Tuesday, November 8, 2011

Sudah Terbiasa Tidur Dengan Wang Ringgit, Nur Jazlan Mohamed Rahmat Tidak Berminat Lagi Jadi Wakil Rakyat Dan Ketua UMNO Pulai?

Ketika kebanyakan dari kita sudah pun lupa dengan kisah pembatalan bidaan firma China Everbright International Constructions dalam kontrak Bukit Bintang City Center, Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed membuka kembali cerita-cerita yang sudah tertutup.

Sesuatu yang agak janggal juga apabila kenyataan Nur Jazlan dikeluarkan disaat-saat kebanyakan kita sedang bercuti merayakan Aidil Adha. Apakah beliau menuntut pengorbanan dari kita semua, atau beliau sendiri yang rela untuk berkorban atau dikorbankan?

Semalam Utusan melaporkan kenyataan yang berikut:

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Penangguhan projek pembangunan di tapak Penjara Pudu bakal menyebabkan UDA Holdings Bhd. (UDA) terpaksa menanggung pelbagai kos yang kesemuanya berjumlah RM8 juta setahun.

Kos-kos itu termasuk premium tanah, pinjaman dan kadar faedah pinjaman bank yang dibuat bagi membayar premium tanah tersebut.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kos itu terpaksa ditanggung sendiri oleh UDA, ketika keadaan aliran tunai entiti itu semakin 'sesak'.

''Tujuan UDA membangunkan tapak Penjara Pudu bersama-sama sebuah syarikat milik kerajaan negara China sebelum ini bertujuan demi kelangsungan UDA dalam tempoh jangka panjang.

''Dengan cadangan asal itu UDA bakal mendapat aset bernilai RM2 bilion, selain pendapatan tetap sebanyak RM300 juta setahun.

''Tapi cadangan awal itu dibatalkan bagi mematuhi arahan Kementerian Kewangan (MoF), kita akur," katanya ketika ditemui di sini.

Nur Jazlan berkata, MoF telah meminta UDA menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek itu yang dijangka mengambil masa antara lapan bulan hingga setahun.

Katanya, kajian itu perlu dilakukan semula dan tidak boleh mengguna pakai kajian sebelum ini kerana ia memerlukan ketelitian semua aspek bagi membolehkan penyertaan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dalam projek tersebut.

''Kami anggarkan kajian semula ini bakal menelan kos RM10 juta, ia juga terpaksa ditanggung UDA,'' katanya.

Beliau mengakui penangguhan projek di tapak Penjara Pudu memberi kesan besar kepada aliran tunai UDA untuk jangka panjang.

''Projek Penjara Pudu adalah kelangsungan UDA pada jangka panjang. Apabila ia terpaksa ditangguhkan maka ia menjejaskan perancangan dan strategi UDA pada masa depan.

''Tetapi, kami tiada pilihan kerana saya percaya keputusan itu diambil atas keprihatinan kerajaan terhadap agenda bumiputera, meskipun 'suara-suara' bantahan mengenai projek Penjara Pudu itu tidak mewakili majoriti bumiputera,'' tegasnya.

Nur Jazlan mengakui UDA berada dalam keadaan tertekan kerana bukan sahaja projek Penjara Pudu terpaksa ditangguhkan tetapi penjualan tanah di Jalan Sultan Ismail turut menerima nasib sama.

Jelas beliau, penjualan tanah itu yang bernilai RM250 juta kepada Nadayu Properties Bhd. dan penjualan Plaza Warisan sebanyak RM120 juta kepada kerajaan untuk melaksanakan projek MRT sebelum ini telah diambil kira sebagai modal kerja UDA bagi jangka sederhana.

''Dengan pembatalan jualan tanah di Jalan Sultan Ismail, UDA kini hanya ada RM120 juta sahaja dan angka ini memang tidak mencukupi untuk modal kerja kami,'' katanya.

Beliau berkata, sungguhpun MoF telah melupuskan kadar faedah hutang-hutangnya tetapi UDA masih tidak memiliki aliran tunai mencukupi, memaksa UDA membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

''Bagi saya pelupusan hutang Uda hanya memberi ruang kepada kami untuk bernafas semula tetapi untuk jangka panjang nasib UDA masih sukar.

''UDA bukan tidak boleh mengembalikan kegemilangannya sebagai 'bapa agenda Bumiputera', UDA masih mempunyai potensi untuk diperbaiki dan dimajukan tetapi ia perlu dilakukan dengan agenda Bumiputera yang baharu dan bukan mengekalkan gaya lama,'' katanya.

Bukan sekadar menyatakan tentang pendedahan angka kerugian yang bakal ditanggung oleh UDA Holdings akibat pembatalan, malah Nur Jazlan juga telah memberitahu kepada umum berkenaan berkenaan pembatalan penjualan tanah yang strategik, milik UDA Holdings di Jalan Sultan Ismail.

Dari pengamatan saya terhadap kenyataan media di atas, Nur Jazlan seolah-lah cuba untuk memaklumkan kepada umum tentang perkara-perkara berikut:-

1. Angka-angka kerugian UDA Holdings akibat tertangguhnya projek BBCC
2. Pembatalan urusniaga tanah di Jalan Sultan Ismail dengan Nadayu Properties Bhd (dulu dikenali sebagai Mutiara Goodyear) - Baca [SINI] untuk cerita awal transaksi berkenaan.
3. Pengorbanan UDA Holdings untuk memberi laluan kepada projek MRT, melalui pelupusan Plaza Warisan.
4. Kesukaran UDA Holdings dalam menghadapi hari-hari yang mendatang meskipun pelupusan hutang telah diberikan oleh MOF.

Namun begitu, cuba pula selami betul-betul 2 isu yang dibangkitkan oleh Nur Jazlan yang seolah-olah cuba memberi isyarat dan mesej kepada PM DS Najib Razak:-

1. ''Tetapi, kami tiada pilihan kerana saya percaya keputusan itu diambil atas keprihatinan kerajaan terhadap agenda bumiputera, meskipun 'suara-suara' bantahan mengenai projek Penjara Pudu itu tidak mewakili majoriti bumiputera,''

2. ''UDA bukan tidak boleh mengembalikan kegemilangannya sebagai 'bapa agenda Bumiputera', UDA masih mempunyai potensi untuk diperbaiki dan dimajukan tetapi ia perlu dilakukan dengan agenda Bumiputera yang baharu dan bukan mengekalkan gaya lama,''

Dari kenyataan di atas, jelas Nur Jazlan mempertahankan bahawa keputusan awal yang dibuatnya terhadap UDA Holdings adalah betul. Beliau dengan penuh yakin menganggap suara-suara bantahan mengenai projek Penjara Pudu sebagai TIDAK mewakili majoriti bumiputera. Disamping itu, beliau juga melontarkan idea agenda bumiputera yang baharu tanpa mengekalkan gaya lama.

Apa jua cadangan dan pembaharuan yang cuba diterapkan oleh Nur Jazlan, beliau harus menyedari hakikat bahawa beliau memakai 2 baju, iaitu korporat dan juga politik. Dengan penampilan 2 imej ini, Nur Jazlan harus berhati-hati. Melainkan kalau Nur Jazlan melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pulai dan turut tidak mahu bertanding dalam sebagai calon wakil rakyat di sana, maka boleh beliau membuat sesuatu pemikiran yang di luar kotak politik.

No comments: