Blog satira The Antics of Husin Lempoyang menyentuh tentang Minggu Kesedaran Obesiti Sedunia.
Secara sinis, Husin Lempoyang mengucap tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin atas inisiatif dalam membasmi obesiti rakyat Malaysia.
Penulisan Husin Lempoyang selalunya terlalu berkias, meskipun hakikatnya terang-terang 'menembak'.
Kebetulan sudah pun dikiaskan, rasanya elok juga di 'tembak sipi-sipi' Ketua Puteri UMNO.
Pernah berlaku dalam sebuah bahagian, jumlah cawangan Puteri UMNO berjumlah 45. Namun, 20 cawangan telah gagal mengadakan persidangan. Ini bermakna hampir separuh dari keseluruhan cawangan-cawangan tidak layak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agung Puteri Bahagian.
Puteri UMNO telah menjangkau usia 11 tahun. Ini bermakna dah sebaya dengan usia gadis sunti. Apa yang berlaku di bahagian berkenaan harus diambil iktibar oleh Rosnah.
Jika tidak, maka sia-sialah matlamat dan tujuan penubuhan Puteri UMNO yang merupakan suatu proses untuk meremajakan UMNO.
Sampai bila Wanita UMNO mampu menjadi tulang belakang?