Wednesday, November 16, 2011

Kronologi Shahrizat Terpalit Tahi Lembu

“Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu. Situasi hari ini menuntut UMNO sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tuju, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula UMNO supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.”

"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

"Berubahlah, jika tidak, kita rebah,"

[Intipati Ucapan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak Sempena Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO – 25/3/2009]

Mungkin ucapan Najib di atas dilafazkan hanya setelah ahli keluarga Ketua Pergerakan Pergerakan Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil dianugerahkan tanggungjawab untuk mengendalikan lembu-lembu di NFC.

From left: Representatives of the Finance Ministry Norizah Bahari and Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh, Izran and Mohamad Salleh at the signing of the loan facility agreement with between the government and NFC. [Source click HERE]




Komen Akar Umbi

Sebenarnya, isu NFC ini bukan baru. Ia telah dibangkitkan sejak penghujung 2008 lagi. Cuma ia menarik perhatian umum, apabila NFC disebut dan ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara. Andainya projek ini berjalan dengan baik, isu ini mungkin tidak akan menarik perhatian umum.

Khusus kepada pemimpin-pemimpin UMNO baik diperingkat mana pun wajib mengelak mahu pun mendedahkan diri dan anggota keluarga dari fitnah. Jauhi diri anda dari penguasaan perniagaan dan politik sekali gus. Dengan itu akan mempermudahkan kerja-kerja Najib untuk mentadbir negara.

1 comment:

Anonymous said...

sejak kebelakangan ini ramai juga pemimpin umno nak jadi broker lembu