Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
Namun, tidaklah bermakna saya tidak mengikuti perkembangan pasukan Selangor kerana jika ada siaran langsung di televisyen, saya turut menontonnya.
Malam tadi, tergerak untuk menyaksi dan menyokong pasukan Selangor menentang Perak dalam perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan dengan Selangor menang 3-1.
Menyaksikan perlawanan tersebut, saya melihat taktikal yang disediakan oleh jurulatih P. Maniam yang mengambil alih ekoran perletakan jawatan K. Devan, tampak lebih mirip kepada formasi bekas jurulatih Ken Worden. Pengaruh Ken Worden ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana Maniam lama berada dibawah jurulatih tersebut. Tambahan pula, Maniam mula mencipta nama atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih yang berasal dari Australia itu.
Meskipun formasi Maniam kelihatan negatif bila hanya menggunakan 1 striker, namun pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani mencuba, disamping memberi peluang kepada pemain-pemain yang lebih junior. Pada saya, ini satu langkah berani.
Cuma, bahayanya formasi yang diterap oleh Maniam ia amat mudah dibaca. Jika Maniam tidak mempelbagaikan taktik, maka ia akan boleh memakan diri.
Apa pun, tahniah kepada P. Maniam dan keseluruhan pasukan yang dibimbingnya.
1 comment:
selangor bukan pasukan yang ditakuti lagi. bukan era mohkt,santok dan llln. pemain selangor hanyo gah dengan pendapatan-kontrak sajo. bukan kehebatan dipadang. malang sunggyh eran mohkt,santok dnlln tak dapet di banggokan. nasib selangor
Post a Comment