Friday, January 11, 2013

Gara-Gara Kontroversi Pembangunan Padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, Khalid Ibrahim Izinkan Pemaju Cabul Tapak Rumah Orang Miskin


Setahu saya lokasi di atas adalah sebuah tanah yang diperuntukkan perumahan kos rendah yang terbengkalai sejak hujung 90an atas nama Taman Permai Indah, Pandamaran, Pelabuhan  Klang.

Ia terletak antara Jalan Pendamaran Jaya (menghubungkan Pendamaran Jaya dengan Kg Idaman) di sebelah barat dan Jalan Banting, Pendamaran di sebelah timur.


Fasa pertama projek perumahan kos rendah tersebut telah siap mengikut jadual dan telah pun diduduki.

Walau bagaimana pun untuk fasa berikutnya,  projek telah terbengkalai dan telah diambilalih oleh TPPT Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan oleh Bank Negara untuk projek perumahan terbengkalai.

Tanah ini kemudiannya telah dibeli oleh Melati Ehsan Consolidated Sdn (anak syarikat Melati Ehsan Holdings Bhd) pada 11/9/2011) dan ini disahkan oleh pengumuman syarikat induk kepada KLSE. (Rujuk SINI)


Malangnya apabila papantanda projek ditegakkan, bukan rumah kos rendah yang bakal didirikan, sebaliknya sejumlah 254 unit rumah teres 2 tingkat (22' X 75') yang pastinya berharga lebih RM350,000 seunit, walhal masyarakat dipersekitaran sedia maklum bahawa tanah tersebut adalah tapak perumahan kos rendah.

Jadi tidak hairanlah kerajaan PR Selangor sering menyepi bila ditanya mana rumah kos rendah yang dibina PR? Rupa-rupanya mereka yang mengizinkan pencabulan keatas tanah-tanah yang dizonkan untuk perumahan kos rendah.


Tentunya dalam hal berkaitan izin pembangunan dan syarat kelulusan transaksi keatas tanah berkenaan adalah dibawah kuasa PBT dan Kerajaan Negeri Selangor, maka bermakna MB Khalid Ibrahim dan anggota exconya terlibat dalam menukar syarat keatas tanah berkenaan.

Untuk makluman, Melati Ehsan Hodings Bhd adalah rakan kongsi PKNS untuk projek pembangunan ke atas Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya yang penuh dengan kontroversi. [Baca SINI]

Apakah dengan keizinan pencabulan keatas tapak perumahan kos rendah maka ia adalah bentuk pampasan keatas Melati Ehsan?

1 comment:

Anonymous said...

Di Shah Alam harga rumah PKNS teres dua tingkat 20x70 dijual dengan harga RM 500 ribu pada tahun 2012. Teramat jauh lebih mahal jika dibandingkan harga rumah PKNS zaman BN dulu dibawah RM 300 ribu sahaja pada tahun 2007 untuk jenis rumah sama.