Sunday, September 23, 2012
'Giant Killer' Dari Jelebu Tumbangkan Shahidan Kassim
Giant Killer dari Jelebu mengalahkan DS Shahidan Kassim dalam persaingan pemilihan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysua (KOAM).
Presiden Persatuan Olahraga Negeri Sembilan Dato' Zainal Abidin Ahmad telah dipilih dalam mesyuarat pertubuhan berkenaan yang berlansung hari ini. Melalui semakan, Zainal juga adalah ADUN Sg Lui dalam kawasan parlimen Jelebu, disamping menyandang jawatan Bendahari UMNO Bahagian Jelebu.
Bagi saingan jawatan Timbalan Presiden, penyandang jawatan Dato' Karim Ibrahim tewas kepada Presiden Persatuan Olahraga Terengganu Dato' Wan Hisyam Wan Salleh.
Ini bermakna para perwakilan mesyuarat agung KOAM telah memberi mandat kepada muka-muka baru dalam menerajui pertubuhan tersebut.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment