Tapi bukan dalam hal perarakan jalanan di Kuala Lumpur, Sebaliknya, dalam pilihanraya di Thailand.
Pembangkang dijangka menang besar pilihan raya Thai
03/07/2011 5:15pmBANGKOK 3 Julai – Parti pembangkang, Pheu Thai dijangka memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum Thailand hari ini dan bakal membuka laluan kepada Yingluck Shinawatra untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini.
Tinjauan selepas pengundian oleh Universiti Suan Dusit di Bangkok, yang dianggap paling boleh dipercayai, menunjukkan Pheu Thai memenangi 313 kerusi manakala Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva hanya meraih 152 kerusi.
Tinjauan oleh Universiti Assumption di Bangkok (ABAC) pula menunjukkan pembangkang memenangi 299 kerusi. – REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment