MOSCOW 7 Nov. - Rusia beri amaran bahawa sebarangan serangan ke atas Iran merupakan satu kesilapan sangat serius yang mengundang konflik berterusan dan kematian penduduk awam.
“Ia satu kesilapan yang sangat serius dan tidak dapat dijangka kesannya,” kata Menteri Luar Rusia, Serge Lavrov selepas Presiden Israel, Shimon Peres menyatakan mungkin menyerang Iran. - AFP
Secara logiknya, Israel adalah amat sukar untuk menyerang Iran yang secara geografinya dikelilingi oleh negara-negara Islam.
Namun dalam keadaan sekarang ini, dengan kedudukan ketenteraan US di Iraq dan Afghanistan, maka kemungkinan Israel untuk menyerang Iran tidak mudah untuk ditolak.
Dalam pada itu, jika benar loji Lynas di Kuantan memang disahkan pembekal bahan nuklear seperti yang didakwa oleh MP Kuantan (PKR) Fuziah Salleh, maka apakah Malaysia juga berdepan dengan serangan dari US yang juga rakan sekutu Israel?
3 comments:
Saya pasti suatu masa kelak , 'satu masa ' ! Iran akan diserang oleh US atau Israel , atau sekutunya .
kalau tidak dengan serangan secara langsung , mereka akan gunakan cara lain utk huru harakan Iran , mungkin dengan menggunakan slogan kebebasan dan kezaliman atau haksamarataan ,
pun demikian , pastinya Iran tidak akan berdiam diri , mereka ada Hizbollah sebagai agen , mereka ada unit luar negara , Iran ada senjata rahsia dan taktik tersendiri .
Jika Iran diserang oleh Israel , Hizbollah akan serang Irael , mereka akan menghujani tel aviv dengan peluru dan bom , dimaklumi israel sanggat takut askarnya mati atau rakyatnya terkorban !
kita hanya melihat sandiwara politik yg dimainkan oleh iran-israel jer...
kalau nak serang dah lama dah diorang serang...
iran berfahaman syiah yg senang bertolak ansur dgn israel melalui rundingan under table...
ttg tentera hizbollah plak semua mereka ni fahaman syiah jugak...selalu zionis lawan dgn hizbollah tapi tak menang dan israel balik macam tu jer...
semua ni lakonan la...
pejuang hamas...
bila kita simpati dgn iran maka kita juga harus bersimpati dgn iraq dan libya,dimana mereka2 ketika itu?tiada kesatuan lah yg akan merobohkan sesebuah negara,kita hidup kenalah 1 ummah,mati je sendiri2 tp biarlah berbaloi:)hidup berjiran membawa berkat,hidup sendirian mati takde orang yg ambil tahu
Post a Comment