Wednesday, November 30, 2011

Najib Tarik Balik "Harimau Muda" Sebagai Sumber Teladan?


Walau pun aku tak pergi stadium, jangan ingat aku tak rugi apa-apa bila Harimau Muda kalah 2-3 kepada Bahrain.

Aku ada 5 orang anak. Kecuali yang sulung (perempuan), 4 orang nak pergi Bukit Jalil. Aku terpaksa reload touch & go (RM50), penuhkan tangki minyak (RM97), tiket 2 dewasa & 2 kanak-kanak (RM50 - harga tiket RM20 dewasa & RM5 kanak-kanak), jersi Malaysia saiz kanak-kanak (RM35) dan makan minum (RM50). Ini bermakna, aku kopak lebih kurang RM300 untuk belanja anak-anak ke Bukit Jalil.

Itu belum lagi campur belanja beli kacang goreng untuk aku 3 beranak yang tonton tv kat rumah!

Tak kesiankah pada penyokong-penyokong Ultras Malaya (video) yang menyokong dari sebelum masuk stadium hinggalah ke luar stadium?

Dalam pada itu, aku petik ulasan berikut,
Siapa boleh menyangka, dalam tempoh 10 minit baki masa perlawanan dengan jumlah pemain hanya 10 orang, Bahrain mampu menumbangkan skuad Ong Kim Swee 3-2. Dalam tempoh sesingkat itu, bagaikan satu keajaiban, 3 gol boleh dihasilkan. Biarpun gol-gol itu bukan gol mudah namun ia terhasil kerana di dalam skuad Ong Kim Swee sudah timbul beberapa penyakit.

Penyakit pertama : Terasa selesa
Penyakit kedua : Terlalu yakin
Penyakit ketiga : Timbul rasa riak dengan perlekehkan lawan dan menganggap diri tu star habis.
Penyakit keempat : Silap strategi
Penyakit kelima : Lembik
Penyakit keenam : Tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Penyakit ketujuh : Masih dibuai mimpi kemenangan sebelum ini.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau memang dapat duit TAPI KALAU KALAH TAK PULAK POTONG GAJI KE ELAUN KE< TAK ADIL MACAM NIE