Friday, December 16, 2011

Hasan bin Ali Diracun?

Ada riwayat mengatakan bahawa Hasan bin Ali bin Abi Talib telah diracun oleh salah seorang isterinya, Judah binti Al-Ash'ath. Hal ini berlaku apabila Judah terpedaya dengan janji Muawiyah yang menjanji habuan yang lumayan, andainya berjaya menjayakan konspirasi yang didalangi oleh Muawiyah.

[Kisah di atas, tiada kena mengena dengan Hasan bin Ali bin Omar (nama sebenar yang merujuk kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali). Ini adalah kisah Hasan Ali Abi Talib yang begitu tragik berbanding kisah Dr Hasan Ali yang telah pun terguling di dalam PAS.]

Berbalik kepada kisah Hasan bin Ali bin Abi Talib, pengorbanan paling besar baginya ialah untuk memulihkan keamanan dan perdamaian. Sebaliknya dipihak Muawiyah, ia telah diambil kesempatan untuk menaikkan anaknya Yazid. Oleh kerana terikat dengan perjanjian dengan Hasan, maka jalan paling mudah untuk memastikan jawatan khalifah diwariskan kepada Yazid, kewujudan Hasan perlu dilenyapkan. Justeru, berlakulah konspirasi yang dinyatakan di atas.

Cerita penuh riwayat Hasan bin Ali bin Abi Talib, klik [SINI]

No comments: