusan Melayu yang Azim bawa masuk?

Kalau nak tahu berapa orang pengurusan Melayu dalam Wijaya Baru klik SINI.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat, tolonglah jangan berperangai macam Azim. Agaknya, budak pejabat di BSN pun nak termuntah dengar hujahnya.

Wanita Paling Sepi Di Manila Dapatkan Khidmat Anwar Ibrahim?

Gloria Macapagal Arroyo only has herself to blame

After a nine-year reign as the most powerful woman in the Philippines, former President Gloria Macapagal Arroyo could well be the loneliest person on this side of the planet.

The once iron lady of Asia has been reduced to being perceived as faking illness in order to escape prosecution that could land her in jail for the rest of her life – a fate suffered – sort of -- by her immediate predecessor. The man from whom she inherited the presidency was as disgraced as she, convicted by a graft court and sent to prison under her presidency. She is now staring at the same ignominious fate. [Asia Sentinel]

ADUN Seri Setia (PKR) Nik Nazmi Suka Ngangkong?

Bila membaca kenyataan ADUN Seri Setia Nik Nazmi di atas, seolah-olah beliau mahu lepas tangan dalam isu perobohan kuil di Glemarie, Shah Alam.

KeadilanDaily sendiri dalam laporan di atas tidak menyatakan bangunan yang dirobohkan sebagai kuil, sebaliknya lebih gemar menggunakan petikan dari Sinar Harian, "tempat operasi puja nombor ekor". Atau dalam bahasa mudahnya, 'tempat ngangkong'.

Hakikatnya Nik Nazmi dalam kedudukan tersepit kerana operasi MBSA bukan setakat merobohkan kuil di kawasan tersebut, tetapi turut merobohkan kedai makan milik Rosseli Shamsudin.

Jika beliau memilih untuk berpihak kepada kuil, maka beliau akan mendapat kecaman dari orang Melayu. Jadi, jalan terbaik bagi Nik Nazmi ialah lepas tangan!

SHAH ALAM 25 Nov. - Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan semalam.

Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL). [Utusan]

Nik Aziz Dianugerah Gelaran Khatam Ul Ambiga!

Nik Aziz dikatakan sebagai Nabi oleh ustaz muda PAS.

Bukankah Nabi Muhammad adalah khatam ul anbiya?

Nik Aziz hanya manusia biasa. Dia hanya layak digelar khatam ul ambiga!


Thursday, December 1, 2011

Kedudukan Nik Aziz Tergugat - Ramai Anak-Anak Ahli PAS Gagal Matapelajaran Tauhid

Kedudukan MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat semakin tergugat berikutan kelemahan guru agama muda di negeri tersebut dalam pengajaran mata pelajaran tauhid kepada murid-murid sekolah agama di negeri tersebut.

Siapa Dikalangan Naib Presiden UMNO Bakal Digugurkan?

Siapa dikalangan Naib-Naib Presiden UMNO yang bakal digugurkan?

Mereka telah membuat ikrar kamikaze petang tadi.

Saya yakin Presiden UMNO DS Najib Razak akan memilih salah seorang untuk jadi "korban" teladan (?).

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. [Utusan]

Sindrom X Anwar Ibrahim Dalam Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan 'X' pada kertas undi mereka. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami 'sindrom x'.

Tontoni 2 video berkenaan 'sindrom x' di bawah:-



Jeneral ATM Bertembung Dengan Jeneral TNI Di Pos Biawak

Tidak terdengar das tembakan, malah yang kedengaran hanya derai gelak ketawa antara anggota tentera Malaysia dan tentera Indonesia dalam suasan mesra.

Wednesday, November 30, 2011

TPM Muhyiddin Anak Siapa?

Seorang sahabat (yang juga seorang guru agama) berasal dari Pattani memberitahu saya yang beliau turut menonton ucapan perasmian TPM TS Muhyiddin Yassin untuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Beliau berasa bimbang dengan pergolakan politik di Malaysia. Bab itu tak perlulah diperincikan intipati perbualannya dan semuanya sedia maklum dengan apa yang berlaku pada suasana politik di Malaysia. Realitinya pada pandangan ustaz tersebut, Malaysia lebih beruntung kerana punya PM dan YDPA yang beragama Islam, berbanding dengan PM dan Raja di negaranya yang bukan Islam.

Komen yang agak menarik dari ustaz tersebut, "Dari ucapan Muhyiddin, ana rasa dia seorang yang pandai agama."

Saya menyambung, "Memang pun. Muhyiddin adalah anak kepada seorang tokoh agama di Johor, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Bapanya memang terkenal dan mengasas beberapa buah sekolah agama dan Arab di sana. Satu lagi yang ustaz perlu tahu, bapanya juga khatam kitab Faridatul Faraid dihadapan gurunya Sheikh Ahmad Al-Fatani. Satu lagi yang ustaz perlu tahu, ilmu Muyiddin tu adalah lebih tinggi dari Timbalan Hadi Awang yang bernama Mat Sabu tu!"

Maka, semakin tersimpullah senyuman ustaz dari Pattani itu.

Angka- Angka Yang Menggerunkan MTUC & Pakatan Rakyat

"A total of 11.5 million workers in Malaysia form the backbone of the national economy but findings from the survey showed that only 41 per cent of respondents said their bosses have done a good job in preparing them for future success.

A further 41 per cent said they have not been well-prepared, and 19 per cent are uncertain"
-
Data di atas adalah bersumberkan kajian Kelly Global Workforce Index.

Pastinya, apabila kedudukan 41% - 41% dalam kepuasan penyediaan kejayaan masa depan oleh pihak majikan, tentunya MTUC tidak boleh mendabik dada.

Ini bermakna, dalam apa juga tindakan, MTUC bakal mendapat sokongan 41%.

Namun begitu, MTUC masih boleh menang dan mendapat sokongan PR, bila mereka mencabar jumlah peratus (41% + 41% + 19%) yang menunjukkan 101%.

Akhirnya, MTUC dan PR menang teknikal!

SP Setia Vs Abramovich - Nak Ambilalih Chelsea FC?

Malaysia's biggest property developer by revenue, SP Setia Bhd, said it made a bid that would lead to the redevelopment of the Battersea Power Station in London.

It offered to buy debt linked to the site and its holding company for STG262 million (RM1.2 billion). The lenders, Lloyds Banking Group and Ireland's National Asset Management Agency (NAMA), said no, we won't talk about it further at this stage.

Undeterred, SP Setia said it still likes the London property market, with a firm belief of its prospects.

But shortly after that announcement, Reuters reported that Abramovich's interest to build a new stadium for his Chelsea football club at Battersea, the exact same spot, has been revived after SP Setia's failed bid.

Quoting a spokesman, Reuters said the Abramovich-owned, London-based Chelsea football club had appointed Almacanter as development partner, and picked architectural firm Kohn Pedersen Fox to undertake a feasibility study of Battersea. [Business Times]

Najib Tarik Balik "Harimau Muda" Sebagai Sumber Teladan?


Walau pun aku tak pergi stadium, jangan ingat aku tak rugi apa-apa bila Harimau Muda kalah 2-3 kepada Bahrain.

Aku ada 5 orang anak. Kecuali yang sulung (perempuan), 4 orang nak pergi Bukit Jalil. Aku terpaksa reload touch & go (RM50), penuhkan tangki minyak (RM97), tiket 2 dewasa & 2 kanak-kanak (RM50 - harga tiket RM20 dewasa & RM5 kanak-kanak), jersi Malaysia saiz kanak-kanak (RM35) dan makan minum (RM50). Ini bermakna, aku kopak lebih kurang RM300 untuk belanja anak-anak ke Bukit Jalil.

Itu belum lagi campur belanja beli kacang goreng untuk aku 3 beranak yang tonton tv kat rumah!

Tak kesiankah pada penyokong-penyokong Ultras Malaya (video) yang menyokong dari sebelum masuk stadium hinggalah ke luar stadium?

Dalam pada itu, aku petik ulasan berikut,
Siapa boleh menyangka, dalam tempoh 10 minit baki masa perlawanan dengan jumlah pemain hanya 10 orang, Bahrain mampu menumbangkan skuad Ong Kim Swee 3-2. Dalam tempoh sesingkat itu, bagaikan satu keajaiban, 3 gol boleh dihasilkan. Biarpun gol-gol itu bukan gol mudah namun ia terhasil kerana di dalam skuad Ong Kim Swee sudah timbul beberapa penyakit.

Penyakit pertama : Terasa selesa
Penyakit kedua : Terlalu yakin
Penyakit ketiga : Timbul rasa riak dengan perlekehkan lawan dan menganggap diri tu star habis.
Penyakit keempat : Silap strategi
Penyakit kelima : Lembik
Penyakit keenam : Tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Penyakit ketujuh : Masih dibuai mimpi kemenangan sebelum ini.

Tuesday, November 29, 2011

Jaga Sekolah Dikesan Menyamar Sebagai Peguam

Blog MIK mengesan seorang pengawal keselamatan sekolah, berpakaian seperti seorang peguam menyertai perhimpunan membantah RUU Perhimpunan Aman anjuran Majlis Peguam di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur semalam. [Lagi gambar-gambar kantoi di SINI]

Hal ini tidak memeranjatkan saya kerana semasa Majlis Peguam menghantar 4 pasukan pemantaunya untuk meninjau Himpunan Bersih 2.0 tempohari, saya dapati telah turut disertai oleh beberapa orang kakitangan firma guaman yang bertindak sebagai pemantau.

Mungkin lebih ramai peguam yang tak ambil endah dalam perhimpunan berkenaan.

Tok Pa Tak Setuju Projek Mega Nik Aziz - Lencongan Muara Sungai Chao Praya ke Kota Bahru

Mungkin MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat mengambil pendekatan mengekang pengaliran keluar wang ke Golok, wilayah pentadbiran PM Yingluck Shinawatra, maka disko diizinkan di Kota Bahru?

Atau sengaja untuk melencongkan muara Sungai Chao Praya ke Kota Bahru?

Underworld Bantu DAP Jamu 10,000 Rakyat Klang?

Aku tanya Bang Mat kemana dia pergi malam Maal Hijrah, sebab bila aku nak bawa pekena teh tarik, dia sudah tiada dirumah?

Dengan lurus bendul dia bagi tau, "Bang Mat pergi jamuan kat kompleks sukan. Tan Pay Kong taja 1 meja".

"Itu dinner anjuran DAPkan? Apa makanan?"

"Memang DAP punya. Tapi bagi orang Melayu, dia orang hidang masakan Melayu "

"Jadi, maknanya makan makanan dan di meja ikut bangsa masing-masing?"

"Memang. Masakan India pun ada. Ikut bangsa masing-masing."

"YDP PAS kawasan ada?"

"Entahlah. Bang Mat tak perasan, tapi orang pakai ketayap memang ramai. Tapi bukan orang sini. Ramai orang dari belah Kapar nampak gayanya," jawab Bang Mat selamba.

Sah memang lurus bendul Bang Mat ni!


P/s Klik pada Tan Pay Kong di atas untuk mengetahui kaitan dengan underworld.

Monday, November 28, 2011

Anwar Sebagai PM & Nizar Sebagai MB Perak Jadi Bahan Tawa Juri Rakyat


Kalaulah Nik Aziz Kenyit Mata Kat Najib, Habis Semua Terkangkang!

JIM and ISMAJIM was formed from former IRC usrahs, and it was legally registered in 1990. Those who did not register as JIM members remained as JAMAAH, which later on merged with the Ustaz Dahlan group, which had formed HALUAN in 1986….There was a sister group to JIM which was registered as ISMA, mostly from Ustazs of Mesir…they were supposed to be “adik-beradik”. But of late JIM and ISMA had become “a parting of ways”… ISMA becoming an independent group of its own, taking with it AMAN PALESTINE, which JIM members claim to have initially establish it. Both JIM and ISMA claim to be the Ikhwan attached to the Ikhwan International; but now it seems that both had been in “the parting of ways”. Azlan Khalili Shamsudin

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) disebut sebagai harakah Islam di Malaysia. Bila berlaku gerakan reformasi yang bersimpati dengan pemecatan Anwar Ibrahim, beberapa tokoh JIM telah menyertai Parti KeAdilan Nasional (sekarang dikenali sebagai PKR).

Antara tokoh-tokoh JIM yang menyertai KeAdilan ialah Sahri Bahri (pernah menjawat Setia Usaha Agong KeAdilan), Saari Sungib (sekarang ADUN PAS Hulu Klang) dan Fuziah Salleh (MP PKR Kuantan). [Baca SINI].

JIM telah menetapkan visi organisasinya sebagai,

"Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020"

Ketika 2 orang bekas pemimpin JIM dalam kedudukan tinggi dalam PAS dan PKR, dan tempoh waktu hanya berbaki 8 tahun, apakah matlamat ini boleh tercapai?

Hakikatnya, kalau berpandukan kepada konsep PR sendiri yang menetapkan polisi atas dasar konsensus, adalah terlalu mustahil yang visi perlaksanaan syariat Islam menjelang 2020. Alasannya, masing-masing iaitu PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kuasa veto dan polisi bersama hanya boleh dilaksana melalui konsensus.

Kecuali Anwar dan Hadi Awang mempunyai pakatan yang berasingan untuk mengkhianati DAP, visi JIM mungkin akan terlaksana.

PAS dalam keadaan pada hari ini sudah tidak boleh diharapkan atas faktor terikat dengan konsensus. Perlu diingat, bahawa bukan menjadi rahsia bahawa Karpal Singh begitu khuatir jika PAS atau UMNO saling bersaing menunjukkan betapa Islamiknya parti masing-masing.

Perlu diingat, sejak sekian lama Pengajian Islam khususnya di UiTM telah diajar pada para siswazahnya. Jumlah lepasan dari IPT itu sahaja telah mencecah ratusan ribu dan itu belum lagi dengan harakah-harakah Islam yang lain. Bayangkan, kalau UMNO mengambil pendekatan yang lebih Islamik berbanding PAS, tidak mustahil sokongan total akan diberikan kepada UMNO.

Sebenarnya, hasrat untuk menubuhkan negara Islam dalam keadaan negara ini umpama tinggal sejengkal untuk digapai. Mengapa saya kata demikian? Jawapannya, ketika DAP mendakwa mendapat sokongan yang tinggi dari bangsa Cina berbanding MCA dan Gerakan, ruang terbaik untuk harakah Islam bersatu untuk menegakkan negara Islam. Caranya ialah memberi pemimpin harakah Islam memberi sokongan kepada UMNO dalam memperkuatkan jumlah perwakilan Islam di parlimen.

Terpulang kepada anda semua untuk memikirkan. Sebenarnya, ini adalah masa yang terbaik. Saya ulangi bahawa untuk menggapai negara Islam cuma tinggal sejengkal. Wajarkah kita hendak menunggu 50 tahun lagi, kerana PAS terpaksa reverse untuk memahamkan DAP dan juga PKR?

