Friday, December 2, 2011

ADUN Seri Setia (PKR) Nik Nazmi Suka Ngangkong?

Bila membaca kenyataan ADUN Seri Setia Nik Nazmi di atas, seolah-olah beliau mahu lepas tangan dalam isu perobohan kuil di Glemarie, Shah Alam.

KeadilanDaily sendiri dalam laporan di atas tidak menyatakan bangunan yang dirobohkan sebagai kuil, sebaliknya lebih gemar menggunakan petikan dari Sinar Harian, "tempat operasi puja nombor ekor". Atau dalam bahasa mudahnya, 'tempat ngangkong'.

Hakikatnya Nik Nazmi dalam kedudukan tersepit kerana operasi MBSA bukan setakat merobohkan kuil di kawasan tersebut, tetapi turut merobohkan kedai makan milik Rosseli Shamsudin.

Jika beliau memilih untuk berpihak kepada kuil, maka beliau akan mendapat kecaman dari orang Melayu. Jadi, jalan terbaik bagi Nik Nazmi ialah lepas tangan!

SHAH ALAM 25 Nov. - Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan semalam.

Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL). [Utusan]

No comments: