Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman dan Abdul Malik Kassim, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim mengaku bahawa 'pilihanraya masjid' adalah idea mereka berdua.Kerja yang mudah jangan disusahkan. Takkan Timbalan Ketua Menteri dan Anggota Exco Kerajaan Negeri tidak membaca Enakmen Pentabiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Saya perturunkan petikan Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Pulalu Pinang) 2004.
Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya
(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Pulau Pinang.(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud Enakmen ini.
Kemudian mari kita baca pula Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulalu Pinang);
Kaedah 4. Pemilihan ahli Jawatankuasa Qaryah.
(1) Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah mengemukakan dan mengesyorkan kepada Yang di-Pertua nama-nama anak qaryah dalam qaryah sesuatu masjid itu yang pada pandangannya adalah layak diIantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Qaryah.
(2) MAINPP, jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang telah disyorkan itu menjadi Pengerusi dan ahli jawatankuasa Qaryah. Jika MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan itu, MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Qaryah.
(3) Dengan seberapa segera selepas MAINPP membuat perlantikan di bawah subkaedah (2), Pengerusi yang diIantik hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk melantik di antara ahli yang dilantik menjadi Pengerusi-Pengerusi biro yang ditubuhkan di bawah Kaedah 21.
Pada dasarnya, sebagai pentabir kerajaan negeri samada Mansor Othman mahu pun Abdul Malik Kasim boleh mempengaruhi MAINPP dalam perlantikan AJK Masjid mengikut pilihan mereka.
Andaian saya mengapa mereka tidak membuat perlantikan adalah kerana:-
1. Tiada tokoh yang berwibawa untuk mentadbir masjid dikalangan pemimpin PAS dan PKR apatah lagi DAP; atau
2. Terlalu takut pemilihan yang mereka buat akan backfire kepada diri mereka sendiri; atau
3. Sengaja mencari pasal kerana mereka sendiri tahu yang UMNO akan menang dalam kebanyakan pemilihan AJK masjid dan ini akan dicetuskan sebagai isu dan sentimen kebencian rakyat terhadap UMNO; atau
4. Mungkin ada kecenderungan dikalangan MAINPP dan JAINPP yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat; atau
5. Terlalu mengikut telunjuk DAP untuk memecahkan orang Melayu/Islam diperingkat akar umbi dan faktor ini menyumbang kepada dominan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Menuduh UMNO takut kalah adalah satu isu yang sengaja mahu menghangatkan keadaan. Cara mudah, Pakatan Rakyat Pulau Pinang boleh melantik sesiapa yang mereka suka dan saya yakin UMNO tidak akan 'mengacau' perlantikan tersebut.
No comments:
Post a Comment