Wednesday, November 9, 2011

Khalid Ibrahim Buat Bajet Kamikaze - Bagi Habuan Pada Para Isteri Elaun Tahunan RM1,000 Untuk Setiap Anak Dibawah 12 Tahun

Benarkah MB Selangor TS Khalid Ibrahim akan memberi RM1,000 setahun bagi setiap anak dibawah umur 12 tahun, melalui pembentangan Bajet Selangor 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini?

Namun elaun ini hanya layak kepada ibu yang berpendapatan dibawah RM1,000 sebulan. Persoalannya bagaimana pula halnya bagi surirumah yang pendapatan suaminya dibawah RM1,000 sebulan, apakah mereka turut layak?

Cerita ini elaun tahunan bukan saja-saja direka,tetapi dipetik dari media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

SHAH ALAM, 8 NOVEMBER : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.

Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.

Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah. [Selangorkini]

1 comment:

usin said...

ampun maaf aku nk kata. taik la khalid, yg dulu ko janji dlm bajet lama dh tunai semua ke? janji2 ko pd warga emas & ibu tunggal mcmana? ibu tunggal tu dh jd tunggul mcm tunggu buah tak gugur. kalau setakat nk bacakan bajet taik mcm tu, akupun reti. temberang je bgtau ibu tunggal & warga emas akan dpt elaun bulanan 5 juta setiap org. bukan kena tunaikan, bagi janji je...