Sebelum bermula genderang perang PRU12, saya diberitahu oleh seorang rakan yang juga AJK UMNO Bahagian di Selangor, tentang pembinaan rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam. Pada saya, apa salahnya Khir Toyo mempunyai rumah sendiri? Namun ia disanggah oleh rakan saya itu, bila meyebut bahawa TS Muhammad Mohd Taib hanya mempunyai rumah di Shah Alam selepas tidak menjadi MB dan begitu juga yang dilakukan oleh TS Abu Hasan Omar. Walhal, Khir melakukan hal ini ketika masih berkuasa.
Akhirnya, hari ini Khir Toyo telah didakwa di mahkamah oleh SPRM. Namun, bagi Khir ini adalah peluang memperjelaskan tentang dirinya.
No comments:
Post a Comment