“JIM and ISMAJIM was formed from former IRC usrahs, and it was legally registered in 1990. Those who did not register as JIM members remained as JAMAAH, which later on merged with the Ustaz Dahlan group, which had formed HALUAN in 1986….There was a sister group to JIM which was registered as ISMA, mostly from Ustazs of Mesir…they were supposed to be “adik-beradik”. But of late JIM and ISMA had become “a parting of ways”… ISMA becoming an independent group of its own, taking with it AMAN PALESTINE, which JIM members claim to have initially establish it. Both JIM and ISMA claim to be the Ikhwan attached to the Ikhwan International; but now it seems that both had been in “the parting of ways”.” – Azlan Khalili Shamsudin
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) disebut sebagai harakah Islam di Malaysia. Bila berlaku gerakan reformasi yang bersimpati dengan pemecatan Anwar Ibrahim, beberapa tokoh JIM telah menyertai Parti KeAdilan Nasional (sekarang dikenali sebagai PKR).
Antara tokoh-tokoh JIM yang menyertai KeAdilan ialah Sahri Bahri (pernah menjawat Setia Usaha Agong KeAdilan), Saari Sungib (sekarang ADUN PAS Hulu Klang) dan Fuziah Salleh (MP PKR Kuantan). [Baca SINI].
JIM telah menetapkan visi organisasinya sebagai,
"Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020"
Ketika 2 orang bekas pemimpin JIM dalam kedudukan tinggi dalam PAS dan PKR, dan tempoh waktu hanya berbaki 8 tahun, apakah matlamat ini boleh tercapai?
Hakikatnya, kalau berpandukan kepada konsep PR sendiri yang menetapkan polisi atas dasar konsensus, adalah terlalu mustahil yang visi perlaksanaan syariat Islam menjelang 2020. Alasannya, masing-masing iaitu PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kuasa veto dan polisi bersama hanya boleh dilaksana melalui konsensus.
Kecuali Anwar dan Hadi Awang mempunyai pakatan yang berasingan untuk mengkhianati DAP, visi JIM mungkin akan terlaksana.
PAS dalam keadaan pada hari ini sudah tidak boleh diharapkan atas faktor terikat dengan konsensus. Perlu diingat, bahawa bukan menjadi rahsia bahawa Karpal Singh begitu khuatir jika PAS atau UMNO saling bersaing menunjukkan betapa Islamiknya parti masing-masing.
Perlu diingat, sejak sekian lama Pengajian Islam khususnya di UiTM telah diajar pada para siswazahnya. Jumlah lepasan dari IPT itu sahaja telah mencecah ratusan ribu dan itu belum lagi dengan harakah-harakah Islam yang lain. Bayangkan, kalau UMNO mengambil pendekatan yang lebih Islamik berbanding PAS, tidak mustahil sokongan total akan diberikan kepada UMNO.
Sebenarnya, hasrat untuk menubuhkan negara Islam dalam keadaan negara ini umpama tinggal sejengkal untuk digapai. Mengapa saya kata demikian? Jawapannya, ketika DAP mendakwa mendapat sokongan yang tinggi dari bangsa Cina berbanding MCA dan Gerakan, ruang terbaik untuk harakah Islam bersatu untuk menegakkan negara Islam. Caranya ialah memberi pemimpin harakah Islam memberi sokongan kepada UMNO dalam memperkuatkan jumlah perwakilan Islam di parlimen.
Terpulang kepada anda semua untuk memikirkan. Sebenarnya, ini adalah masa yang terbaik. Saya ulangi bahawa untuk menggapai negara Islam cuma tinggal sejengkal. Wajarkah kita hendak menunggu 50 tahun lagi, kerana PAS terpaksa reverse untuk memahamkan DAP dan juga PKR?
Tepuk dada tanya selera! Para pemimpin semua, berundinglah dari sekarang.
3 comments:
Brapa kali NIK Aziz nak terkena dgn BN lagi. Dulu memang la, UMNO tak pandai business dan mampu menghormati org pandai2, tapi kini kerja UMNO nak mencantas je, pantang org lain nampak cerdik, mula gelisah dan pasang strategi nak pangkah pangkal..
Mana katanya semangat perjuangan harmoni, semangat melayu 'ketaik kucingan' tu. Nak tunggu bila? Kalau aku jadi PM yg berbangsa melayu, bukan kata RM600 juta, tapi RM6 billion, siap lebuhraya 3 lorong dari KL ke Golok akan ku laksanakan. Tapi oleh kerana dapat PM dan pemimpin yg hipokrit melayu 'ketaik kucingan' maka kita hanya asyik kelentong, mcm la semua rakyat ni bodoh belaka umpama otai2 UMNO di kampong yg masih berbasikal atau kapcai lampu bulat itu..Kami anak rantau..
selagi PAS dlm Pakatan Rakyat, misi melaksana negara Islam sukar dicapai..sy setuju dgn artikel ni..
Post a Comment