Sunday, November 13, 2011

Pemimpin Kanan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Perlu Pembedahan Otak

Salah seorang pemimpin kanan (penaja) Angkatan Amanah Merdeka Dato' S. Subramaniam dimasukkan pembedahan untuk menjalani pembedahan otak.

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, 67, dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pagi ini untuk menjalani pembedahan otak.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Makkal Thalaivar (pemimpin rakyat) dalam kalangan masyarakat India pada mulanya dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya di sini malam tadi selepas mengadu sakit kepala dan berpeluh.

Bagaimanapun, beliau dihantar ke Hospital Pantai Bangsar kira-kira pukul 9 pagi ini untuk menjalani pembedahan otak yang difahamkan mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.

Antara orang kenamaan yang melawat beliau adalah Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan. [Utusan]

No comments: