UMNO Shah Alam minta kerajaan mansuh tol Batu Tiga dan Sungai Rasau
11/06/2011 5:50pmSHAH ALAM 11 Jun — UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan di sini, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As”ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.
Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.
"Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik,” kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua Umno cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.
Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.
Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka. - Bernama/Utusan
Saturday, June 11, 2011
Dari Klang Ke Kajang Berapa Tol Mahu Bayar Untuk Makan Sate Kajang?
Memang patut pun! Masakan tol-tol yang terkemudian seperti milik Metramac telah dimansuhkan ini kan pula 2 tol di Sg Rasau dan Batu 3 di Lebuhraya Persekutuan masih belum dimansuhkan.
Tahniah kepada UMNO Bahagian Shah Alam yang telah mengusulkan pemansuhan tol di dua plaza yang berkenaan.
Perlu diberi perhatian oleh PM DS Najib Razak, bagi mereka dari Klang ke Kajang, tidak mempunyai sebarang jalan alternatif tanpa tol untuk makan Sate Kajang. Begitu juga sebaliknya, bagi mereka dari Kajang ke Klang, tidak mempunyai jalan alternatif tanpa tol untuk makan ikan bakar di Pelabuhan Klang.
Bravo UMNO Shah Alam!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pandang pandanglah dan selam selamilah serta timbang timbanglah permintaan kami ini.Kalau tak boleh bagi hapus bersih kasilah diskaun yang baik punya untuk kami.
Kami sudah lama bayar tol tu,bagilah kami muka sikit.
Rahim Janggut
ada jalan alternatif dari kajang ke pel. klang dan sebaliknya...
persoalannya adakah kita sanggup
menempuh jalan jauh tanpa toll?
cuba lalu kajang-b.b bangi-bangi lama-olak lempit-t.p garang-pel.klang...huhuhu
Post a Comment