Friday, November 11, 2011

Fakta Yang Wajib Semua Ahli PAS Tahu - 'Your Bosses Were Being Fooled On April Fool'



Haji Anwar sebenar bukan temberang. Dia betul apabila mengatakan bahawa 'Hudud' tidak dibincangkan dan diutamakan dalam Pakatan Rakyat.

Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12 dan diisytihar secara rasmi bersempena haril April Fool 2008. Justeru itu, tidak hairan kalu PAS telah jadi mangsa bloody fool DAP dan PKR.

Merujuk kepada kes Selangor dalam pra PRU12, hanya PAS dan PKR yang mengeluarkan manifesto bersama atas nama Barisan Alternatif, melalui inisiatif Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi PKR Selangor ketika itu, yang masing-masing dipegang oleh Dato' Dr Mohd Hasan Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Persefahaman dengan DAP hanyalah dalam penentuan kerusi dalam memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional.

Tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah tidak lain semata-mata untuk penubuhan kerajaan negeri yang dalam kedudukan tidak ada sebuah parti pun yang mempunyai majoriti, khususnya dalam kes Perak dan Selangor. Dalam pada itu, untuk kedua-dua buah negeri tersebut BN mempunyai kerusi yang paling banyak, berbanding dengan PAS, DAP dan PKR.

Motif utama penubuhan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bersempena dengan April Fool itu, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang BN dari terus berkuasa di Perak dan Selangor. Oleh yang demikian, ideologi bersama adalah perkara nombor 2, sebaliknya mendapatkan pemerintahan di 2 negeri berkenaan adalah perkara utama.

Cuba kita imbas kembali perlancaran Buku Jingga dan konsep Negara Kebajikan oleh PAS, menjelaskan kepada kita satu bentuk meredakan ketegangan ideologi antara 3 parti berkenaan, lantaran ideologi antara DAP dan PAS khususnya yang saling bertentangan. Cuma yang menyelamatkan mereka adalah 'talam dua muka' PKR yang membolehkan 2 parti ini dapat terus berkongsi bantal di atas katil yang penuh dengan pepijat yang disediakan oleh PKR.

Berbalik kepada isu 'Hudud', PAS janganlah berangan-angan untuk ianya diterima oleh DAP dan 'talam dua muka' PKR. Justeru, dalam kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor Dato' Dr Mahfodz Mohamad yang menempelak Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim diatas kenyataannya yang 'Hudud' tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, kepada ketua komuniti dan Dewan Perniagaan Cina di Subang Jaya, hanyalah satu perkara yang membuang masa.

Hakikat yang Dr Mahfodz dan semua ahli PAS perlu tahu ialah the leaders of PAS were being fooled by Anwar Ibrahim on April Fool 2008! Oleh yang demikian, anda tentu sudah mengenalpasti dari sumber kekuatan mana Negara Islam dapat terdiri dan sokongan puak mana yang membolehkan perlaksanaan hudud di negara ini? Jawapan anda bergantung kepada betapa rasionalnya pertimbangan anda.

InsyaAllah!

No comments: