Monday, November 7, 2011

Psst (Mari Sini Aku Nak Bisik)........ Fuziah Salleh Pun Luar Tabii Jugak!


Ternyata MP Kuantan (PKR) Fuziah Salleh telah melakukan perkara yang diluar tabii dalam menyerang MP Hulu Langat (PAS) Dr Che Rosli Che Mat dalam isu Lynas.

Pertama, Fuziah telah melakukan perkara yang di luar sempadannya, apabila menggunakan PAS Kawasan Indera Mahkota dan bukannya PAS Kawasan Kuantan dalam menyerang Che Rosli.

Kedua, Fuziah campurtangan dalam soal dalaman PAS.

Ketiga, lebih kepada motif politik berbanding ekonomi dan ilmu.


Menurut Pengarah Urusan Lynas Malaysia Dato' Mashal Ahmad, majlis taklimat telah diberikan kepada PAS Pahang oleh Dr Che Rosli mengenai operai Lynas. Dalam perjumpaan tersebut nyata bahawa PAS Pahang menerima pandangan Dr Che Rosli.

Tapi nampaknya PAS Pahang lebih syok dengan perlakuan luar tabii Fuziah.

2 comments:

headbomb said...

salam.. mohon menglinkkan blog hamba ke blog tuanhamba... saya dah pun menglinkkan blog tuan... t kasih

www.headbomb.blogspot.com

Akar Umbi said...

ok bro.. done..