Wednesday, November 30, 2011

TPM Muhyiddin Anak Siapa?

Seorang sahabat (yang juga seorang guru agama) berasal dari Pattani memberitahu saya yang beliau turut menonton ucapan perasmian TPM TS Muhyiddin Yassin untuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Beliau berasa bimbang dengan pergolakan politik di Malaysia. Bab itu tak perlulah diperincikan intipati perbualannya dan semuanya sedia maklum dengan apa yang berlaku pada suasana politik di Malaysia. Realitinya pada pandangan ustaz tersebut, Malaysia lebih beruntung kerana punya PM dan YDPA yang beragama Islam, berbanding dengan PM dan Raja di negaranya yang bukan Islam.

Komen yang agak menarik dari ustaz tersebut, "Dari ucapan Muhyiddin, ana rasa dia seorang yang pandai agama."

Saya menyambung, "Memang pun. Muhyiddin adalah anak kepada seorang tokoh agama di Johor, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Bapanya memang terkenal dan mengasas beberapa buah sekolah agama dan Arab di sana. Satu lagi yang ustaz perlu tahu, bapanya juga khatam kitab Faridatul Faraid dihadapan gurunya Sheikh Ahmad Al-Fatani. Satu lagi yang ustaz perlu tahu, ilmu Muyiddin tu adalah lebih tinggi dari Timbalan Hadi Awang yang bernama Mat Sabu tu!"

Maka, semakin tersimpullah senyuman ustaz dari Pattani itu.

2 comments:

Anonymous said...

Memang benar, Malaysia amat bertuah dalam banyak perkara selain PM dan TPM nya adalah orang Melayu Islam.

Tetapi terlalu ramai yang masih KUFUR Nikmat, tidak mahu bersyukur atas segala limpah Nikmat, Rezeki dan berbagai lain kurniah Illahi pada mereka.

Malah ramai yang bersekongkol dengan bangsa lain yang bukan Islam mempersendakan PM dan TPM baikpun MB..dibiar malah disokong penghinaan pada saudara seIslam asalkan dapat X pada kertas undi. Betapa buruknya Akhlaq kerana tidak faham apa beza ideology Politik dengan Agama suci.

Akar Umbi said...

anon 11:02,

betul tu... pakatan dilanda sindrom X!