Tepuk dada tanya selera! Para pemimpin semua, berundinglah dari sekarang.

PKR Ciplak Kreativiti Untuk Hasil Logo Kongres Nasional 2011

PKR tidak menghormati kreativiti orang lain.

Sebenar logo Kongres Nasional PKR 2011 adalah ciplakan keatas logo Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (Karisma).

Perhatikan di bawah.
Logo Kongres Nasional PKR 2011

Logo Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (Karisma) 2011

Sunday, November 27, 2011

Ole-Ole Anwar Dari Johor Untuk Orang Melayu Selangor - Bukan Melayu Akan Diletakkan Di Kawasan Komposisi Hampiri 50-50

Sebelum maghrib seorang perwakilan PKR Selangor menghubungi saya dan bertanyakan khabar mengenai peluang UMNO di kawasan DUN tempat tinggal saya.

Sebagai orang biasa, tentunya saya tidak akan menjawab, cuma sekadar berkata "Entahlah".

Rakan perwakilan PKR ini memberitahu bahawa beberapa kawasan yang komposisi kaum menghampiri 50-50, kemungkinan besar Anwar akan letakkan calon bukan Melayu. Alasannya, PKR yakin akan meraih 90% undi bukan Melayu, dan cukup sekadar mengharapkan "top-up" dari pengundi Melayu. Antara kawasan-kawasan yang dikenal pasti ialah Sementa, Pelabuhan Klang dan Seri Serdang.

Ini bermakna, Anwar sanggup lelong dan gadai apa sahaja untuk pastikan Selangor kekal dibawah PR.

Dalam pada itu, baca SINI dan SINI untuk menilai samada Anwar layak untuk memimpin negara ini.

Layakkah Anwar Memimpin Harakah Islam Atau Sekadar Menjanjikan Harapan Palsu? - 2

Memang Mesir menjadi teladan bagi PR untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Akan tetapi, perlu dingat bahawa apa yang berlaku di Mesir, akhirnya tidak membawa sebarang penyelesaian.

Oleh yang demikian, bagi gerakan-gerakan Islam di Malaysia wjib memperincikan sejauh mana manfaat dan mudarat yang bakal dibawa oleh Anwar Ibrahim kepada harakah Islam di Malaysia itu sendiri.

Saya melihat dengan pandangan yang pesimis terhadap usaha-usaha menjadikan Anwar sebagai key-man dalam menterjemahkan matlamat tersebut.

Berikut gambaran yang diberikan oleh seorang pelajar Malaysia tentang apa yang berlaku di Mesir.

Meskipun Ikhwan Muslimin bukanlah punca utama tercetusnya revolusi 25 Januari 2011 yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan diktator Mubarak, sesiapa pun tidak mampu menafikan peningkatan mendadak sokongan dan populariti Ikhwan Muslimin, dan parti politiknya yang baru ditubuhkan, Hizb Hurriyyah wa ‘Adaalah, semenjak 25 Januari hingga kini.

Selaku parti dan gerakan yang sehingga kini terbukti paling tersusun secara organisasi dan mempunyai ahli yang komited serta wawasan yang jelas dan Islamik, pengaruhnya di dalam masyarakat berjaya mengakar umbi, dan dijangkakan akan diberi kepercayaan besar oleh masyarakat untuk menjadi suara mereka di dewan Parlimen Mesir.

Sekiranya ini berlaku, maka buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir moden, sebuah gerakan Islam benar-benar mempunyai ruang penglibatan dalam penggubalan polisi negara, sekaligus menentukan halatuju dan masa depan negara. Berdasarkan manifesto mereka dalam pilihanraya, jika benar mereka berjaya memainkan peranan, Mesir dan rakyatnya mempunyai masa depan yang cerah.

* * * *

Menurut Ahmad Ar-Rasyid, seorang pemikir gerakan Islam dari Iraq, analisis dan pengamatan perkembangan semasa, jika dilakukan oleh seorang mukmin, maka neraca ukurannya ialah aqidah.

Kerana akhirnya, segala pusaran gelombang hiruk-pikuk kejadian peristiwa di dalam sejarah manusia bertitik tolak daripada satu hakikat — kebenaran (Al-Haq) dan kebatilan (Al-Batil) akan sentiasa bertembung.

Turutan pelbagai peristiwa terkini di Mesir, dalam suasana Mesir di ambang transisi kepada satu era baru, meskipun adakalanya tampak berbelit dan memeranjatkan, pada hakikatnya berputar di sekitar pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara pengibar panji Islam dan pengibar panji kuffar.

Dan menurut banyak ayat yang ada dalam Al-Quran, kemenangan pihak yang benar selalunya tidak mudah, dan pasti, akan dihalang dan dipatahkan oleh pihak yang batil, yang tidak pernah redha dengan kebenaran.

Mengaitkan hakikat ini dengan situasi di Mesir, tidak salah kita katakan, bahawa fakta yang harus diterima ialah, pengaruh dan kemungkinan kemenangan Ikhwan Muslimin dan lain-lain kumpulan Islam seperti Salafi (Parti An-Nur) dalam pilihanraya akan cuba dihalang dan dipatahkan dari segenap sudut oleh musuh Islam — Israel dan Amerika — dengan menggunakan wasilah kerajaan transisi dan tentera Mesir.

Israel terutamanya, setelah peristiwa demonstrasi rakyat Mesir di bangunan kedutaan Israel di Kaherah (yang berjaya merobohkan dinding tinggi di sekelilingnya), berada dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Kemenangan golongan Islamis di dalam pilihanraya penting di Mesir adalah mimpi paling ngeri bagi mereka. Tak mungkin Israel akan membiarkan perkara ini menjadi realiti.

* * * *

Pada penghujung tahun 1920-an, ketika detik-detik akhir pemerintahan Sultan Abd Hamid II, antara khalifah terakhir umat Islam di dalam khilafah Uthmaniyyah, muncul sebuah gerakan yang dinamakan sebagaiTanzim Al-Ittihad Wattaraqqi. Gerakan yang bertujuan menumbangkan sistem khilafah dan menegakkan sistem nasionalisme di Turki ini muncul dengan tajaan Freemason dan beberapa tokoh Yahudi pada masa itu.

Setelah gerakan ini berjaya melakukan beberapa pelan yang membenarkan mereka menjadi suara majoriti dalam dewan kepimpinan Uthmaniyyah ketika itu, mereka mendapati ketegasan Sultan Abd Hamid II dalam mempertahankan kedaulatan sistem Khilafah dan syariah sebagai satu penghalang besar kepada objektif perjuangan mereka.

Dengan menggunakan taktik menimbulkan kacau bilau dalam negara, gerakan ini telah menggerakkan sebahagian ahlinya ‘menyamar’ dengan memperjuangkan sistem Syariah Islamiah, dan meminta Khalifah memecat ahli dewan kepimpinan daripada Tanzim Ittihad Wattaraqqi yang menolak perlaksanaan Syariah. Seruan ini menimbulkan huru hara dalaman dan mendapat pengaruh dari kalangan masyarakat biasa.

Perkara ini dijadikan alasan oleh ahli dewan kepimpinan untuk menggerakkan tentera kerajaan supaya bertindak keras dengan segera ke atas semua yang terlibat dalam seruan menumbangkan dewan kepimpinan Uthmaniyyah, termasuklah Sultan Abd Hamid II sendiri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seruan tersebut.

Taktik dan perancangan mereka menimbulkan huru hara dalaman untuk mengambil alih pemerintahan berjaya dengan terlantiknya boneka baru bagi mereka, Sultan Muhammad V. Ketegasan Sultan Abd Hamid II mempertahankan sistem khilafah dan syariah berjaya dipatahkan, dan mereka berjaya memegang pemerintahan dengan penguasaan ke atas dewan kepimpinan dan tentera.

* * * *

Para pengamat peristiwa yang terjadi sekarang ini di Medan Tahrir dengan mudah dapat mengaitkannya dengan peristiwa di atas.

Kacau bilau yang berlaku di Medan Tahrir kini, tidak mustahil dikatakan sengaja dibiarkan muncul dan dibiarkan melarat supaya menjadi sebab kepada penangkapan dan pengharaman parti politik Islamis yang akan dituduh sebagai dalang kacau-bilau dan huru-hara di Medan Tahrir.

Ikhwan Muslimin melakukan tindakan bijak dengan mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perhimpunan besar-besaran pada hari Selasa, 22 November, kerana sebarang penglibatan lanjut Ikhwan secara rasmi di dalam perhimpunan di Medan Tahrir hanyalah akan membuka ruang bagi tentera melancarkan serangan dan penangkapan massa ke atas ahli-ahli Ikhwan dan penyokongnya di kalangan rakyat awam.

Tentera dan kerajaan transisi Mesir yang berada di bawah telunjuk Israel dan Amerika akan terus melakar perancangan lain selepas ini bagi memastikan terpadamnya cahaya kemenangan parti-parti Islamis dalam pilihanraya akan datang. Apa pun ia, yang menjadi korban dalam hal ini ialah rakyat biasa Mesir, yang hanya mengharap secebis cahaya demi masa depan mereka, dan anak-anak mereka kelak. Sekiranya Ikhwan dan golongan Islamis lain berjaya membuka mata masyarakat dengan kefahaman supaya bertahan dengan rasional dan mencuba sedaya-upaya memelihara roh thaurah dan kebangkitan baru di Mesir, maka dengan izin Allah, Mesir akan membuka langkah baru dan terus memimpin kebangkitan rantau Arab yang dinanti-nantikan.

Oleh: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim,
Mahasiswa Tahun 3, Kuliyah Syariah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah

Layakkah Anwar Memimpin Harakah Islam Atau Sekadar Menjanjikan Harapan Palsu? - 1

Saya mencari jawapan, meskipun disebalik pelbagai rahsia moral Anwar Ibrahim terdedah, keyakinan dan harapan masih diberikan kepada beliau untuk memimpin bukan sahaja negara, malah harakah perjuangan Islam. Malah sikap liberal Anwar telah terbukti melalui tingkah laku dan kenyataan yang dibuatnya, namun samada PAS dan gerakan-gerakan NGO atas nama Islam masih meletakkan kepercayaan pada Islam.

Buat permulaan mari baca dan rujuk artikel berkenaan gerakan fundamental Islam di Malaysia Pastikan juga nama-nama yang disebut dalam artikel tersebut dan nilaikan sejauh manakah keberkesanan menggapai matlamat jika masih meletakkan keyakinan kepada Anwar Ibrahim.

I will be writing a series of e-mail reflecting back the history of the Ikhwan Muslimin and its influence in Malaysia. Question: “Is there the Ikhwan of Malaysia”, or the fikrah of the Ikhwan is represented by various groups.

In this I go back to 1974 when OFFICIALLY Islamic Resurgence in Malaysia started. I could not go back to Abdul Rahman Limbung, or Abu Bakar Baqir of the Hizbul Muslimin, or the early days of PAS under the leadership of Burhanuddin Helmy. All I can say that the struggle of Burhanuddin Helmy was his PATRIOTISM in trying to establish MELAYU RAYA.

So it was in 1974 ABIM and Arqam and Jamaah Tabligh had started the work of dakwah in Malaysia. It was reported that Fadhil Nor and Ashaari Muhammad “went out ” to do the work of Tabligh for 40 days in 1974. AS for MCKK, ABIM stalwarts such as Anwar Ibrahim , Fadhil Nor, Osman Bakar London and Osman Bakar Malaysia came to give speeches regarding “the resurgence of Islam”.

During this period, there was a small Malays book which introduced the Ikhwan to Malay students. It was in 1976 that I first read “Milestones” by Syed Qutb, which brought “revolutionary changes” to me and Ustaz Zainuddin Ismail. The works of Maududi and Abul Hasan Ali Nadwi too play an important role in these early stages.Sheikh Yusuf al Qaradhawi in his recent speech in Shah Alam, has reported that he had met ABIM leaders as early as 1974 after Anwar Ibrahim had been detained under the ISA….but I am not sure whether it was 1974 or 1976 that Qaradhawi first met Anwar…but Qaradhawi had come to Malaysia between 8-9 times.

The first time I heard Qaradhawi was in Masjid Negara then Yayasan Anda Akademik. The issue that was brought up was whether the PURDAH was wajib or not, of which Qaradhawi said JUMHUR said it was sufficient that women open their faces and their wrist….It was surprising that the attendees DID NOT question Qaradhawi on “Anwar’s going into UMNO/BN and the government” in 1982. Anwar Ibrahim’s entrance into the government and the ruling party UMNO/BN in Feb or April 1982, had big repercussions to the Islamic movement of Malaysia. A minority of its adherents supported Anwar entering the government and UMNO/BN, but the majority was against. These created 3 groups which were affected by Anwar’s entry into the government: PAS, IRC and ABIM. Some like Kamaruddin Jaafar and Kamaruddin Md. Nor joined Anwar in UMNO.

It was at this juncture that books of the Ikhwan were translated, amongst them by Ustaz Alias Osman, Ustaz Darus Senawi etc. Books such as Risalah Muktamar Khamis (which showed how the Ikhwan movement of Hasan Al Banna worked) and Syarah Risalah Taalim, a very important manual of the Ikhwan were translated. The Ikhwan had unofficially been born in Malaysia in 1982, after Anwar’s entry into the government… but it brought internal feuds into the open between ABIM and PAS/IRC, and later on in 1988 between PAS and IRC. But the Ikhwan of Malaysia was maturing; but it was fragmented (and still is) between different groups.

The Usrah System as far as I remember it was Arqam who had introduced me the usrah system in 1976, through the book “Peraturan dan Arahan” by Hasan al Banna which was translated by Abu Bakar Hamzah of PAS and published by Pak Yazid of PAS ( Pak Yazid had “rebelled” against PAS because he disagreed with the PAS sojourn in BN between 1974 to 1978).
The USRAH system is the backbone of the Ikhwan movement started out by Imam Hasan al Banna in 1928 in Ismailia Egypt.

In the early 80’s IRC, and Kumpulan Ustaz Dahlan (rather unknown to me) were active in the Usrah. In the middle and late 1970s Arqam was formidable to became the Ikhwan of Malaysia, but then later on we found out that some its believes were abhorrent to true Islamic believes… the most important being that Sheikh Suhaimi who has been dead for the past 80 years is the IMAM AL MEHDI and Ashaari Muhammad is the PEMUDA BANI TAMIM. No doubt, it was ARQAM who had popularised the wearing of the HIJAB, earlier than all Islamic groups, though there is small Islamic group in Kelantan called the Tal Tujuh group who had also donned the Islamic dressing.

