Thursday, November 10, 2011

Sultan Selangor Paksa Wakil Rakyat Beri Kuasa Pada Baginda?

Tidak pasti sejauh mana kebenaran laporan Portal Free Malaysia Today yang mendakwa berlakunya tekanan keatas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor berhubung suatu pindaan enakmen Negeri Selangor.

Portal tersebut, semalam telah melaporkan kononnya Sultan Selangor telah mencampuri bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dengan satu surat arahan dari baginda untuk menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [Baca laporan penuh FMT di SINI].

Malahan juga UMNO sekali lagi dituduh sebagai dalang yang mempengaruhi keputusan Sultan.

Namun begitu, isu-isu yang dibangkitkan, sebenarnya telah pun berkuatkuasa, iaitu merujuk kuasa Sultan dalam Majlis Agama Islam Selangor. Naskhah penuh enakmen berkenaan boleh dirujuk [SINI].

Pindaan-pindaan yang dicadangkan (seperti didakwa oleh FMT) adalah seperti bertanda dan diikuti kandungan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang sememangnya sedang berkuatkuasa.

Make the administration of all mosques and suraus fall under the purview of the Selangor Islamic Religious Council (MAIS).

Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya.

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Selangor.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini
.

This responsibility was previously held by the director of Selangor Islamic Religious Department (JAIS).

Tanggung jawab ini adalah seperti terkandung dalam dalam enakmen tahun 2000 dan ia telah dimansuhkan mengikut enakmen tahun 2003 seperti di atas. Bermakna ia telah pun dipinda semenjak pentadbiran BN.

Give the Sultan the right to directly appoint anyone to the post of MAIS secretary.

Seksyen 16. Setiausaha.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.

Give MAIS the power to appoint anyone as mosque officials.

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi—

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

(b)
menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

(c)
menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu; dan

(d)
penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pelantikannya dan penamatannya dan fungsi-fungsi Jawatankuasan Pengurusan Masjid.

(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—

(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(c)
memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini, MAIS boleh, demi kelicinan dan manfaat pentadbiran sesuatu masjid atau atas alasan-alasan lain yang boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini—

(a) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi sesuatu kariah masjid; atau

(b)
membatalkan penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah bagi sesuatu kariah masjid dan sebagai gantinya menubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Masjid dengan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai dan wajar

Give MAIS the right to control and direct the duties of mosque committees.

Seksyen 103. Kawalan dan arahan atas Pegawai Masjid.

Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Pegawai Masjid hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

Daripada semakan-semakan di atas, dakwaan yang disiarkan oleh FMT adalah amat meragukan.

No comments: