Tuesday, November 8, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor Pun Tidak Berkenan Dengan Perangai Anwar Ibrahim

Semalam aku melalui Pekan Meru untuk ke rumah kawan lama (satu sekolah) di Bukit Kapar dan terpandang banner di atas. Oleh kerana telah terlewat dari jadual, aku tak sempat ambil gambar di atas. Kebetulan aku terjumpa gambar di atas di blog Gerakan Timur, lantas aku pun ciluk gambar berkenaan.

Dalam hati penuh tandatanya, kerana kawasan tersebut adalah kubu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman yang juga ADUN bagi kawasan Meru. Timbul persoalan, apakah banner tersebut digantung atas arahan Dr Rani, sebagai satu protes atas sikap membisu Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dalam isu Seksualiti Merdeka?

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih membisu tanpa sebarang pendirian berhubung isu program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011.

Katanya, adalah merupakan sesuatu yang pelik dan ajaib bagi parti itu apabila mereka mengambil langkah berdiam diri terhadap isu berkenaan. [Utusan]

Dalam perkembangan yang sama, kisah sebenar disebalik misteri banner di atas dilaporkan di [SINI].

No comments: