Perkara yang paling nyata, beliau tidak membuat homework. Malahan juga, beliau tidak memandang kedalam diri sendiri sebelum bercakap.
Baca laporan petikan dari Berita Harian Online dibawah;
Graduan Melayu terima gaji rendah: Azim
KUALA LUMPUR: Orang Melayu dan Bumiputera negara ini yang masih ketinggalan berbanding bukan Melayu dari segi gaji dan pendapatan, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
2011/12/02
Wakil UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, orang Melayu dan Bumiputera adalah majoriti graduan universiti tetapi menerima gaji permulaan paling rendah sebaik memasuki pasaran kerja. [Berita Harian]
Memang baguslah bila Azim highlights perkara ini untuk perhatian Presiden UMNO DS Najib Razak.
Tapi rasanya lebih bagus kalau Azim senaraikan jasa-jasa dia dalam memberi keseimbangan gaji orang Melayu dalam sektor swasta yang beliau sendiri menjadi Pengerusi mahu pun Ahli Lembaga Pengarah.
Azim kena insaf, yang beliau duduk dalam 7 syarikat berhad. Itu belum lagi syarikat-syarikat sendirian berhad yang tidak didedahkan. Apakah selama ini Azim duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah, cuma nak kembungkan poket sendiri? Atau pun sekadar proxy atau Ali Baba?
Come on Azim, kau tu punya kedudukan dalam politik (ketua bahagian) dan pada masa masa yang sama adalah antara pembuat keputusan dalam korporat. Apatah pula, pernah jadi Bendahari UMNO Malaysia, takkan semua masalah nak serah kat Najib kasi selesai?
Sejak 11 tahun Azim duduk dalam Lembaga Pengarah Wijaya Baru, berapa orang pengurusan Melayu yang Azim bawa masuk?
Kalau nak tahu berapa orang pengurusan Melayu dalam Wijaya Baru klik SINI.
Kepada pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat, tolonglah jangan berperangai macam Azim. Agaknya, budak pejabat di BSN pun nak termuntah dengar hujahnya.
2 comments:
Ini Melayu confirm bukan `winnable candidate`. Kasi singkir sama dia.
SALAH TU BRO ANON 11.29PM ... INI SALAH SEORANG WINNABLE CANDIDATE.
WINNABLE CANDIDATE MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI, HAHAHA ...
Post a Comment