Suara Al Islam

There was a small group of students in the UK who has started out a magazine called SUARA AL ISLAM. It was as they claimed mostly influenced by Maududi, and not so much by the Ikhwan of Egypt. It wanted to bring REVOLTIONARY CHANGES in Malaysian politics, by establishing an ISLAMIC REVOLUTIONARY PARTY as an alternative to PAS.
They tried to register the party called Parti Negara Islam Malaysia, and stand for the 1982 elections; but it never got registration. So they put up 2 independent candidates led by Megat Ahmad Sani, but were badly beaten. After being warned to be put into ISA, Suara al Islam/PNIM members ceased to play ANY significant role in Malaysian Islamic Resurgence history.

Two important members of Suara al Islam WHO MADE it into politics are Ir. Khalid A. Samad, currently the MP of Shah Alam, and Nizar, the former Menteri Besar of Perak. Megat Ahmad Sani later on tried to open a pondok in Kelantan, but it is closed now.
The ideas of Suara al Islam is worth reading; and no researcher to my knowledge has given any attention to their work i.e. their magazine.

Dr Hasan Thurabi

It was on the invitation of Anwar Ibrahim that Dr. Hasan al Thurabi then the attorney-general (and law minister ?) of Sudan in the early 1980’s came to Malaysia. I was able to ask Dr. Hasan al Thurabi (in UTM Jln. Semarak), about the HUKUM of going into the government. He replied it depends on the MASLAHAH…it maybe WAJIB and it maybe HARAM.

In 1994, I met a friend of Dr. Hasan Al Thurabi, named Abdullah Ash Sheikh, in the US, who said to me through their experience a SECULAR PARTY CAN NEVER be an Islamic party…and now they had changed directions, and followed the way of Sayyid Qutb in his Fi Dzilalil Qur’an”.

IRC Joins UMNO

When Anwar decided to join UMNO and BN in 1982, one of the group who opposed this move was the so-called IRC. The IRC group followed the Ikhwan almost to the letter, but remained active mostly in usrahs only (that is in Malaysia). But in Australia and the US (MISG America), IRC had already taken over the student Islamic groups.

In the UK it remained to be in the PUBLIC and in secrecy….in the UK the known leader was my former NAQIB, an ex MCKK boy, named Mahrizan Basiron, and in the US, Azman Hussein, and in Australia, led by some Serpents. IRC supported the paper of 1982 “Mengapa kemasukan Anwar dalam UMNO/BN tidak sharie”.

IRC had a short honeymoon with PAS which lated till 1988 when the PAS ulama leader Harun Taib declared in UTM that they wanted ALL IRC members out from PAS…this was the start of grate bitterness between IRC and PAS.

In 1990, a paper was presented by Ustaz Alias Osman, “Usul masuk UMNO”, of which reasons were given why members should be allowed to enter UMNO. The essence of the paper was in reality to help ANWAR in Permatang Pauh vis a vis PAS, because of the great Islamisation efforts successfully done by Anwar upon entering UMNO and the government of which the most important was Islamic Banking.

The American group ex MISG members like A Rahim Ghouse, Wan Hasni, Sahri Bahri and myself responded positively but cautiously to the idea…it was now LEGAL to enter UMNO. But apparently, after Anwar was oust from the government, and 400 Anwar supporters were expelled from UMNO, including Wan Hasni and A Rahim Ghouse; that experiment seemed to be aborted.

No former IRC members had become successful in UMNO politics. But there were former adherents of the Islamic movement still in UMNO visualize, Puad Zarkashi, Saifuddin Abdullah, Shabery Cheek, Zamberi Abdul Kadir and Shawal of the Pahang…..but most politically active members of the Islamic movement had joined either PAS or KeADILan.

Islamisation Policy

It was in 1982 that Premier Dr.Mahathir announced the policy of “Penerapan Nilai-nilai Islam”. He put into the public of his intention to open an Islamic Bank and an Islamic University. Anwar responded to this, and his services was needed by the government ruled by UMNO/BN. Mahathir said that both these projects were Anwar’s project…and his homework. ABIM responded well to this and said that “Fadhil Nor had failed in his work in PAs, and now Anwar had a big homework to be done in the government”.

Abdul Hadi Awang, the darling of PAS and IRC, said that “the move taken by the government to implement these measures was to enfeeble the Islamic movement of Malaysia”. The Ikhwan responded to these political progresses by being established. Many books were translated and written and read by the Ikhwan of Malaysia, and usrah and movements done.

Anwar was to stay in the government for 16 years before being ousted by Mahathir from the government and party…and the coming of the reformasi movement in 1998. Even though Anwar had been ousted from the government . Islamisation measures still continue such as in Islamic Banking and the establishment of Islamic university, Darul Qur’an, JAKIM, IKIM, Takaful etc.

JIM and ISMAJIM was formed from former IRC usrahs, and it was legally registered in 1990. Those who did not register as JIM members remained as JAMAAH, which later on merged with the Ustaz Dahlan group, which had formed HALUAN in 1986….There was a sister group to JIM which was registered as ISMA, mostly from Ustazs of Mesir…they were supposed to be “adik-beradik”.But of late JIM and ISMA had become “a parting of ways”… ISMA becoming an independent group of its own, taking with it AMAN PALESTINE, which JIM members claim to have initially establish it. Both JIM and ISMA claim to be the Ikhwan attached to the Ikhwan International; but now it seems that both had been in “the parting of ways”.

Salafi in Ikhwan

The so-called Salafis who base their school of thought to Ibn Taymiyah, Muhammad Abdul Wahhab, Nasiruddin al Bani, Ibn Bazz, Muhmmad Uthaimin and others, are partly represented in Malaysia by Rasul Dahri of Kg. Majidee Hohor, Dr. Sulaiman Nordin (Yaasin’s father), formerly of UKM, and Dr. Azwira of UKM, Abdullah Yaasin of the Saudi Arabian embassy and Shahidan Kassim, former MB of Perlis.

Rasul Dahri has written a book on the Ikhwan of which he has focused on the SUFI tendencies of Hasan al Banna…he has quoted other Ikhwan scholars, inlcuding Maududi. On the basis of Ibn Bazz’ fatwa, given 2 months before his death, Rasul Dahri had declared that the Ikhwan and Jamaah Tabligh are amongst the groups destined to go to hell.

He has also condemned Sayyid Qutb;s tafsir, Fi Dzilali Quraan which has been completely translated by Yusuf Zaki Yaakub, for its Ashaarite tendencies, and warned people against reading the Fi Dzilalil Quraan. Thus the so-called Salafis are a group different from the Ikhwan…they have declared “war” with the Ikhwan.

Dr Asri and Juanda

Though I differ with Dr. Asri and Dr. Juanda the Mufti of Perlis, I regard them as part of the Ikhwan…but representing the Salafi tendencies;they must be differentiated from Rasul Dahri and Sulaiman Nordin. Dr. Juanda has translated Qaradhawi’s book, and Dr. Asri is an admirer of Dr. Qaradhawi of which he has declared as “tokoh tajdid dan islah”. JIM has declared that it is “sama fikrah dengan organisasi Ibn Qaiyyim, pimpinan Dr. Asri Zainal Abidin”.

As for me I see that Imam Hasan al Banna was a SUFI till his death…this has been acclaimed by Umar Telmisssani, the former Murshid of the Ikhwan; and this can be attested by the writings of Ustaz Said Hawwa in his many books.

Hadi and Said Hawwa

The President of PAS, TG Abdul Hadi Awang was in the usrah of Ustaz Said Hawwa, the maraqib-ul-amm of the Ikhwan of Syria…so Abdul Hadi Awang can be said as “orang kuat Said Hawwa”…but he has made his mark of his own…Despite this it is reported that Abdul Hadi Awang does not follow in the Sufi footsteps of his teacher.I asked Abdul Hadi Awang about Tasawwuf, of which he replied that “if Tasawwuf means only melawan hawa nafsu, dan bukan manusia, kita tolak”…Abdul Hadi Awang is not a Sufi master.

Iktibar Hilang 5 Negeri

BERNAMA : Pada pilihan raya umum lepas, ada dakwaan kata penilaian terhadap calon tidak begitu kemas dan teratur. Kali ini Datuk Seri sering mengatakan winnable candidate, bolehkah Datuk Seri berkongsi bagaimana pucuk pimpinan melakukan identifikasi mengenai winnable candidate ini?

NAJIB: Kita sekarang belum lagi muktamad (mengenai calon). Kita mesti membuat penilaian secara objektif, bukan sahaja subjektif. Ini yang paling penting sekali. Calon yang dipilih bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi, tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan.

Soal menentukan calon ini adalah satu soal yang sangat mencabar dan sukar dilakukan. Mustahil kita dapat memberi kepuasan kepada semua orang . Mengikut pengalaman saya selama 35 tahun dalam politik, tidak pernah berlaku dalam pilihan raya (membuat keputusan mengenai calon yang memuaskan semua pihak).

Tetapi apa pun keputusan yang dibuat parti, pada kesudahannya kita kena terimalah sebagai orang berparti keputusan parti, walaupun tidak mengikut selera atau kehendak kita.

Dan saya telah mengalami banyak peristiwa di mana saya lihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan yang dibuat parti tidak disenangi, tetapi dia terima. Tapi jika diterima keputusan itu calon itu akan menang, tetapi sebaliknya kalau dia terus menentang dia hendak kata apa hendak jadi jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tidak setia pada parti, dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa.

Sepatutnya apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana kita (BN) tewas lima buah negeri adalah satu pengajaran yang seharusnya tidak dilupai oleh kita. Dan akibat daripada punca kekalahan itu mesti kita sedar. Saya tidak menafikan kadang-kadang kita tidak dapat memuaskan hati semua penyokong kita di peringkat bahagian, sebab itu saya kata sejak awal lagi mustahil kita memberi kepuasan 100 peratus kepada ahli dalam satu bahagian sebab di peringkat bahagian, mereka pun tidak sependapat.

Apa yang harus ada ialah disiplin parti dan kesetiaan kepada parti. Maknanya bila sampai pada masanya keputusan itu (pemilihan calon) diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti.

(Dipetik dari Utusan)