Tuesday, January 8, 2013

Peringatan Kepada Rakyat Kelantan - Kereta Ini Adalah Milik Penyamun Tanah Kelantan & Bukan Milik Pejuang Rakyat


Semalam blog The Unspinners mendedahkan perihal kereta dimiliki pemimpin gerakan menuntut royalti minyak untuk rakyat Kelantan telah disimbah dengan cat merah.

Bagi The Unspinners berkenaan, ini adalah percubaan untuk menarik perhatian umum dan satu dari tricks untuk mengenakan UMNO.

Dari semakan blog berkenaan, Kereta WQQ 7537 itu adalah kepunyaan Nazri Deraman yang merupakan Presiden Royalti Minyak. Didaftar bawah nama Noble Residence Sdn Bhd dan merupakan kenderaan syarikat yang beralamat di Suite 12A 03-05 Level 12A Plaza Permata, Jalan Tun Razak 55400 Kuala Lumpur. [Baca SINI]

Tidak dapat dipastikan samada Nazri adalah anggota pengurusan Noble Residence atau sekadar penggunaan kenderaan tersebut oleh Nazri adalah sebagai penajaan untuk membuat huru-hara.

Saya telah membuat semakan keatas Noble Residence dan memeranjatkan apabila syarikat tersebut menerima habuan ratusan ekar tanah di Kelantan. Antaranya adalah tanah-tanah dibawah Perbadanan Bandar Baru Tunjong. [Semak SINI]

Berikut adalah keratan yang dipetik dari laman web PBBT.

 

Bukan itu sahaja, Noble Residence turut memiliki sebidang tanah 13 ekar dan telah mengadakan JV dengan Naim Indah Corporation Berhad (dulu dikenali sebagai Arus Murni). JV antara Noble dan Naim Indah dikesan di SINI.

Suatu ketika dulu Naim Indah (Arus Murni) pernah menjadi kontroversi oleh skandal dan ia boleh dirujuk di SINI. Dari semakan, Naim Indah punya kawasan balak di Gua Musang.

Seperkara yang boleh dikaitkan, alamat pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh Nazri kelihatan sama dengan alamat berdaftar Naim Indah. Apakah ini bermakna Naim Indah turut terbabit? Lihat screen capture yang diambil dari laman web Naim Indah.


Jika ini berlaku, maka sia-sialah tuntutan terhadap royalti minyak oleh rakyat Kelantan. Jerung-jerung telah menunggu untuk menunggu habuan, andai tuntutan kumpulan ini berjaya.

Kesian bila melihat lebai-lebai kain pelikat turut berdemo, yang jelas jadi kuda tunggangan oleh pihak-pihak berkepentingan dan ingin mengaut keuntungan.

1 comment:

Anonymous said...

Eloklah sangat tu..
Hipokrit!!!

Tunjuk diri sendiri baik, suci murni, lebih Islam dr org Islam lain, berjuang semata-mata utk rakyat, tuduh org Islam lain kafir, jahat, zalim, rasuah padahal dua kali lima, lima kali dua jugak...

Tampal sticker 'R' kat kereta (dah nampak mcm kereta Ralli Dakar dah), tuduh siang malam pagi petang org lain penyamun, padahal dia sendiri bapak penyamun, bapak kronisme, harta bertimbun...

Royalti sememangnya patut diberi kepada rakyat Kelantan dan diuruskan oleh rakyat Kelantan sendiri atau sebuah Yayasan neutral yang benar2 jujur bukan pada penyamun2 berselindung di sebalik kopiah ni...

Diberi amanah hampir 27 tahun untuk urus Tabung Memali utk diberi pada yang hak tu sampai la ni tak tahu cerita ke mana duit tu pergi, ni nak diberi royalti pada puak-puak ni utk diuruskan...

Klepet buat modal duit royalti tu utk berbini dua tiga bolehlah....