Ada sedikit kejanggalan dan amat pelik, akan tindakan Khalid yang sebagai MB terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor, walhal 2 anak syarikat kerajaan negeri adalah pemegang saham dalam syarikat tersebut. Soalnya, apakah Khalid tidak percaya akan keupayaan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang mewakili kerajaan negeri? Malah hmantan MB telah pun memperjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.
Berbalik kepada isu utama yang terkandung didalam memorandum yang bakal dipersembahkan kepada SPBYDA iaitu "kembalikan hak air kepada rakyat", saya suka mengesyorkan kepada Khalid Ibrahim supaya:-
1. Menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui pengundian terhadap Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah entiti baru organisasi pengurusan air Selangor. Namun harus mengambil iktibar daripada pemilihan di beberapa cabang PKR. Ini bertujuan agar apa yang berlaku dalam dalam pengurusan PKNS tidak berulang.
2. Emolumen Ketua Eksekutif dan Pengurusan Kanan mesti dipastikan tidak melebihi elaun ADUN bagi mengelakan pertikaian. Belajarlah dari kesilapan, apabila ada yang mendakwa gaji Pengurus Besar PKNS RM40,000 sebulan.
3. Berhubung dengan bekalan air dari negeri Pahang, selaras dengan slogan "kembalikan hak air kepada rakyat", maka molek benarlah Khalid mengadakan gotong royong maha perdana dikalangan mereka yang telah menandatangani petisyen/memorandum tersebut; untuk membina terusan dari Pahang ke Selangor, dengan mengambil konsep "Terusan Wan Mat Saman" di Kedah. Terusan baru ini yang bakal mengalirkan air dari Pahang tersebut, bolehlah dinamakan "Terusan Wan Azizah" bersempena nama Presiden PKR.
4. Kepada rakyat Selangor yang enggan menyertai, dicadangkan untuk dikenakan tarif yang selaras dengan kenaikan 37%.
Semoga Khalid akan berjalan seiring dengan "daripada rakyat Khalid datang dan kepada rakyat Khalid akan dikembalikan".
No comments:
Post a Comment