Satu bengkel anjuran Gabungan NGOs Islam Malaysia baru berlangsung hujung minggu lalu.
Menariknya, kebanyakan peserta bengkel terdiri dari penyokong PAS.
Sepatutnya, bagi kebanyakan ahli PAS mahu pun mereka yang bersimpati dengan PAS semestinya melihatkan ke dalam diri PAS sendiri.
Puncanya amat mudah iaitu ketakburan MP Shah Alam Khalid Samad. Beliau mendakwa akidah orang yang di luar PAS disifatkan sebagai senipis kulit bawang.
Maka dengan sebab itu Khalid Samad lebih cenderung untuk bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Keadaan ini ditambah pula dengan tempelakan Khalid terhadap JAIS berhubung dengan isu DUMC.
Lebih buruk lagi, kalau benarlah dakwaan wujudnya adegan Anwar Ibrahim seperti berikut,
Dalam babak tersebut, Anwar bersama-sama seorang sami yang terkenal di Bangkok bernama Laukhon telah berbomoh dengan cara Buddha atas tujuan menyelamatkan Anwar daripada kes liwatnya. Anwar di dalam babak tersebut dilihat memegang sejenis tangkal dan diminta berdoa di hadapan patung Buddha dengan penuh khusyuk dan tawadduk. [Parpukari]
maka PAS haruslah memilih untuk bermufarakah dari Anwar.
1 comment:
Penduduk Sek 19 berhadapan masalah kuil haram yang belum selesai sampai hari ini. PKNS berjanji kuil akan pindah. Tanah itu untuk tapak rumah teres 16 unit. Kuil kecil sebesar tandas pada 1988 digunakan penduduk setinggan. Pada tahun 2005 setinggan dipindahkan. Penduduk minta campur tangan Sultan Selangor bila ubahsuai besaran dibuat tahun 2006 selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Julai 2007 aduan dibuat kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 BN arahkan kuil pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa MAC 2008 pemindahan dibatalkan atas alasan tapak itu jauh dalam kawasan kilang. Pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR beritahu dua parti itu sokong kuil tak payah pindah. Usaha penduduk bertahun2 jadi sia-sia. Gangguan bising semakin menjadi2. Aduan kepada pihak berkuasa dan perjumpaan dengan wakil rakyat tiada tindakan berkesan. Julai-Disember 2008 gangguan kuil bising keterlaluan. Pemuda Hindu sering berkumpul, minum dan mabuk dan sudah berani ugut. Rumah penduduk dan tanda jalan diconteng nombor gangster 303. Penduduk mohon bantuan Pertubuhan NGO. Pada Jan 2009 kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yang menuduh mereka sebagai gerombolan UMNO datang buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu Sultan, BPR dan JPM. Berderet artikel ditulis YB Khalid mengenai Persoalan Kuil Sek 19. Hindu kuil disokong MIC semasa BN disokong pula oleh YB Khalid. NGO hantar memorandum desak kuil segera pindah. Pilihan pemimpin PR Selangor berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Seksyen 23. Dalam laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menulis bantahan penduduk Sek 23. Kawasan tapak kuil yang dipagar diconteng kerana penduduk bantah kuil dibina disitu. Kenapa pemimpin Islam PR tidak peka bantahan penduduk Islam? Kenapa kuil yang mengganggu ketenteraman awam hendak dipindahkan berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Seksyen 23?. Pada 28/08/2009 penduduk buat demonstrasi di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai pemimpin Islam melenting konon menghina penganut Agama Hindu. YB Mahfuz keluar dalam You tube menyalahkan mereka yang buat demonstrasi. Harakah menuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa pemimpin Islam PR bersikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil Hindu Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam jam 1 pagi. Suasana malam itu kecoh, penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit apa komplen2 Melayu bodoh. Kenapa tidak ada tindakan serius pemimpin PR selesaikan masalah penduduk Islam?.Pada 30/09/2009 Pemimpin PR Selangor keluarkan risalah memahami Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Seksyen 23. Kenapa risalah itu hanya menyalahkan penduduk dan NGO Islam?. Kenapa pemimpin PR Selangor tidak berlaku adil kepada penduduk Islam?. Wakil Rakyat Shah Alam berbohong untuk selesaikan isu pemindahan kuil Sek 19 pada November 2010 tetapi sampai hari ini kuil masih disitu juga.
Post a Comment